Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

8 Platform Kumpul Dana (Fundraising) Yang Korang Boleh Guna!

BY Faiz Rahim

Updated 13 Jan 2021




“Syed Saddiq dah jadi botak sekarang?!”

Haa, in case korang tak tahu, baru-baru ni dia dibotakkan secara live kat Astro Awani. Kalau nak tahu, ni semua sebab dia berjaya kumpul lebih dari RM200,000 untuk beli laptop dan derma kepada pelajar-pelajar universiti kat Muar - pendekkan story, dia buat fundraising (pengumpulan dana) lah.


Dia lebih kurang cam korang buat kempen kutip derma daripada orang ramai. Kiranya, korang kena hebah dan share fundraising tu lah. Semakin banyak orang tahu, semakin banyak lah yang akan menderma. Baru berjaya kalau camtu!

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Sesiapa je boleh buat fundraising. Korang mesti curious, atas sebab apa je yang diterima?

Ya wei, memang susah nanti kalau sesiapa je boleh buat fundraising dengan alasan yang tak masuk akal. Kena lah ada alasan-alasan yang solid, antaranya adalah: 

  • Korang nak duit untuk laksanakan projek dan program sukarelawan/kemanusiaan
  • Korang nak tolong orang yang baru lepas ditimpa kemalangan/bencana alam 
  • Korang nak bayar bil-bil rawatan/pelajaran (cam Fahiera ni study kat Korea)
  • Korang nak bantu komuniti B40 dan golongan-golongan asnaf 

Kalau korang perasan, semua alasan ni adalah untuk tolong orang yang memerlukan. Jadi, kalau masih mampu, tak perlu lah nak buat fundraising. Kang kalau viral cam posmen yang kantoi menipu tu admin tak tahu...


Ni admin listkan 8 platform yang korang boleh guna untuk kumpul dana! 

 

1. KitaFund (sebelum ni SkolaFund)



Fokus: Keperluan dan kecemasan perubatan, pendidikan dan kemanusiaan.

KitaFund ni adalah platform lokal kumpul dana untuk tolong orang-orang kita bayar bil perubatan atau yuran belajar. Korang pun boleh guna platform ni untuk aktiviti-aktiviti kemanusiaan. Kalau korang tengok website KitaFund, ada beratus-ratus kempen yang tengah ada.

Salah satunya, Fahiera yang admin sebut tadi lah. Dia ada lagi setahun setengah je nak habiskan study. Malangnya, atas masalah kewangan keluarga, dia tak mampu nak bayar yuran. Kempen Fahiera ni berjaya kumpul lebih RM40 ribu!

Apa yang bagus kat KitaFund?

  • Sesiapa je boleh mulakan kempen 
  • Kempen yang boleh dipercayai (no scam)
  • KitaFund akan provide panduan untuk kumpul dana
  • Proses penyumbang yang senang
  • Takde caj untuk mulakan kempen

Apa yang kurang pulak kat KitaFund?

  • Setiap derma akan dicaj 5% untuk kos operasi
 

2. GoFundMe



Fokus: Keperluan dan kecemasan perubatan, pendidikan dan kemanusiaan.

Kalau korang nak tahu, GoFundMe ni platform global - pelbagai negara ada buat kempen kat sini. Malangnya, Malaysia tak boleh lagi. Melainkan kalau yang buat kempen tu duduk kat negara yang boleh. 



Sebagai contoh, cam kes Wong Belong ni lah. Kalau nak tahu, Wong Belong ni takde kewarganegaraan kat Malaysia - dia ni kiranya stateless. Jadi, kawan Wong Belong atas nama “Human Warhead” pun jalankan kempen kumpul dana untuk dia.

Apa yang bagus kat GoFundMe?

  • Platform fundraising global (sesiapa dari ceruk dunia boleh derma!)
  • Proses yang cepat & selamat
  • Nilai duit ikut US Dollar

Apa yang kurang pulak kat GoFundMe?

P/s: Kiranya, kalau korang nak buat kempen GoFundMe, kena ada kawan dari negara-negara yang boleh buat. Jangan risau, pihak GoFundMe pun paham sebab dia pun bagitau.



3. SimplyGiving



Fokus: Sebarang keperluan peribadi termasuk sakit, bencana alam, kemanusiaan & isu sosial.

Platform SimplyGiving ni tempat yang bukan saja boleh buat fundraising, korang boleh jugak kutip derma untuk organisasi atau fan club. Contoh lah kan, korang ada minat group K-pop ni and nak celebrate birthday salah sorang ahli member, korang pun buat lah fundraising untuk derma kat kebajikan favourite artis tu - boleh invite semua join!



Apa yang bagus kat SimplyGiving?

  • SimplyGiving provide segala bahan untuk korang hebahkan kempen derma (check laman FAQ SimplyGiving ni - semua ada!)
  • Walaupun dah lebih tarikh tamat, kempen korang masih lagi tersenarai (cam Dorothy punya)
  • Proses yang senang

Apa yang kurang pulak kat SimplyGiving?

  • Segala transaksi derma akan dicaj 5% untuk servis perkhidmatan
  • Yuran pemprosesan pun boleh tahan banyak dia (paling mahal 3.91%)


4. GoGetFunding



Fokus: Peribadi, perubatan, haiwan, kemanusiaan dan lain-lain.

Sama cam GoFundMe, GoGetFunding ni platform fundraising global yang korang boleh guna. Proses nak buat fundraising pun agak senang - korang hanya perlu ceritakan kenapa korang kutip derma. Bonus point kalau korang tambah gambar dengan video.

Selepas tu, korang hanya perlu share dan hebahkan je link tu.Disebabkan platform ni global, dia open jugak untuk individu dari negara lain untuk derma. Kalau korang check kempen-kempen diorang, semua di bawah dolar ($) - lagi untung lah!



Apa yang bagus kat GoGetFunding?

  • Proses start kempen yang senang & cepat
  • Korang boleh keep track setiap lawatan dan derma
  • Still dapat duit derma walaupun tak capai target

Apa yang kurang pulak kat GoGetFunding?

  • Website akan caj 4% untuk setiap transaksi derma yang korang dapat
  • 2.9% jugak akan ditolak sebagai kos operasi


5. JomDonate



Fokus: Pelajaran, perkahwinan, institusi Islam, amal, bencana alam, perubatan dan lain-lain.

Pernah dengar tak pasal JomDonate? Haa, kalau nak tahu, platform JomDonate ni adalah website yang cepat. Dengan beberapa minit je, korang boleh terus apply dan mulakan kempen fundraising. 

Antara yang lain, JomDonate ni lebih islamik lah kiranya. Ada beberapa kempen yang tengah dijalankan adalah untuk bina surau atau masjid. Antaranya adalah Surau Kulim Muslim Jamaath dan Surau Abu Bakar As-Siddiq.

Apa yang bagus kat JomDonate?

  • Proses buat kempen yang senang & mudah (boleh tengok video ni)
  • Still dapat duit derma walaupun tak capai target
  • Boleh buat fundraising untuk benda-benda besar (surau, masjid & fakulti swasta)

Apa yang kurang pulak kat JomDonate?

  • 5.5% akan dicaj untuk setiap sumbangan yang korang terima
  • Nak keluarkan duit pun akaj dicaj jugak, sama ada RM0.60 atau 3.4% - mana lebih tinggi


6. GivingHub (NGOhub)



Fokus: Tolong persatuan-persatuan (NGO) yang berdaftar kutip duit untuk program & projek.

Lain dari yang lain, GivingHub (NGOhub) ni komited untuk tolong NGO kat Malaysia ni. Kiranya, korang-korang yang kuat ber-NGO ni boleh hebahkan kempen derma korang. Sambil-sambil tu, boleh check jugak kempen-kempen dari NGO lain. Memang semua NGO lah dapat faedah!  

Selalunya, korang ni akan buat aktiviti fundraising sendiri-sendiri. Sibuk bawak kotak derma ke hulu dan ke hilir. Dengan platform ni, tak perlu risau dah. Kalau kutip dari pintu ke pintu, tak semestinya boleh dapat banyak camni tau!



Apa yang bagus kat GivingHub?

  • Korang yang kuat ber-NGO ada platform khas 
  • Kebanyakan kempen-kempen yang ada dalam amaun besar
  • Boleh network bersama NGO-NGO lain

Apa pulak yang kurang kat GivingHub?

  • Takde maklumat mengenai caj kat website (mungkin NGO yang dah sign up je boleh tahu)


7. 100% Project



Fokus: Pelajaran dan kanak-kanak.

Tak dapat nak nafikan yang cikgu adalah tulang belakang negara kita. Sebab tu 100% Project berimpian untuk tolong korang cikgu-cikgu ni yang tengah cuba sedaya upaya untuk mengajar. Kiranya, korang memang go beyond lah!

Nak buat sesi pembelajaran lagi kondusif? Boleh. Nak upgrade cara mengajar? Pun boleh. Nak dedahkan pelajar ke dunia luar? Boleh jugak! Diorang hanya perlu sign up je. 

Sebagai contoh, Cikgu Candice yang berjaya kumpul RM8,500 untuk bina taman untuk tolong pelajar-pelajar pendidikan khas develop motor skills diorang.



Apa yang bagus kat 100% Project?

  • Platform khas untuk para pendidik
  • Fokuskan kepada pendidikan para pelajar
  • Inspire cikgu-cikgu untuk go beyond

Apa yang kurang pulak kat 100% Project?

  • Takde maklumat mengenai caj kat website - bila tekan “Help”, keluar tulisan kata page tu dah tak ada


8. Give.asia



Fokus: Keperluan dan kecemasan perubatan, pendidikan dan kemanusiaan.

Give.asia ni adalah platform fundraising dari Singapura. Kalau korang skrol kempen-kempen dia, semua dalam SGD. Tapi, jangan risau, kita jiran sebelah ni boleh tumpang guna cam baby Cherelle ni. 



Melalui Give.asia ni, korang boleh kutip derma untuk individu dan persatuan. Untuk tanggungjawab korporat sosial pun boleh - korang hanya perlu isi segala maklumat yang perlu dan mula berkempen je!

Apa yang bagus kat Give.asia?

  • Proses set up kempen yang senang & mudah
  • Takde caj untuk setiap transaksi derma (tip terpulang ikut pemberi nak bagi berapa)
  • Give,asia pun boleh reach out kepada orang yang memerlukan (korang kena provide info)

Apa yang kurang pulak kat Give.asia?

  • Hanya support dolar Singapura dan Hong Kong je - setiap transaksi asing akan dicaj 2%


Katakan korang tak nak guna platform-platform ni, boleh jugak cuba sosial media (Facebook, Twitter atau pun Instagram)...

In a way, lagi senang kot sebab tak payah susah-susah hantar permohonan, hebahkan dan keep track kempen tu. Korang cuma hanya perlu share dekat status dengan timeline korang. Nak share pun senang, mintak je lah member-member korang share dengan retweet.

Kalau korang perasan, lagi ramai yang buat fundraising kat sosial media daripada kat platform-platform ni. Even aktivis terkenal cam Ustaz Ebit Lew dan Syed Azmi. Diorang ni sentiasa buat kutipan derma untuk membantu yang lain. 

Cuma, admin nak ingatkan yang buat fundraising kat sosial media ni lain sikit - sebab tu kena ada sebab kukuh. Kalau takde sebab kukuh atau kantoi menipu, memang teruk lah kena. At least, takde masalah ni kalau dengan platform fundraising. Nanti admin share camne nak konfemkan kempen tu betul ke tak

So, camne? Korang dah decide ke nak buat fundraising kat platform mana? Kalau dah, proceed je lah hantar permohonan. Selamat ber-fundraising!

 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!