Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Pengiraan Kadar Faedah Pinjaman – Reducing Balance vs Kadar Faedah Rata

BY Team Loanstreet

Updated 06 Dec 2022




Apabila membuat perbandingan pinjaman, kadar faedah pinjaman yang dinyatakan tidak mewakili semua, malah boleh memperdaya. Selain daripada kadar faedah pinjaman, cara pengiraan kadar faedah pinjaman juga memainkan peranan yang penting dalam kos pembiayaan. Dua jenis kaedah yang biasa digunakan untuk mengira kadar faedah pinjaman dalam sistem perbankan pada masa kini.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Dua jenis kaedah yang biasa digunakan untuk mengira kadar faedah pinjaman dalam sistem perbankan pada masa kini adalah seperti berikut:

  1. Kaedah Reducing Balance
  2. Kaedah kadar faedah rata

Kaedah Baki Berkurangan

Kaedah ini digunakan terutamanya dalam mengira faedah yang perlu dibayar untuk pinjaman perumahan/gadai/hartanah, kemudahan overdraf (OD) dan kad kredit. Anda hanya membayar faedah atas baki pinjaman yang tinggal. Satu formula pengiraan faedah reducing balance adalah seperti berikut:

Faedah yang Perlu Dibayar per Ansuran = Kadar Faedah per Ansuran * Jumlah Pinjaman yang Tinggal

Kadar faedah yang digunakan untuk pinjaman-pinjaman ini adalah Kadar Faedah Efektif (Effective Interest Rate) di mana kadar faedah semasa adalah sama dengan kadar faedah yang digunakan untuk Deposit Tetap (Fixed Deposit/FD) dan Akaun Simpanan.

Kaedah Kadar Faedah Rata

Kaedah ini digunakan terutamanya dalam mengira faedah yang perlu dibayar untuk pinjaman peribadi dan pinjaman kereta/pinjaman sewa beli. Anda membayar faedah atas semua baki pinjaman sepanjang tempoh pinjaman. Formula pengiraan kadar faedah flat adalah seperti berikut:

Faedah yang Perlu Dibayar per Ansuran = (Jumlah pinjaman asal * Bilangan tahun *Kadar faedah p.a.)/Bilangan ansuran

Ini adalah kurang wajar untuk peminjam kerana walaupun anda telah membayar balik pinjaman tersebut, faedah yang perlu dibayar tidak berkurang. Jika anda mempunyai kesulitan dalam memahami keadaan ini, perhatikan apa akan terjadi sekiranya akaun simpanan menggunakan kadar faedah rata.

Jika anda menyimpan RM1,200 pada kadar 10% p.a. dalam akaun simpanan dan mengeluarkan RM100 setiap bulan, bank juga akan terus membayar anda RM10 sebagai faedah setiap bulan walaupun baki pokok telah berkurang hingga RM100 pada bulan ke-12.

Sebagai panduan, kadar faedah rata adalah antara 1.7 – 1.9x lebih apabila ditukarkan kepada setara kadar faedah semasa. Ini adalah kiraan yang betul untuk kos pembiayaan anda. Sila menggunakan Penukar Kadar Faedah Rata kepada Kadar Faedah Efektif yang telah disediakan oleh kami untuk kemudahan anda. Selepas itu, anda boleh membaca artikel Cara yang Utama Untuk Membayar Balik Pinjaman Anda untuk mengetahui cara-cara yang boleh digunakan untuk membiayai pinjaman anda.

 

Kesimpulan

Apabila mempertimbangkan suatu produk pinjaman, adalah penting untuk tahu sama ada ia menggunakan pengiraan faedah kaedah reducing balance atau kaedah kadar faedah rata. Cara yang paling berkesan untuk membandingkan kos sebenar sesuatu pinjaman adalah bertukar semua kepada setara kadar faedah semasa. .

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!