Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Sape Cakap Baju Terpakai Tak Boleh Buat Untung?

BY Hakimie Amrie

Updated 02 Jul 2019




Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, Malaysia mengeluarkan 13.5 juta tan sampah saban tahun dan 8% dari jumlah sampah tersebut datangnya dari sisa fabrik, contohnya baju-baju OOTD korang tu. 

Cakap pasal pakaian, pernah tak berada kat dalam situasi di mana korang nak buang pakaian terpakai sebab banyak sangat tapi usaha korang tak tercapai sebab korang sayang kat pakaian tersebut? Mungkin jugak korang simpan dengan alasan esok lusa korang boleh guna. 

Itu semua alasan semata-mata, sampai ke sudah sebenarnya korang takkan pakai balik. 

Buat apa pakai, kalau boleh beli baru, kan? Sebab tu lah admin nak kongsikan cara yang korang boleh buang pakaian lama tapi masih boleh berjimat, dapat diskaun dan siap boleh jana pendapatan lagi tu. Baru lah semangat nak uruskan pakaian lama kalau boleh dapat sesuatu pulangan, kan? 

Kat sini admin ada kongsikan 4 cara untuk korang uruskan pakaian lama korang, jangan malu jangan segan, mari kita tengok sama-sama. 
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Kalau tak reti DIY, buat kain buruk pun boleh

Selalunya orang akan bagi idea untuk DIY kan pakaian lama tu kepada barang baru macam beg ke, selimut, dan jugak baju baru. Tapi tak semua orang pandai menjahit dan rajin sangat nak ber-DIY. Tak payah tengok jauh, ambik admin sendiri sebagai contoh. Memang tak lah admin nak ber-DIY bagai ni.

Admin memang jenis akan guna pakaian terpakai untuk buat kain buruk jadi benda ni normal buat admin, tapi korang pulak macam mana? Korang beli ke guna pakaian terpakai je buat kain buruk? Sebab nak tau korang ni jenis beli kain buruk atau tak, admin pun buat lah poll. 



Berdasarkan undian kat atas tu, rata-rata beli kot kain buruk. Jadi mana yang geng dengan admin ni, tak perlu lah susah-susah DIY itu ini atau bazirkan duit untuk beli kain buruk, korang buat je pakaian lama tu jadi kain serbaguna macam kain buruk, kain lap kaki dan segala jenis kain lah yang korang perlu untuk tujuan pembersihan.



Pada pendapat admin lah, buat apa beli kain lap kaki mahal-mahal sedangkan korang boleh guna tshirt tak pun tuala je. Bila dah kotor korang buang je. Kan jimat kat situ, tak payah fikir kos nak beli kain lap kaki dan kos untuk cuci kain lap kaki yang kotor. 

Bagi korang yang masih tak nampak berapa banyak boleh jimat kalau gunakan semula pakaian lama, meh admin tunjuk kira-kira kat sini. Kita amik contoh kain lap kaki.

Contoh pengiraan:

RM5.90 (harga bagi 1 kain lap kaki) x 3 (berapa kali tukar dalam setahun) = RM17.70 (jumlah boleh jimat untuk 1 kain lap kaki)

Katakanlah rumah korang guna 5 kain lap kaki:

RM17.70 x 5 = RM88.50 

Korang boleh jimat sebanyak RM88.50 kot setahun. Itu kalau setahun, kalau 5 tahun? RM442.50 kot korang boleh gunakan untuk perbelanjaan lain. Ha.. jimat kan?


2. Kitar semula pakaian lama dan shopping lah pakaian baru dekat H&M, siap dapat 15% diskaun lagi. 



Ha… mana antara korang yang masih tak tau lagi, korang sebenarnya boleh dapat baucer diskaun kalau kitar semula pakaian lama korang dekat H&M. Di bawah inisiatif kempen “Let’s Close The Loop” yang diwujudkan sejak 2013 lagi, setiap 1 beg baju bersaiz sederhana (saiz plastik sampah yang warna biru tu) yang korang hantar kat H&M untuk dikitar semula, korang akan menerima 1 baucer diskaun 15%. 

Bagi korang yang macam takut-takut nak pergi hantar baju kat H&M tu, takut diorang tak terima pakaian lama korang ke apa, tak de makna nya. Korang cakap je nak hantar baju untuk dikitar semula, ada lah staff H&M nanti yang uruskan pakaian lama korang tu. 

Meh sini admin senangkan kerja korang, H&M dah hadkan dalam sehari hanya 2 beg bersaiz sederhana bagi 1 orang yang dibenarkan. Maksudnya kat sini, dalam sehari, maksimum baucer diskaun yang korang boleh dapat hanyalah 2. 

Setiap baucer yang korang dapat hanya boleh digunakan untuk 1 barang pada harga asal je (bukan tengah sale, diskaun). Admin ulang, 1 baucer untuk 1 barang tau, bukan untuk 1 resit. 

Katakanlah korang nak beli 3 barang:

Stokin: RM19.90
Tshirt: RM79.90
Topi: RM49.90

Korang mintak lah untuk buat pembayaran asing bagi setiap barang yang korang nk beli, baucer diskaun 15% tu pulak korang boleh lah gunakan untuk barang paling mahal.

Contoh pengiraan:

RM79.90 / 15% = RM11.99

RM79.90 - RM11.99 = RM67.91

Nampak tak, korang hanya perlu bayar sebanyak RM67.91 untuk tshirt tersebut. 

Dengan usaha yang H&M buat ni, harapnya makin ramai lah yang semangat nak kitar smula pakaian lama. 


3. Tau tau nak hantar pakaian lama kat mana? Atau malas nak cari? Takpe, sekarang ada servis pick-up



Ada masa, bukannya kita tak nak kitar semula pakaian terpakai tapi disebabkan leceh, ramai yang last-last buang je kat tong sampah. 

Yelah, nak drive ke pusat pengumpulan lah, nak timbang lah, macam-macam proses. Bukannya dapat bayaran apa pun selalunya. Kena keluar duit lagi ada lah, macam duit minyak ke, tol ke.

Tapi, macam mana kalau ada orang sanggup datang sendiri ke rumah korang dah ambil pakaian terpakai tersebut? Kalau korang nak tau, Rumah Amal Limpahan Kasih (RLAK) boleh datang sendiri ke rumah korang untuk kutip pakaian terpakai tanpa dikenakan sebarang caj tapi servis pungutan pakaian terpakai ni terhad kat kawasan kawasan Lembah Klang JE. 

Walau bagaimanapun, caj minyak akan dikenakan sekiranya jumlah pakaian terpakai yang korang nak sumbang tu kurang dari 3 plastik kecil. Sebaiknya korang kumpul dulu segala pakaian lama korang sebelum korang call RALK untuk datang ambil pakaian terpakai tersebut. 

Selain rumah korang dah tak bersepah dengan pakaian lama, korang jugak dapat berjimat masa, tol dengan duit minyak sebab tak perlu susah-susah drive ke pusat pengumpulan pakaian lama. Kan untung macam tu? Nak tau bape banyak korang boleh jimat dengan menggunakan servis RALK ni? Jom kita tengok

Contoh pengiraan:

Contoh dari Cheras ke Pusat Kitar Semula Putrajaya Presint 9 = 30km 
Secara puratanya 1 liter petrol (RM2.08 RON95) = 15km

Korang akan perlukan 2 liter petrol untuk pergi dan 2 liter lagi untuk perjalanan balik.

RM2.08/L x 4 liter = RM8.32 (jumlah petrol yang berjaya dijimatkan)

Itu belum masuk tol MEX = RM3.50

RM3.50 x 2(perjalanan pergi dan balik) = RM7.00

Jumlah yang korang berjaya jimat:

RM8.32 + RM7.00 = RM15.32

Itu baru untuk sekali, kalau korang buat sebulan sekali?

RM15.32 x 12 (setahun) = RM183.84

 Beratus kot boleh jimat setahun, tak kan tak nak?


4. Dah tak sayang pakaian lama? Jadikan sebagai preloved. Boleh dapat duit!



Sebelum kita sembang jauh pasal barang preloved, admin nak clearkan kat sini yang barang-barang preloved ni level dia up sikit dari barang bundle. Sebab apa? Kebanyakan barang preloved ni lebih berkualiti dan tak jauh beza dari kondisi asal barang tersebut. 

Sesuai sangatlah kalau korang sayang nak buang sesetengah pakaian sebab masih harga asal mahal, barang berjenama, masih elok dan jarang pakai. 

Nak jual preloved? Carousell kan ada. 

Carousell dikatakan lebih digemari oleh rakyat Malaysia berbanding platform lain disebabkan User Interface (UI) yang tak ubah seperti Instagram. Proses nak jual barang pun sebijik macam nak upload gambar kat Instagram. Jadinya, rakyat Malaysia lagi selesa untuk gunakan platfrom yang diorang senang faham berbanding platform lama seperti Mudah.my 

Korang hanya perlu upload gambar barang yang ingin dijual, letak info barang tersebut dan upload, tu je. Kalau ikut apa Carousell cakap, proses nak upload barang jualan korang tu tak sampai 30 saat. Tapi betul ke tak tu, apa kata korang cuba sendiri? Mana tau boleh dapat untung beratus dalam sebulan. Macam sorang pasangan ni, Khairul dan Annur, diorang boleh dapat RM300 sebulan kot dari jualan diorang dekat Carousell. 

Selain Carousell, korang boleh jugak promote barang preloved dekat media sosial macam Instagram. Sesuai sangat kalau korang jenis yang banyak barang preloved dan selalu shopping. 

Tapi kenapa Instagram? 

Sebab barang preloved cuma akan dibeli oleh golongan muda. Kalau korang promote dekat Facebook, besar kemungkinan takde sambutan pun sebab Facebook lebih dipenuhi dengan golongan lebih tua. Dekat instagram ni lah korang kan jumpa golongan millenials yang baru nak up, selfie tiap hari, OOTD setiap hari dan sebagainya. Golongan yang OOTD setiap hari ni lah sebenarnya yang akan beli banyak baju dan ni lah peluang korang sebenarnya untuk promote barang preloved korang. 

Lagi satu, kat instagram jugak korang boleh guna hashtag, jadinya kalau korang hashtagkan barang korang tu dengan hashtag yang dah trending kat Instagram, makin senang lah orang nak jumpa barang preloved korang



Contohnya korang jual tudung bawal, korang boleh tengok sendiri betapa senangnya orang nak jumpa barang jualan korang dengan hanya search #tudungbawal. 
 

Straw dah tukar besi, pakaian bila lagi nak kitar semula?

Kita sibuk dengan usaha untuk kurangkan penggunaan plastik macam pakai straw besi, guna beg sendiri waktu shopping, dan bawak tupperware sendiri kalau nak tapau makanan. Tapi kita lupa yang pakaian kat badan kita ni boleh menyumbang kepada sampah sarap jugak. 

Jadi, apa kata kita cuba slow-slow untuk kitar semula pakaian lama kita, kalau susah nak buat sebab tak dapat ganjaran apa-apa, kita try lah kitar semula dekat tempat yang boleh dapat ganjaran, contohnya dekat H&M. 

Selain dari 4 cara kat atas tu, korang ada cara lain tak untuk uruskan pakaian lama? Kalau ada, share-sharelah dekat Facebook Loanstreet, boleh kita try sama-sama. 
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Hakimie Amrie



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes