1. KDNK & KNK
Kebanyakan orang tahu term Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara (KDNK) dan Pertumbuhan Negara Kasar (KNK) ni tapi mereka susah dan keliru nak bezakan. Sebenarnya senang je nak bezakan dua ni.
KDNK menentukan jumlah nilai semua barang dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam negara, tak kiralah dari orang tempatan atau orang asing. KNK pula adalah jumlah nilai semua barang dan perkhidmatan yang dihasilkan rakyat Malaysia tak kira di dalam ataupun luar negara. Jelas?
2. Inflasi
Mesti korang selalu dengar orang-orang tua claim yang dulu duit belanja sekolah mereka 50 sen je, kadang-kadang tu ada yang 30 sen. Bezakan dengan zaman sekarang? Haa, itulah inflasi!
Inflasi ni bermaksud peningkatan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan dalam satu tempoh yang sama secara umum. Contohnya, dulu RM1 boleh dapat 10 gula-gula, sekarang dapat 5 je. Bila jadi inflasi, automatik kuasa beli akan berkurang sebab korang perlu bayar lebih untuk barang dan perkhidmatan yang sama.

3. Kadar asas standard
Kalau korang pernah buat pinjaman, mesti pernah dengar istilah kadar asas. Dulu orang biasa sebut BLR (Base Lending Rate), kemudian pada tahun 2015 ditukar kepada BR (Base Rate).Tapi sejak 1 Ogos 2022, Bank Negara Malaysia (BNM) perkenalkan sistem baru iaitu SBR (Standardised Base Rate).
Bezanya, SBR ni lebih telus dan senang nak banding sebab semua bank guna asas yang sama. Bank terus ikut Overnight Policy Rate (OPR) yang ditetapkan oleh BNM. Jadi kalau OPR naik atau turun, kadar asas di semua bank akan berubah sama rata.
Namun, setiap bank masih tambah spread masing-masing (margin tambahan). Sebab tu walaupun SBR sama, kadar pinjaman mungkin akan berbeza antara bank.
4. Broker
Broker merupakan individu atau firma yang berlesen dan berperanan sebagai ejen kepada pelanggan untuk menyertai dalam pembelian dan penjualan produk seperti sekuriti atau harta tanah. Mereka akan diberikan komisyen daripada perkhidmatan mereka.
Sebagai broker di harta tanah, tugas utama mereka merangkumi mengiklankan harta tanah, menentukan nilai-nilai pasaran, mempamerkan harta tanah kepada pembeli dan memberikan cadangan yang terbaik kepada pelanggan.
5. Opsyen/ Waran
Opsyen merupakan perjanjian kontrak antara dua pihak dan memberikan hak kepada pemegang tetapi tidak mempunyai kewajipan untuk membeli atau menjual saham dengan harga yang telah ditetapkan. Bezanya dengan waran, waran biasanya dikeluarkan oleh syarikat, manakala opsyen boleh dibuat antara pelabur.
Terdapat dua jenis opsyen iaitu opsyen hak membeli (call opsyen) dan opsyen hak menjual (put opsyen). Opsyen hak membeli memberikan hak kepada korang untuk membeli saham manakala opsyen hak menjual membenarkan koranguntuk menjual saham.
Bayangkan saham X sekarang berharga $4. Korang beli opsyen beli (call) dengan harga laksana/strike $5 dan tarikh luput sebulan dari sekarang. Jika sebelum luput harga saham naik ke $6, opsyen korang ‘dalam wang’ (in the money). Korang boleh laksana opsyen dan beli saham pada $5, walaupun harga pasaran $6. Nilai untung kasar korang ialah $1. Korang boleh fahamkan dengan lebih lanjut kat sini.
6. BURSA, pasaran saham yang berbeza
Berikut adalah senarai bursa saham yang aktif yang korang perlu mengambil perhatian. Mereka telah menawarkan perdagangan dalam sekuriti dan kontrak hadapan.
| Bursa Saham | Negara |
|---|---|
| NASDAQ | Amerika Syarikat (US) |
| Euronext | Belanda Perancis Belgium Portuga |
| Deutsche Bourse | Jerman |
| Bursa Saham Shanghai | China |
| BURSA Malaysia | Malaysia |
Sekarang, bila ada yang tanya ‘Pernah tak dengar pasal Bursa Saham Deutsche Bourse?’
Bolehlah korang jawab dengan yakin!
7. Niaga Hadapan
Kontrak niaga hadapan ni merupakan perjanjian kontrak untuk membeli atau menjual sesuatu instrumen kewangan yang tertentu pada harga yang ditentukan terlebih dahulu pada masa depan. Berbeza dengan opsyen dan waran, niaga hadapan merupakan satu kewajipan dan bukanlah hak.
Maksudnya, bila korang dah tandatangan kontrak, korang still kena teruskan juga walaupun harga berubah tak menyebelahi korang.
Sekarang dah boleh catch up bila bersembang

Topik jargon kewangan ni mungkin nampak rumit pada mulanya, tapi bila faham maksud asas dia, korang akan rasa lebih yakin. Lepas ni kalau ada yang borak pasal KDNK, inflasi, opsyen atau bursa, korang tak perlu lagi pura-pura faham. Sekurang-kurangnya, ada basic knowledge untuk join sembang dan ilmu ni boleh guna juga dalam hidup harian.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: