Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Pelaburan Hartanah: Nak Melabur Apa Dengan Sejuta Ringgit?

BY Team Loanstreet

Updated 12 Dec 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Bayangkan korang ada sejuta ringgit untuk labur dalam hartanah. Best, kan? Tapi nak buat keputusan, fuh, memang boleh pening kepala. Nak beli rumah teres? Atau dua kondominium? Atau mungkin beberapa pangsapuri dengan harga lebih rendah? Semua pilihan ni ada pro dan kontra masing-masing.

 

Dalam artikel ni, kita akan tengok setiap pilihan dengan lebih dekat supaya korang boleh buat keputusan yang paling bijak dan sesuai dengan matlamat pelaburan korang. 

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Beli satu rumah teres

 

Sumber imej: Property Genie

 

Kos kemasukan rumah teres ni lebih rendah kalau korang guna pinjaman bank. Untuk dua hartanah pertama, korang boleh dapat 90% pembiayaan. Tapi, kalau beli hartanah ketiga dan seterusnya, bank cuma bagi 70% je.

 

Apa yang best, rumah teres ni biasanya ada nilai jualan semula yang tinggi. Tapi korang kena ingat, risiko dia pun besar. Kalau kena bencana alam macam tanah runtuh, korang tetap kena bayar pinjaman walaupun hartanah rosak.

 

2. Beli dua kondominium

 

Sumber imej: Ejen Hartanah Hartanah

 

Kondominium-kondominium di Malaysia mempunyai kemudahan asas seperti kolam renang dan gimnasium, hal ini membuatkan lebih ramai penyewa berminat untuk menyewa di kondominium. Kalau korang beli dua biji rumah di kondominium, korang boleh duduk kat satu unit, sewa unit lagi satu. 

 

Kalau korang beli kondominium ni sebelum kondominium dibangunkan, korang boleh jual salah satu unit dengan harga premium lepas kondominium siap dibangunkan. Pelaburan ni memang bagus untuk jangka masa panjang sebab bandar makin padat, permintaan pun makin tinggi. 

 

 

3. Beli beberapa unit pangsapuri

 

Sumber imej: JMB Malaysia

 

Melabur dalam beberapa buah pangsapuri merupakan pilihan yang paling selamat. Sebab, kalau ada apa-apa berlaku dekat salah satu hartanah dekat situ, hartanah lain takkan terjejas sekali. Contohnya, kalau salah satu pangsapuri terbakar, pangsapuri yang lain tak terjejas sama. Lagi satu, walaupun nak uruskan banyak pangsapuri sekaligus memang mencabar pendapatan, tapi akhirnya pasif korang akan meningkat sebab dapat duit sewa dari beberapa unit setiap bulan. 

 

Jadi, mana satu pilihan yang terbaik?

 

 

Kalau korang jenis berani ambil risiko dan ada simpanan kecemasan yang cukup, rumah teres boleh jadi pilihan terbaik. Tapi kalau nak pelaburan yang stabil dan tak susah nak urus, dua unit kondominium lebih sesuai. Untuk korang yang nak main selamat dan fokus pada pendapatan pasif, korang melaburlah dalam beberapa pangsapuri. 

 

Jangan lepaskan peluang untuk melabur!


Menyesal tau nanti kalau korang tak melabur dalam sektor hartanah ni. So, kalau korang taknak rasa menyesal nanti, teruskan belajar tentang pelaburan. Ada banyak artikel yang korang boleh baca, seperti apa itu REITs, dan kebankrapan.
 

Apa pun pilihan korang, pastikan buat kira-kira dulu dan fikir panjang sebelum melabur.
 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Korang Patut Beli Kenderaan Baru Atau Terpakai?

Korang Patut Beli Kenderaan Baru Atau Terpakai?

4 Kaedah Untuk Menyelesaikan Kesemua Hutang

4 Kaedah Untuk Menyelesaikan Kesemua Hutang

PTPTN pendidikan pinjaman

Adakah PTPTN Pinjaman Pendidikan Terbaik Di Malaysia Pada Hari Ini?