Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

ASB Dividen: 5 Sen/Unit. Masih Berbaloi ke Untuk Buat Pelaburan?

BY Irwin Umban

Updated 24 Dec 2020




Artikel ini telah diterjemah daripada “ASB Dividend: 5 Sen/Unit. Should You Still Invest in It?” oleh Hakimie Amrie.

Terkejut kan bila dapat tahu Amanah Saham Bumiputera (ASB) hanya bagi 5 sen seunit. Tapi, kalau korang tengok balik sejarah dividen ASB, situasi ni tak pelik mana pun - memang dia selalunya turun.

Nasib baik, tahun ni lain sikit. ASB siap akan bagi pengagihan Ehsan sebanyak 0.75 sen seunit. Cuma, ni hanya untuk 30,000 unit pertama yang pemegang unit ada - sempena ulang tahun ASB yang ke-30 (yay!).


Sumber: asnb.com.my

Macam yang korang dapat lihat sendiri, trend dividen ASB memang menurun sejak diperkenalkan pada tahun 1990. Tapi itulah, takde siapa sangka pelaburan ASB boleh jatuh merudum dengan nilai 5 sen seunit, tahun lepas pun 5.50 sen per unit, kecuali pihak yang uruskan dana tersebut lah (Pemodalan Nasional Berhad (PNB). 



Tapi, jangan salah faham pulak, ni bukan salah pengurus dana. Korang akan tahu sebabnya nanti - salah satunya adalah pandemik dunia Covid-19 yang tengah berlaku sekarang ni.

Jadi, dengan kadar dividen yang semakin membimbangkan, adakah ASB ni masih pilihan yang sesuai untuk buat pelaburan, atau patut ke korang cari alternatif lain? Jom kita tengok. 
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Bagi korang yang tak tahu apa benda ni sebenarnya, meh kami pendekkan cerita untuk kasi korang faham



Pada 23 Disember 2020 hari tu, Pengerusi PNB, Tan Sri Zeti Aziz umum pengagihan ASB paling rendah dalam sejarah: Pada 5 sen seunit dengan jumlah sebanyak RM7.6 bilion bagi lebih 10.2 juta pemegang unit. 
 

Zeti ada terangkan, dengan keadaan pasaran kewangan yang tak stabil, ASB terus memberi kadar pengagihan yang kompetitif. Ada betulnya jugak kenyataan Zeti ni sebab prestasi ASB cam maintain je kalau nak dibandingkan dengan pelaburan risiko rendah yang lain.
 

Kiranya, ASB masih mampu bagi pulangan 5 sen seunit walaupun dalam keadaan pasaran menurun cam sekarang ni - dah bagus lah tu.
 

Kalau nak tahu macam mana ASB boleh bagi pulangan sebegini, baca penjelasan Zeti pasal strategi pemasaran ASB. Dalam ucapan pengumuman dividen ASB, dia ada cakap:

"Strategi kepelbagaian portfolio ASB terus mencatatkan kemajuan pada 2020, dengan peningkatan pendedahan kepada ekuiti antarabangsa, ekuiti persendirian, hartanah dan pendapatan tetap."
 

Jadi, apa maksudnya? 

Maknanya, PNB takdelah guna semua dana yang ada untuk labur dalam pasaran Malaysia, tapi antaranya naikkan jugak peruntukan dana pelaburan asing bagi dapatkan pulangan yang lebih kukuh. 
 


Ni cara dana ASB dilaburkan

(Memandangkan PNB tak keluarkan lagi laporan penuh ASB 2020, jadi kami buat pengiraan berdasarkan laporan 2019.)

Berdasarkan laporan tersebut, 3 sektor teratas yang dilaburkan adalah Sektor Kewangan (26.17%), Barangan Asasi Pengguna (14.25%) dan Perkhidmatan Komunikasi (8.25%).



PNB jugak ada senaraikan syarikat yang diorang labur, dengan 3 syarikat teratas iaitu Maybank (21.83%), Sime Darby Plantation Berhad (10.7%) dan Tenaga Nasional Berhad (4.48%).



 Jadi, pulangan ASB korang sangat dipengaruhi oleh prestasi syarikat-syarikat ni. 
 


Kalau korang nak tahu macam mana PNB boleh tetapkan pengagihan 5 sen seunit, tengok kira-kira ni

PNB ada gunakan formula untuk kira dividen ASB yang dipanggil Nilai Aset Bersih bagi setiap unit. 


Jadi, apa dia Nilai Aset Bersih?

Menurut Investopedia, Nilai Aset Bersih adalah hasil yang diperolehi dari perbezaan jumlah aset dan liabiliti yang dibahagi dengan jumlah saham/unit yang dipegang oleh pelabur. Liabiliti bagi ASB ni adalah segala yuran yang digunakan untuk uruskan dana tersebut dengan lebih teliti. 



Bagi dana ASB, PNB caj yuran sebanyak 0.6% (0.4% + 0.2%) daripada jumlah aset di bawah pengurusan bagi menguruskan dana dengan teratur. 

Korang boleh dapat jumlah yang tepat dalam laporan, tapi korang jugak boleh dapat anggaran kasar dividen untuk tahun tersebut dengan bahagikan Jumlah Agihan pendapatan dengan jumlah unit dalam aliran. 

Contohnya, pada tahun 2019, Jumlah Agihan Pendapatan adalah RM8,136.74 juta manakala jumlah Unit Dalam Aliran adalah sebanyak 167,159 juta. 

Jumlah yang korang akan dapat adalah RM8,136,740,000/167,159,000 = 0.048 iaitu lebih kurang 4.8 sen. 

Bagi 5 sen yang korang dapat, The Malaysian Reserve laporkan yang Jumlah Agihan Pendapatan adalah RM7.6 bilion manakala jumlah Unit dalam Aliran adalah 173.2 bilion. 

Dengan guna kaedah pengiraan yang sama (RM7,600,000,000/173,200,000,000), korang akan dapat jumlah dividen sebanyak 0.0438 iaitu lebih kurang 4.38 sen seunit.

Kalau korang hairan kenapa jumlah dividen tu tak tepat, korang betul sebenarnya. Ini sebab PNB masih tak keluarkan laporan rasmi lagi, jadi kami masih tak tahu angka yang sebenar. 

Untuk pengiraan jumlah pulangan yang korang dapat dari ASB pulak, korang boleh baca artikel ASB ni untuk tahu lebih lanjut. 

Ha, so far boleh faham tak?

Kami faham, bukan senang nak hadam semua nombor-nombor ni. Ada baiknya kita biarkan pengurus dana profesional kat PNB yang settlekan. 


 


Jadi, masih berbaloi ke untuk melabur dalam ASB?

Apa yang  korang kena tahu, selagi kadar pulangan ASB lebih dari kadar inflasi, pelaburan ni masih dikira baik. Buat masa sekarang, kadar inflasi kat Malaysia adalah -1.7% pada November 2020, jadi 5% pulangan pada pelaburan ASB ni kira bagus lah.


Apa akan terjadi pulak dengan prestasi ASB pada masa akan datang?

Macam yang kami cakap sebelum ni, prestasi dana sangat bergantung pada prestasi syarikat yang dana tersebut dilaburkan. 

Contohnya, bagi dana ASB dari tahun 2014 hingga 2016, korang dapat lihat dividen jadi lagi rendah sebab syarikat-syarikat yang terlibat dengan pelaburan dana PNB mempunyai pendapatan yang rendah. 


* Angka ni dikira berdasarkan laporan pemegang saham bagi setiap syarikat.

Kalau korang nak tahu kadar dividen ASB pada tahun akan datang,  korang kena tengok pada syarikat yang ASB laburkan. Yang baru nak mula, cekidaut panduan daripada Mckinsey yang ada tunjukkan pelbagai metrik dan faktor dalam menentukan prestasi sesebuah syarikat. 
 


Ada ke alternatif yang lagi baik untuk laburkan duit saya?

Ofkos lah. Banyak kot pilihan yang ada. Korang mesti dah tahu yang  pelaburan ni hanya untuk Bumiputera, kan? Tapi orang Cina dan India ada je jalan lain untuk jadi kaya. 



Kalau korang perasanlah, kebanyakan orang cina akan buat pelaburan hartanah dan pasaran saham untuk mengaut keuntungan. 


Tapi kenapa dua jenis pelaburan ni? Well, rahsia kepada pelaburan yang berjaya sebenarnya adalah dengan melabur duit korang pada aset yang nilainya bertambah over time. 

Kalau korang lihat senarai jutawan-jutawan paling top yang dikeluarkan oleh Forbes dan dari mana datangnya sumber kekayaan diorang, korang boleh nampak diorang semua join pelaburan hartanah dan jugak mempunyai stok pelbagai syarikat. 

Jadi, kalau korang nak ikut jejak langkah diorang dan ada stok sendiri jugak, kami nasihatkan korang mula dengan pelaburan unit amanah saham. Tengok je lah prestasi sesetengah amanah saham kat Malaysia ni. Korang boleh dapat pulangan pelaburan yang masyuk kot untuk jangka masa panjang.



Tak kisah lah korang ni Bumiputera atau tak, korang patut laburkan duit yang ada tu ke dalam hartanah dan amanah saham. Pastu biarkan duit tersebut beranak pinak.

Tapi, macam biasa, sebelum korang laburkan duit dalam pelaburan yang korang tak berapa mahir, pastikan korang study dulu sampai khatam.


BACA JUGAK:
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Irwin Umban



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

"Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?"

Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?