Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Siri Perancangan Kewangan Bahagian 3: Apakah Yang Anda Akan Melabur Jika Anda Mempunyai RM 10,000?

BY Team Loanstreet

Updated 19 Oct 2018




Tidak boleh dinafikan bahawa kos sara hidup yang semakin meningkat telah menyebabkan masyarakat mempunyai kesukaran untuk menyimpan duit sekarang. Walau bagaimanapun, bak kata pepatah, sikit-sikit lama-lama menjadi bukit. Anda berkemungkinan boleh menyimpan duit tetapi anda mungkin memerlukan sedikit masa yang lebih dan sedikit tolong dari perancangan kewangan.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Andaikan anda telah menyimpan sejumlah RM 10,000 (atau lebih) dan anda tahu kepentingan pelaburan. Jika anda ingin mendapatkan kepulangan awal, jalan terbaik untuk mendapatkan duit balik ialah dengan meramal atau berjudi. Tetapi peluang untuk anda mendapatkan pulangan anda adalah sangat kecil kerana risikonya sangat tinggi dan juga susah untuk ditentukan.

Tidak boleh diragui bahawa semua ini berbanding kepada berapa risiko yang anda sanggup untuk mengambil. Jika anda bukan seorang pengambil risiko, cara paling selamat untuk melabur adalah melalui deposit tetap. Bank yang terbaik untuk melabur RM 10,000 anda ialah melalui Bank Cimb kerana mereka menawarkan kadar faedah yang terbaik. Tetapi, salah satu masalah yang dihadapi oleh masyarakat jika mereka melabur dalam deposit tetap ialah dengan GST dan kenaikkan harga untuk kebanyakan barang-barangan, duit tidak mempunyai pulangan yang besar untuk bersaing dengan gaya hidup asas orang. Masyarakat sebenarnya sedang dirugi kerana kekayaan sepatutnya berkembang melibihi inflasi.

Jika anda tidak mampu untuk membeli sebuah hartanah yang bernilai RM 2 juta dan hanya mempunyai RM 10,000 untuk dilabur, anda bolehlah membeli saham sahaja. Anda boleh memilih antara unit amanah, stok ataupun REITs. REITs amat selamat untuk dilabur dalam dan juga memberi pulangan yang berpatutan. Untuk mengetahui REITs mana yang anda harus melabur dalam, anda haruslah membuat penyelidikan tentang REITs manakah yang paling sesuai gaya hidup dan juga matlamat persaraan anda. Jika anda tidak berminat untuk membeli saham dari Malaysia, anda juga boleh melabur di luar negara yang merupakan REIT luar pesisir dengan bantuan dari sorang broker luar pesisir.

Anda akan mempunyai dana tambahan untuk melabur jika anda mempunyai perancangan kewangan yang bagus. Bacalah artikel kami dan belajar cara untuk menjadi perancang kewangan anda sendiri. Anda juga baca artikel kami mengenai REITs dan kebankrapan. Untuk mempunyai pemahaman yang lagi mendalam tentang perancangan kewangan, anda boleh membaca artikel kami tentang cara untuk melabur satu juta ringgit dalam hartanah dan cara untuk mengelak membelanja terlebih.

Terdapat banyak cara untuk membuat pelaburan tetapi soalan yang sering ditanya adalah dimana dan kenapa. Seorang pelabur yang bijak akan sentiasa meluangkan masa untuk memahami prinsip asas mengenai pelaburan dan sentiasa membuat keputusan memaklum tentang pelaburan. Tidak kira sama ada matlamat ada adalah untuk menghantar anak-anak anda ke university ataupun menikmati persaraan anda dengan berlancong di seluruh dunia, membuat pelaburan adalah penting untuk menolong anda untuk mencapai matlamat anda. Semoga berjaya!

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

Pelaburan Untuk Persaraan: Unit Amanah

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes