Definisi yang paling mudah untuk ‘Peraturan 72’ ialah alat ini mengira betapa cepatnya wang anda boleh berkembang. Kebelakangan ini, pelabur mendapati bahawa nombor ‘72’ ini sangat ajaib kerana ia boleh mengetahui berapa lama satu pelaburan mengguna untuk berganda dengan faedah yang diberi. Alat ini akan membantu anda untuk menganggar berapa tahun diperlukan untuk satu pelaburan itu berganda.
Bagaimana cara mengira?
Pengiraan untuk ‘Rule of 72’ sangat senang dan mudah. Formula untuk mengira berapa tahun diperlukan untuk menggandakan wang asal seperti:
Betapa tepatnya alat ini?
Untuk menjawab soalan ini, jadual bawah ini akan membandingkan nombor tahun yang digunakan untuk berganda satu pelaburan dengan menggunakan ‘Peraturan 72’ dan menggunakan formula yang asal.
Jadual ini menunjukkan bahawa perbezaannya sangat sedikit sahaja.
Kenapa menggunakan ‘Peraturan 72’?
- Perancangan pelaburan
‘Peraturan 72’ merupakan satu alat yang sangat berharga untuk perancangan pelaburan. Berdasarkan pengiraan, jika satu pelaburan mempunyai faedah 8% satu tahun, pelaburan ini akan mengguna 9 tahun untuk berganda. Ini bermaksud jika seorang yang berumur 20 membuat pelaburan sebanyak RM 10,000, pelaburan ini akan bertumbang sehingga RM 20,000 apabila dia mencapai umur 29 tanpa menambah apa-apa modal asing. Ini menunjukkan betapa besarnya kuasa faedah dan juga betapa pentingnya masa. Peraturan ini mungkin tidak membawa banyak perbezaan dalam kehidupan seharian, tetapi alat ini sangat penting untuk pelaburan masa depan. Dengan memahami bagaimana peraturan ini berfungsi tentu boleh membantu anda mencapai matlamat pelaburan anda.
- Bersara kaya
Banyak orang mempunyai imaginasi di mana mereka akan bersara dengan kaya tanpa membuat pelaburan. Hal tersebut tidak akan menjadi realiti. Anda akan mencapai matlamat pelaburan anda dengan cepat jika anda mempunyai komitmen yang besar untuk pelaburan anda. Jika seorang yang berumur 20 tahun melabur sebanyak RM 100 setiap bulan sehingga dia mencapai umur 65, dia akan mempunyai RM 465,000 apabila dia bersara jika faedahnya ialah 8%. Jika orang yang sama itu menangguh pelaburannya dan hanya bermula berlabur pada umur 40, dia perlu melabur sebanyak RM 529 setiap bulan untuk mencapai hasil yang sama. Sebaliknya, jika orang yang sama itu melabur hanya RM 100 sebulan, dia akan mempunyai sejumlah RM 87,750 sahaja pada umur 65. Dengan menggunakan ‘Peraturan 72’ ini, anda boleh mengetahui faedah apa yang terbaik untuk anda agar dapat mencapai matlamat bersara anda dalam masa yang ditentukan.
- Memilih faedah yang betul
Carta diatas telah menerangkan berapa tahun digunakan untuk mengandakan satu pelaburan dengan faedah yang diberi. Dengan membinakan satu carta dengan menggunakan formula yang ditetapkan seperti carta di atas boleh menyenangkan anda untuk memilih faedah yang terbaik untuk anda berganda pelaburan anda dalam masa yang ditetapkan. Selain dapat pelan pelaburan anda dengan bijak, anda juga boleh menggunakan wang anda dengan lebih bijak pada masa depan.
Konklusi
‘Peraturan 72’ ini adalah satu alat yang sangat mudah untuk mengingati dan sangat berguna untuk setiap pelabur. Alat ini mengajar kita bahawa jumlah yang kecil akan memberi pulangan yang besar pada masa depan. Bak kata pepatah, sikit sikit lama lama menjadi bukit. Kami berharap alat ini dapat membantu anda untuk mengenalpasti pelaburan manakah yang terbaik untuk anda sejak awal lagi.
Bacalah artikel kami mengenai "Peraturan 78" untuk rahsia mengenai faedah pinjaman anda!