Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Buat Pembiayaan Semula Untuk Settlekan Pinjaman Lagi Awal. Onz tak Onz?

BY Team Loanstreet

Updated 09 Dec 2019





Admin selalu dengar orang cakap kalau nak mudah uruskan dan settlekan pinjaman peribadi/rumah/kereta, buat lah pembiayaan semula. Bukan sorang dua yang cakap macam tu, ramai kot yang cadangkan buat pembiayaan semula. Bank pun sama, macam-macam iklan diorang keluarkan pasal pembiayaan semula. 

Tapi, apa sebenarnya pembiayaan semula ni? Betul ke kalau buat pembiayaan semula ni lagi menguntungkan peminjam?

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Apa itu pembiayaan semula, cuba cerita sikit



Pembiayaan semula atau dalam bahasa omputih ni kita panggil refinance adalah satu proses untuk gantikan pinjaman lama korang kepada pinjaman yang baru. Pembiayaan semula ni selalunya orang buat sebab nak strukturkan semula semua pinjaman yang ada kepada kepada satu pinjaman baru. Maksudnya kat sini, korang gabungkan kesemua baki hutang pinjaman yang sedia ada ke dalam satu akaun pinjaman baru yang lagi tinggi.
 


Okay, apa bestnya pembiayaan semula?



Mungkin sebelum ni skor kredit korang tak tinggi lagi, jadi pinjaman yang korang buat tu agak membebankan macam kadar faedah yang tinggi, tempoh bayaran yang lama, ataupun ansuran bulanan yang tinggi. So, dengan buat pembiayaan semula, korang dapat settlekan secara penuh pinjaman korang yang tak best tu dan seterusnya bebas dari terikat dengan syarat pinjaman yang menjejaskan kewangan korang.

Pembiayaan semula yang dibuat ni dapat tawarkan syarat pinjaman yang sesuai dengan kemampuan kewangan korang contohnya, untuk  dapatkan kadar faedah yang lagi rendah dan ansuran bulanan yang jejaskan bajet kewangan bulanan korang. Bukan tu je, kalau korang buat pembiayaan semula dengan nilai yang lagi tinggi dari baki hutang pinjaman anda, lebihan pembiayaan semula tu korang boleh jadikan sebagai wang tambahan dalam bajet korang. 

“Berapa rebat yang saya boleh dapat kalau settlekan pinjaman awal?” Pembiayaan semula ni jugak orang buat sebab nak settlekan pinjaman lagi awal untuk dapatkan rebat. Macam ni, bila
Korang settlekan pinjaman lagi awal dari tempoh perjanjian pinjaman, selalunya rebat kan diberikan. Jumlah rebat yang korang akan dapat ni pulak dikira dengan menggunakan formula Peraturan 78. Tau tak macam mana nk guna Peraturan 78 ni? Takpe, korang kira je guna kalkulator penyelesaian peribadi Loanstreet ni untuk tau jumlah rebat yang korang boleh dapat. Kalkulator ni dapat bantu korang buat keputusan untuk buat pembiayaan semula atau tak. 

Senang kata, tujuan buat pembiayaan semula ni begantung kepada apa yang korang nak sebenarnya, sama ada nak dapatkan manfaat dan syarat pinjaman yang lagi baik dari pinjaman sebelum, dapatkan rebat atau untuk dapatkan wang tambahan yang dapat bantu kewangan korang.


Tapi… korang perlu tau ni



Korang kena ingat, buat pembiayaan baru ni dianggap sebagai pinjaman baru dan bukannya sambungan dari pinjaman sedia ada. Jadinya, segala bayaran dan caj perkhidmatan bagi tujuan pemprosesan pinjaman tu akan dikenakan semula. Termasuklah yuran guaman dan duti setem. 

Kalau pinjaman asal korang masih ada, korang juga mungkin akan dikenakan bayaran penebusan bagi pinjaman sedia ada. 

Lagi satu, korang jugak akan dikenakan penalti sekiranya korang jelaskan pinjaman sebelum tempoh ‘lock in’/tempoh matang pinjaman tersebut. So, kalau nak buat pembiayan semula bagi tujuan penyelesaian baki pinjaman sedia ada, pastikan tempoh ‘lock in’ dah habis dulu, okay?


Faham betul-betul sebelum buat keputusan

Kalau korang nak buatt pembiayaan semula, pastikan korang dah masak habis dengan pinjaman sedia ada dan syarat pembiayaan semula ni, supaya tak buat kesilapan yang konfirm akan bebankan kewangan korang. 

Admin rasa ada baiknya korang buat research dulu sebelum buat apa-apa keputusan dan berbincang lah dengan pihak bank untuk dapatkan pakej pembiayaan semula yang terbaik. 

Korang jugak boleh baca artikel ni kalau nak tau dengan lebih lanjut pasal pinjaman peribadi dan pembiayaan semula:
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta