Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Bagaimana Bank Negara Malaysia Memain Peranan Dalam Harga Pinjaman Anda

BY Team Loanstreet

Updated 09 Dec 2019




Bakal pembeli dan Pemilik hartanah sering membincangkan tentang BLR (Base Lending Rate atau kadar Pinjaman Asas), dan sentiasa meminta agar pihak kerajaan dapat mengurangkan lagi supaya pemilikan hartanah menhajdi lebih berpatutan.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Tetapi, sebelum semua pihak menunding jari kepada pihak kerajaan, terdapat 2 pekara penting yang perlu difahami. Apa itu BLR dan bagaimana ia ditentukan, serta mulai 2015, BLR akan digantikan oleh satu rangka kerja rujukan untuk menentukan nilai pinjaman. Teruskan membaca untuk mendapatkan pemahaman secara keseluruhan.

Apa Itu Kadar Pinjaman Asas?

Hampir keseluruhan pemilik hartanah mengetahui apa itu BLR dan fungsinya, jadi ini ialah penjelasan ringkas untuk yang kurang faham. BLR itu sendiri tidak ditentukan oleh Bank Negara, tetapi ditetapkan oleh Bank itu sendiri. Setiap bank memiliki kadar BLR tersendiri. Tetapi BLR sangat berkait rapat dengan  OPR (Overnight Policy Rate ,atau Kadar Dasar Semalaman) dimana pihak Bank Negara sendiri yang berkuasa. Apa yang perlu difahami tentang OPR bukan sesuatu yang sukar, tetapi ia mengambil kira semua faktor yang menentukan kedudukan ekonomi seperti inflasi, kadar pertumbuhan ekonomi, risiko yang mungkin dihadapi – secara amnya keseluruhan ekonomi.

BNM akan mengubah nilai OPR bergantung kepada jumlah wang yang ingin berada dalam pasaran berkadaran dengan jumlah dalam simpanan. Satu perkara yang kita perlu tahu ialah OPR tidak akan mengubah BLR, tetapi faktor lain seperti kadar faedah untuk deposit tetap, kadar tukaran wang asing dan kadar faedah untuk pinjaman jangka masa pendek mahupun panjang, dimana sedikit sebanyak akan menentukan harga untuk setiap barang ataupun perkhidmatan, kos pengambilan pekerja dan faktor lain yang akan memainkan peranan dalam ekonomi Negara kita.

Perubahan pada 2015

Pada Mac tahun ini, pihak BNM telah mengumumkan rangka kerja baru, dikenali sebagai Base Rate akan menggantikan BLR menjelang 2015. Apa yang membezakan kedua rangka itu adalah kadar baru ini akan ditentukan oleh faktor berberbeza, diantaranya ialah kos dana bank, Simpanan Baki berkanun (Nilai baki yang berada dalam simpanan dengan BNM berkadar dengan kelayakan tanggungan). Sistem baru ini akan lebih telus kepadan pengguna, dimana akan meningkatkan kecekapan, displin dan kepatuhan kepada bank tersebut, berbanding sistem BLR. Jika system ini dapat dijalankan sepenuhnya, pasaran akan bersaing secara lebih sihat memberikan peminjam dengan kadar yang lebih menarik – dimana pengguna boleh memilih diantara bank yang menawarkan produk terbaik.

Kadar asas + Spread data pada 2015 yang terkini untuk seluruh bank sila klik disini(English) & disini

Sudah memiliki pinjaman?

Tidak perlu panik. Selepas rangka kerja baru efektif pada 2 Januari 2015, pinjaman yang menggunakan system BLR masih akan merujuk kepada BLR. Walaupun telah digantikan secara istilah, ia masih wujud kerana faktor utama OPR tetap digunakan dalam menentukan keadaan ekonomi semasa. Tetapi apabila bank berpindah kepada Base Rate, perubahan kepada BLR akan berlaku.

Disebabkan ini, pihak BNM mewajibkan kadar BLR dan Base Rate dipaparkan di cawangan bank mahupun laman web. Selain itu, kadar base rate akan digunakan sekiranya peminjam membiayai semula pinjaman.

Kesimpulan

Langkah baru BNM dilihat member kesan yang besar kepada penilaian pinjaman , tetapi akan berbeza dari keadaan ideal. Seperti mana usaha ekonomi yang besar dilaksanakan, ia akan membawa kesan kepada pasaran, dimana ketidaktentuan kadar faedah pada masa hadapan.

Sebagai pengguna, sekiranya bercadang untuk memiliki hartanah, mulakan langkah sebelum hujung tahun. Melalui cara ini, sekiranya kadar baru yang kan ditetapkan lebih tinggi, anda masih menikmati kadar faedah yang lebih rendah. Sekiranya kadar baru lebih rendah, anda boleh menggunkan alat perbandingan pembiayaan semula pinjaman perumahan Loanstreet untuk membiayai semula pinjaman anda.

Akhir sekali, jika anda sedang pertimbangkan untuk mendapatkan pinjaman rumah, jangan lupa untuk menggunakan  alat perbandingan pinjaman perumahan kami untuk melihat pinjaman rumah terbaik di pasaran,

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!