Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Pembiayaan Margin Saham di Malaysia

BY Team Loanstreet

Updated 09 Dec 2019




Pembiayaan Margin Saham (SMF) adalah sejenis kemudahan kredit pusingan yang disediakan kepada pelabur untuk membiayai dagangan saham dan aktiviti pelaburan mereka. Pelabur boleh membeli saham dengan pinjaman yang dibuat,  di mana pinjaman tersebut perlu disokong oleh cagaran. Artikel ini akan menerangkan segala pekara yang anda perlu tahu tentang pembiayaan margin saham di Malaysia.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Pembiayaan Margin Saham (SMF) adalah sejenis kemudahan kredit pusingan yang disediakan kepada pelabur untuk membiayai dagangan saham dan aktiviti pelaburan mereka. Pelabur boleh membeli saham dengan pinjaman yang dibuat,  di mana pinjaman tersebut perlu disokong oleh cagaran. Artikel ini akan menerangkan segala pekara yang anda perlu tahu tentang pembiayaan margin saham di Malaysia.

Di Malaysia, pembiayaan margin saham boleh disediakan oleh Bank-bank konvensional (Eg CIMB, Hong Leong Bank, Maybank) dan broker / Bank Pelaburan (Eg Kenanga, Bank Pelaburan Maybank,Bank Pelaburan RHB). Kemudahan yang disediakan oleh bank-bank konvensional adalah dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, manakala kemudahan yang disediakan oleh broker adalah dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk 2 entiti di bawah kumpulan yang sama (Contoh RHB vs Bank Pelaburan RHB) menyediakan pakej SMF dengan terma dan syarat yang berbeza.

Cagaran biasanya diperlukan untuk mendapatkan pembiayaan margin saham. Bentuk cagaran yang boleh diterima ialah wang tunai, waran bagi saham tertentu, unit amanah, deposit tetap dan sekuriti yang disebut harga di Bursa. Adalah pentingnya untuk mengambil perhatian bahawa bentuk cagaran yang boleh diterima mungkin akan berbeza antara pemberi pinjaman.

Walaupun sebahagian besarnya sama, terdapat beberapa perbezaan ketara dalam pakej SMF yang disediakan oleh bank-bank dan broker yang berbeza. Berikut adalah pecahan dan penerangan ciri-ciri yang patut dipertimbangkan apabila membuat perbandingan antara pakej SMF:

Istilah

Penerangan

Nisbah Pembiayaan Margin Saham
a.k.a Margin Pembiayaan (MOF)

 

 

Jumlah maksimum pinjaman yang boleh didapatkan berdasarkan nilai cagaran .

MoF=(Jumlah Pinjaman – Tunai) / Jumlah Ekuiti Saham

  • Biasanya dalam lingkungan 50-60%

Sesetengah peminjam (terutamanya broker) mengirakan nisbah tersebut dengan menggunakan songsangan formula di atas.

Kemudahan Pengeluaran Tunai

Peminjam boleh mengeluarkan wang tunai lebihannya (sekuriti yang baru dibeli, dividen & keuntungan) dari akaun margin dalam had nisbah pembiayaan.

Bukan semua peminjam menyediakan kemudahan ini. Ini adalah biasanya disediakan oleh bank.

Kadar Faedah

Kadah faedah yang dikenakan ke atas jumlah yang digunakan dalam kemudahan SMF boleh dalam kadar tetap atau kadar terapung.

‘Yuran Pusingan Semula’

Bayaran untuk kontrak pembelian saham yang tertunggak , di mana kontrak tersebut akan dibawa ke tempoh seterusnya (biasanya dibawa ke hadapan pada setiap suku tahun.

Panggilan Margin

Panggilan Margin akan dibuat oleh pemberi pinjaman apabila nilai cagaran kurang daripada peratusan tertentu dalam jumlah yang dibiayai (jumlah pinjaman).

Apabila panggilan margin dibuat, peminjam dikehendaki menambah nilai cagarannya ( menambah wang tunai, atau mencagarkan lebih banyak saham) untuk mencapai MoF yang diperlukan, dan tindakan ini perlulah dilakukan dalam masa 3 hari urusniaga.

Panggilan Paksa

Sekiranya peminjam gagal untuk menambah nilai cagaran apabila panggilan margin dibuat, pemberi pinjaman mempunyai hak untuk mencairkan akaun margin tersebut. Ini dikenali sebagai Panggilan Paksa.

Pengganda Margin

Ini adalah pengganda terhadap nilai cagaran yang dicagarkan untuk mentakrifkan jumlah maksimum pembiayaan (pinjaman) yang boleh didapatkan oleh peminjam.

Contohnya: Bank menyediakan pengganda margin sebanyak 2.5x untuk cagaran deposit tetap. Dengan mencagarkan deposit tetap sebanyak RM50, 000,

Jumlah maksimum pembiayaan = (RM50, 000 x 2.5) + RM50, 000 = RM175, 000

Contoh Pengiraan

Pengganda Margin untuk Deposit Tunai = 2.5x
Deposit Tunai = RM100,000
Margin Pembiayaan (Maksimum) = 60%
Margin Panggilan = 70%

Johan berupaya untuk membeli 250,000 unit saham ABC pada RM1. Ini membolehkan MoF nya tepat pada had maksimum MoF nya, iaitu 60%:

Margin Pembiayaan = (Jumlah Pinjaman –  Deposit Tunai) / Jumlah Ekuiti Saham
 = (RM250,000 – RM100,000) / RM250,000
 = RM150,000 / RM250,000
 = 60%

 

Apabila harga saham ABC meningkat kepada RM1.20, Margin Pembiayaan menjadi 50%:

 

Margin Pembiayaan = (Jumlah Pinjaman –  Deposit Tunai) / Jumlah Ekuiti Saham
 = (RM250,000 – RM100,000) / (250,000 * RM1.20)
 = RM150,000 / RM300,000
 = 50%

 

Oleh sebab itu, Johan mampu untuk meminjam lebih untuk membiayai pembelian saham. Dia boleh membeli tambahan 62,500 unit saham ABC pada harga RM1.20 yang sejumlah RM75, 000:

 

Margin Pembiayaan = (Jumlah Pinjaman – Deposit Tunai) / Jumlah Ekuiti Saham
 = (RM250,000 + RM75,000 - RM100,000) / (RM300,000 + RM75,000)
 = 60%

 

Selepas pembelian tambahan saham, nilai saham ABC telah merosot. Apabila harga terjatuh pada RM1.02, bank akan membuat panggilan margin kerana margin pembiayaan Johan telah meningkat kepada 70%, yang mencetuskan panggilan margin.

 

Margin Pembiayaan = (Jumlah Pinjaman – Deposit Tunai) / Jumlah Ekuiti Saham
 = (RM325,000 - RM100,000) / ((250,000 + 62,500) * RM1.02)
 = RM225,000 / RM321,300
 = 70%

 

Pada masa ini, Johan perlu menambah deposit tunainya atau menjual sebahagian saham untuk membawa margin pembiayaannya kembali ke 60% ??supaya mengelakkan daripada panggilan paksa.

Kesimpulan

Pembiayaan margin saham dianggap sebagai  sesuatu kemudahan canggih yang penting untuk pelabur-pelabur pasaran saham. Walau bagaimanapun, ia adalah tidak sukar untuk memahami, dan juga tidak sukar untuk mendapatkan (hanya perlu untuk menyemak dengan mana-mana broker atau bank!). Akhir sekali, sentiasa mengamalkan sikap berhati-hati dan tidak meminjam berlebihan apabila menggunakan pembiayaan untuk membuat pelaburan dalam pasaran saham!

*Artikel ini ditulis dengan bantuan www.investalks.com- sebuah laman web forum Cina yang berbincangkan pelaburan.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

loanstreet-tabung-unit-amanah-terbaik-malaysia-2024

Tabung Unit Amanah Terbaik kat M’sia, 2024!

Nak Melabur? Jangan Lepaskan Promo Simpanan Tetap Terbaik di Malaysia 2024

Promo Simpanan Tetap (FD) Terbaik Malaysia 2024

"Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?"

Camne Nak Jual Yang Kereta Belum Habis Bayar?