Pertama sekali, ni yang korang kena tahu pasal pengeluaran pelaburan ASNB secara online...
- Had pengeluaran maksimum adalah RM500 sebulan (sebab diorang nak korang terus kekalkan pelaburan korang tu untuk dapatkan faedah pelaburan yang optimum dan hanya buat pengeluaran bila betul-betul perlu je).
- Jumlah minimum pengeluaran adalah RM100 setiap transaksi.
- Jumlah transaksi yang dibenarkan adalah 3 kali sebulan.
- Korang hanya boleh mengeluarkan duit pelaburan dari akaun unit amanah korang.
- Mana-mana unit amanah ASNB dibenarkan untuk pengeluaran secara online KECUALI untuk ASN Equity 5 dan ASN Sara 2.
- Takde caj tambahan (buat masa ini).
- Duit akan ditransferkan ke akaun bank pemegang unit yang didaftarkan dengan myASNB pada hari bekerja berikutnya.
- Waktu operasi adalah mengikut waktu operasi portal myASNB dan app myASNB:
- Unit Amanah Harga Berubah: 7 pagi - 4 petang, Isnin hingga Ahad kecuali cuti umum
Okay, camne nak buat pengeluaran ASNB secara online?
1. First, korang kena pastikan yang nombor fon korang dengan ASNB telah di update untuk mendaftar sebagai pengguna portal ASNB. Untuk update, korang boleh kunjung mana-mana cawangan atau ejen ASNB (Maybank, Maybank Islamic, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional, Alliance Bank, AmBank dan AmBank Islamic).
Ni untuk pastikan info tu sah dan tepat; bukan suka-suka. Korang TAK BOLEH lakukan proses ni secara online sebab pegawai tu perlu sahkan IC (MyKad) korang sebelum sebarang data dapat dikemas kini.
2. Bila dah selesai, baru boleh daftar sebagai pengguna portal ASNB. Macam mana? Haaa… tengok vid tutorial ringkas oleh ASNB kat bawah.
3. Dah setel semua tu barulah boleh buat pengeluaran ASNB secara online. Korang hanya klik Portfolio, kemudian klik Transaksi pada unit amanah yang diperlukan dan pilih Penebusan. Macam tak sure? Takpe. Boleh tengok vid kat bawah.
Kalau korang ada apa-apa pertanyaan pasal pengeluaran ASNB, boleh check FAQ Penebusan Dalam Talian ASNB.
Apa lagi yang boleh korang buat kat portal ASNB ni?
Selain pengeluaran secara online, korang jugak boleh dapatkan akses segera ke maklumat portfolio pelaburan korang, check transaksi MyASNB dan penyata akaun, serta buat pelaburan ASNB tambahan.Senang, kan? Mudah-mudahan kita semua dapat manfaatkan kemudahan ni. Lagi satu kami nak pesan, bila benda dah senang ni, janganlah syok sangat keluarkan duit korang tu pulak - HANYA bila perlu je, okay?