Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Moratorium Pinjaman BNM Nak Tamat. Ni Apa Korang Perlu Buat!

BY Faiz Rahim

Updated 18 Sep 2020




“Aku nak buat apa je lepas tempoh moratorium tamat ni?”

“Kantoi jugak ni kalau kena bayar loan cam biasa terus. Aduh, aku nak buat apa ni?”

Ini mesti soalan-soalan yang terlintas dekat pikiran kalau korang ambil moratorium pinjaman yang ditawarkan dari April  ke  September 2020 (6 bulan). Walaupun initiatif ni memang membantu dalam keadaan sekarang, kerajaan dah buat keputusan untuk memanjangkan lagi tempoh moratorium pinjaman tapi malangnya bukan untuk semua (untung yang terpilih tuh!).



 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Jap, untuk siapa je lanjutan moratorium pinjaman ni?

Dalam lanjutan moratorium pinjaman ni, kerajaan target bagi kepada 2 jenis kategori je iaitu:

  • Individu yang kehilangan kerja dan masih mencari. Diorang akan dapat lanjutan moratorium pinjaman selama 3 bulan

  • Individu yang bekerja tapi gaji diorang kena potong pulak boleh kurangkan bayaran ansuran pinjaman selama 6 bulan. Kiranya, bayaran bulanan akan diselaraskan dengan gaji diorang yang sekarang

Camne kalau tempoh lanjutan dah habis tapi diorang masih cari kerja/gaji tak kembali cam biasa balik? Jangan risau k sebab pihak bank akan consider permohonan korang untuk panjangkan lagi moratorium tuh selepas tempoh lanjutan moratorium (kalau perlu). Cuma, dia case-to-case basis dan depends dengan keadaan kewangan korang. 
 

Pihak bank pun bersetuju untuk tolong peminjam individu dan SME yang memerlukan bantuan ekstra. Basically siapa-siapa yang tak tergolong dalam 2 kategori yang admin sebut tadi. Antara bantuan yang pihak bank boleh offer dekat diorang adalah:

  • Bayar faedah sahaja untuk suatu tempoh yang dah ditetapkan

  • Panjangkan tempoh pinjaman untuk kurangkan jumlah bayar setiap bulan 

  • Beri pelepasan lain sampai keadaan kewangan peminjam dah stabil 

BACA JUGA: Bagaimana Bank Negara Malaysia Memain Peranan Dalam Harga Pinjaman Anda

 

Hah, ni admin bagitau apa korang perlu buat...

Situasi #1: Korang tergolong dalam kumpulan yang tak bekerja & kena potong gaji

In case korang terlepas berita, korang dah boleh start call pihak bank dari 8 Ogos sampai lah 30 September 2020. Tinggal beberapa minggu lagi ni, so cepat sikit buat panggilan tuh!  

Disebabkan korang termasuk dalam kategori bertuah, memang konfem lah akan dapat lanjutan moratorium. Kalau korang masih ‘tanam anggur’, moratorium pinjaman akan dipanjangkan lagi untuk 3 bulan dan kalau korang tergolong dalam kumpulan yang kena potong gaji, boleh discuss dengan pihak bank pasal jumlah pembayaran balik loan untuk 6 bulan akan datang.

Alang-alang nak bincang dengan bank kan, kami suggest untuk korang bincang jugak apa plan korang selepas tempoh moratorium lanjutan ni pulak habis? Kiranya, korang buat 2 kerja dalam 1 masa lah. Kan efisien kalau gitu?

 

Situasi #2: Korang tak tergolong dalam Situasi #1 tapi perlukan bantuan 

Cam admin sebut sebelum ni, pihak bank open untuk discuss sebarang plan pembayaran balik. Cuma bergantung dengan keadaan kewangan dan apa yang korang bincang dengan pihak bank. Ya lah, korang boleh pilih sama ada nak bayar interest rate dalam 1 tempoh masa, tukar tempoh loan atau pelepasan-pelepasan lain yang bank boleh offer.

Jadi, apa lagi? Cepat-cepat lah call pihak bank dan buat appointment k. 

 

Situasi #3: Korang ada beberapa loan dari pelbagai bank. 



Hah, korang mesti risau sebab situasi ni tricky sikit. Apa kata korang bincang benda ni dengan pakar? Cuba bayangkan, korang ada 3 loan dari 3 bank yang berlainan. Yup betul, korang boleh je bincang dengan pengawai bank tersebut tapi diorang hanya akan tengok loan yang korang pinjam dengan bank diorang je. Kalau dengan pakar, barulah dapat rangka plan yang mantul.

Untuk peminjam individu, korang boleh pergi ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan join diorang punya ‘Debt Management Programme’. Peminjam SME pulak boleh contact dengan Small Debt Resolution Scheme (SDRS)

BACA JUGA: How to Manage Your Debts for Free, the AKPK Way!

 

Camne kalau korang tak boleh bayar loan? Ada alternatif lain tak?

Relaks dulu, jangan risau kalau tak mampu k sebab ada je beberapa alternatif lain yang korang boleh pilih. Antaranya adalah: 

1. Penjadualan semula (Rescheduling)

Basically korang tukar/ubah terma & syarat pembayaran balik pinjaman. Kebiasaannya, penjadualan loan ni akan panjangkan tempoh pinjaman ataupun tengok semula jumlah bayar ansuran secara bulanan. 

 

2. Penstrukturan semula (Restructuring)

Korang boleh susun semula loan dengan tukar/ubah terma & syarat atau jenis pinjaman. Dia cam lebih kurang pembiayaan semula.

TIPS EKSTRA - In case korang buat penjadualan/penstrukturan semula loan 

Bos admin (Jared Lim) ada share beberapa tips kat BFM kalau korang setuju untuk buat penjadualan/penstrukturan semula loan (if takde pilihan lain!):

  • Offer untuk caj kepada bank atau refinance semula loan. Ya lah, supaya boleh cover hutang yang ada interest tinggi (kalau ada hartanah/aset)

  • Mintak pengecualian untuk bayar sebarang yuran atau penalti (in case korang dapat setel bayar loan)

  • Kalau tak berjaya, boleh cuba request 3 benda ni:

    • Bayar interest saja untuk 1 tempoh masa

    • Panjangkan tempoh loan untuk kurangkan jumlah bayar bulanan

    • Bersetuju ngan pihak bank untuk postpone pembayaran (sementara je)

  • Nego untuk interest tak berubah dan tak perlu caj extra kalau lambat bayar loan

  • Jangan pinjam dari “Ah Long” k (better declare muflis). Tapi kalau korang akan/hampir nak muflis, BACA NI.

 

3. Penyatuan hutang (Debt consolidation loan)

Korang setelkan loan sekarang dengan ambik yang baru. Idea ni takdelah bagus mana pun tapi at least korang boleh setel loan yang lama. Cuma tuh lah, ada loan baru pulak yang korang kena selesaikan. Jadi, admin sarankan kalau pilih alternatif ni, cari loan baru yang akan senangkan hidup korang k (interest rendah dll).

 

Apa akan berlaku kalau tak nak bayar loan?



Korang konfem akan tambah sakit kepala yang dah sedia ada.Antara yang boleh berlaku kat korang kalau tak nak/tersangkut bayar loan adalah: 

  • Korang akan ada lagi banyak hutang (kena bayar interest & denda)

  • Sejarah kredit korang (CCRIS & CTOS) akan terjejas (baca ni untuk tahu lebih lanjut

  • Aset korang (kenderaan/rumah) akan ditarik/disita dari pihak bank

  • Korang boleh jadi muflis (jadi papa kedana terus beb!)

Kenapa nak cari pasal? Better call bank cepat dan setelkan benda ni.

P/S: Korang boleh check maklumat-maklumat yang pihak bank sediakan. Ni admin siap compile list untuk korang jadikan sebagai rujukan:

Public Bank

Hong Leong Bank HLB  

CIMB 

Maybank 

UOB 

Affin Bank 

AmBank 

MBSB Bank 

OCBC

Agro Bank

Bank Simpanan Nasional

Bank Islam

RHB

Standard Chartered Bank 

Bank Rakyat 

Bank Muamalat 

Al-Rajhi  

HSBC

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!