Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Komponen Hasil Negara: Dari Mana Datangnya?

BY Nuris

Updated 06 Jul 2020




Kita selalu dengar ayat penyata cam ‘hasil negara’, ‘kepentingan hasil kepada negara’ dan bla bla bla. Korang faham tak sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan hasil negara ni? Hari ni, admin nak bagitau korang tentang hasil negara dan komponennya yang masih misteri sehingga ke hari ini. Kenapa misteri? Sebab korang yang tak nak ambil tahu dan kami juga yang kena bagi penerangan. Baca, k?

 


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa sebenarnya hasil negara ni?

Hasil negara ni, dalam bahasa mudahnya nak bagi korang faham adalah pendapatan negara kita. Macam kita bekerja hari-hari, setiap hujung bulan kita akan dapat income sama ada masuk ke bank atau dapat cash! Dalam konteks kerja pula, cam biasa kita akan ada kerja tetap yang jadi sumber utama pendapatan kita dan keluarga. Pada masa yang sama, kita mungkin kerja part-time atau freelance ke sebab nak tambah income. Maka, income yang kita dapat nilah yang kita nak spend kat diri sendiri, keluarga, kawan dan sebagainya. 

Kiranya, sama cam konsep hasil negara yang mana, ia income kepada kerajaan yang macam ketua keluarga. Kerajaan ada hasil pendapatan tetap setiap bulan dan pada masa yang sama, ada pendapatan-pendapatan ad hoc yang diterima dari masa ke masa. 

Income yang kerajaan terima ni akan digunakan untuk uruskan negara seperti bayar gaji penjawat awam, bayar ribuan kontraktor, supply barang dan perkhidmatan, bayar pencen, salur peruntukan dekat hospital, sekolah-sekolah, pasukan keselamatan dan macam-macam lagi. Ni tak termasuk lagi subsidi, projek pembangunan macam MRT, LRT dan High Speed Internet yang semuanya dapat buat sebab hasil negara. 

Kredit : Sinar Harian

Tanpa income yang banyak, korang rasa negara ni boleh survive tak sampai sekarang? Kalau nak tahu, yang menariknya, income negara ni mostly datang dari kita semua. Hah nak tahu? Meh admin terangkan!

BACA JUGA: 5 Fakta Tentang Cukai Pendapatan Yang Korang Mungkin Tak Tahu

 

Antara empat komponen utama hasil negara adalah...

 
 

1. Hasil Cukai

Yang ni paling femes dan ohsem. Kat Malaysia ni, hasil cukai merupakan hasil pendapatan utama sama cam negara-negara lain. Even Arab Saudi yang tak pernah ada cukai pun dah start mintak cukai sebab periuk nasi dorang iaitu minyak mentah dah tak relevan sebab harga jatuh teruk since 2014. 

Macam yang korang dah belajar, hasil cukai ni ada dua iaitu cukai langsung dan cukai tidak langsung. Ingat tak korang ada belajar ni masa sekolah menengah dulu? 

Cukai langsung ni kalau nak faham dengan bahasa mudahnya adalah income tax/cukai pendapatan dan ditadbir oleh LHDNM. Manakala, cukai tidak langsung ni pula adalah cukai SST atau GST dan ditadbir oleh pihak Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Komponen di bawah income tax ada 2 jenis kumpulan besar, iaitu (1) Cukai pendapatan yang terdiri daripada pendapatan individu, syarikat (CITA), petroleum (PITA), cukai pegangan, koperasi dan lain-lain dan (2) Cukai langsung yang lain adalah duti setem dan cukai keuntungan harta tanah (CKHT)

BACA JUGA: 5 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan 2019

Untuk komponen cukai tidak langsung pula adalah seperti duti eksport, duti Import,  cukai jualan, cukai perkhidmatan, SST dan cukai pelancongan. Pada tahun 2018, jumlah sumbangan hasil cukai kepada bajet persekutuan adalah sebanyak RM174 bilion (bil). Banyak kan?

Hasil carian imej untuk hasil cukai

Kalau korang nak tahu, cukai langsung merupakan penyumbang terbesar kepada pendapatan negara kita. Siap buat rekod dalam sejarah negara bila jumlah kutipan cukai langsung pada tahun 2019 adalah yang paling tinggi iaitu RM145.078 bil. Ditambah pula dengan hasil cukai tak langsung sekitar RM30-50 bil setahun. Hasil cukai ni yang membangunkan negara sejak korang kecik lagi. Kalau korang bayar cukai kan, banggalah wei! 

BACA JUGA: Apa beza SST dan GST? Ini 5 Perkara Yang Ramai Salah Faham

 

2. Hasil bukan cukai

Hasil bukan cukai adalah hasil yang dikutip dari perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat. Hasil bukan cukai ni termasuk daripada lesen, kenaan bayaran daripada kelulusan permit, yuran perkhidmatan, jualan perkhidmatan, jualan barang & harta, sewaan, faedah & hasil dari pelaburan yang dijana dalam dan luar negara. Hasil bukan cukai yang lain pula adalah denda & penalti, sumbangan & bayaran ganti daripada luar negeri dan sumbangan tempatan, pendapatan daripada aktiviti carigali minyak dan gas MTJA. Kalau korang nak tahu, jumlah hasil bukan cukai pada tahun 2018 sebanyak RM51.1 bil. Banyak tuh weh!

Hasil carian imej untuk hasil cukai

Kredit : Selangorkini

BACA JUGA: Kenapa LHDN Isytihar Perangi Ekonomi Bayangan?

 

3. Terimaan bukan hasil

Kalau terimaan bukan hasil pulak, dia terdiri dari semua pulangan balik perbelanjaan kerajaan yang dah implement contohnya terimaan daripada kumpulan wang amanah yang berlebihan, pulangan balik perbelanjaan, terimaan daripada agensi kerajaan, kredit antara jabatan, pulangan balik bayaran yang lebih dan bayaran pelarasan dalam tahun-tahun kewangan yang lalu. Jumlah terimaan bukan hasil pada tahun 2018 adalah sebanyak RM6.2 bil, cukup kot kalau nak tampung bayaran BSH.

 

4. Hasil daripada Wilayah Persekutan

Hah kalau korang nak tahu, hasil cukai daripada Wilayah Persekutuan ni adalah portion yang paling kecil dalam semua jenis hasil yang disebutkan di atas. Ianya terbahagi kepada dua iaitu hasil cukai daripada Wilayah Persekutuan dan hasil bukan cukai daripada Wilayah Persekutuan. Untuk rekod pada tahun 2018, jumlah hasil kategori ni adalah dapat sebanyak RM1.5 bil.

Hasil carian imej untuk hasil cukai

Kredit : Mstar Online

Hah camne? Korang dah jelas tak tentang hasil pendapatan negara ni? Tapi kan, sebenarnya hasil ni semua datang dari korang jugak.Ya lah, pusing-pusing situ juga and last-last park kat kita jugak. Inilah yang dikatakan hasil memakmurkan negara. Ni admin ulang lagi, banggalah korang semua yang bayar cukai!

BACA JUGA: COVID-19: Impak Kepada Hasil Pendapatan Negara

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta