Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Cara Elak Penipuan Kad Kredit yang Kerap Berlaku di Malaysia

BY Team Loanstreet

Updated 28 May 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Penipuan kad kredit sentiasa merupakan duri dalam daging, Kalau korang rasa korang terselamat,ketahuilah yang Malaysia pernah berada di  kedudukan 10 teratas dalam penipuan e-dagang di dunia! 
 

Penipuan kad kredit merupakan penggunaan kad tanpa kebenaran dan pengetahuan korang. Walaupun memang takde cara nak 100% lindungi diri daripada penipuan kad kredit, ada langkah-langkah yang korang boleh ambil untuk kurangkan risiko jadi mangsa.


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Phishing (melalui telefon atau e-mel)

 

Melalui phishing (password + fishing. geddit?), the fraudster calls the victims to acquire their bank or credit card information by simply coming up with something believable. The most commonly practised method is to act as a bank.

*Dipetik daripada Bank Negara Malaysia

 

Berdasarkan siasatan oleh Bank Negara Malaysia, modus operandi terkini kegiatan penipuan ini adalah seperti yang berikut:

 

  1. Mangsa terima call dari ‘bank’ yang nak sahkan transaksi kad kredit yang kononnya dibuat dari luar negara, contohnya dari Shanghai.
     
  2. Bila mangsa kata dia tak buat transaksi tu, penipu akan cakap nak bantu dan nasihatkan mangsa call nombor “Unit Kad Kredit Palsu” di Bank Negara Malaysia.
     
  3. Mangsa call nombor tu dan disambut dengan automatik suara yang kononnya dari Bank Negara Malaysia, dan ada orang yang mengaku pegawai Bank Negara. Dia akan minta info akaun dan kad kredit, dan suruh mangsa transfer duit untuk ‘selamatkan’ duit dia.
     
  4. Ada juga kes lain di mana penipu suruh mangsa beri maklumat perbankan dan kad kredit untuk buat pindahan duit secara haram.

 

Macam mana nak elak?

 

Bank tak pernah dan tidak akan call pelanggan mereka untuk mendedahkan nombor akaun bank atau kad kredit mereka. Jadi korang jangan dedahkan apa-apa maklumat sulit melalui panggilan atau e-mel. Cara yang terbaik adalah dengan melawat cawangan-cawangan bank untuk mendapatkan pengesahan.

 

2. Kecurian Kad Kredit

 

 

Kalau korang suka bayar guna kad kredit kat restoran, ada risiko jugak maklumat kad kredit korang dicuri. Kadang-kadang, hanya dengan nombor kad, CVV, dan tarikh luput sudah cukup untuk penjenayah buat transaksi.

 

Macam mana nak elak?
 

  • Ikut pelayan ke kaunter apabila membayar bil 
  • Berwaspada dan periksa kad kredit korang selepas menerima kembali daripada pengendali
  • Jika boleh, gunakan wang tunai untuk membayar bil korang. Jika korang mempunyai banyak transaksi menggunakan kad kredit, korang mungkin terlepas apa-apa transaksi yang mencurigakan.
  • Simpan bil kad kredit dan bandingkan dengan penyata bulanan korang

 

3. Skimming

 

‘Skimming’ merupakan satu lagi cara untuk mencuri maklumat kad korang dengan memasang alat ‘skimming’ di jalur magnet mesin ATM. Apabila kad korang dimasukkan ke dalam mesin ATM, alatan tersebut akan mencuri maklumat sulit mengenai kad korang dan menghantar info tersebut kepada penjenayah yang menggunakannya.

 

Cara yang sama boleh digunakan oleh kakitangan restoran untuk memasukkan kad kredit korang kepada alat tersebut tanpa korang sedar. 

Ingat Anda Selamat Daripada Penipuan Kad Kredit Di Malaysia?


Macam mana nak elak? 

 

  • Periksa kekunci ATM, kalau ada pelekat pelik atau berbeza warna, itu tanda ada lapisan tambahan.
  • Cek kamera tersembunyi di mesin ATM.
  • Tutup tangan bila masukkan PIN, supaya orang lain tak nampak.
  • Simpan semua resit dan bandingkan dengan penyata kad kredit korang setiap bulan. Kalau ada yang pelik, cepat laporkan ke bank.
  • Jangan guna PIN yang sama untuk banyak kad atau lama sangat, susah sikit untuk penipu nak godam.

 

Peringatan Akhir: Apa yang korang patut dan tak patut buat

 

Pembelian dalam talian

  • Bila beli barang online, pastikan laman web yang korang gunakan tu memang trusted dan ada teknologi enkripsi untuk lindungi transaksi.
  • Jangan lupa simpan bukti pembelian dan pengesahan selepas buat transaksi.
  • Jangan guna komputer awam bila shopping online. Kalau terpaksa, kosongkan cache dan guna papan kekunci skrin bila taip kata laluan.
 

Pengendalian Dokumen

  • Hapuskan semua dokumen yang mengandungi butiran kad sebelum buang.
  • Potong semua kad kredit yang telah luput kepada beberapa keping sebelum melupuskannya.

 

Ikut tips kami dan jangan jadi mangsa

 

 

Penipuan kad kredit tidak asing lagi pada zaman teknologi ini. Berjuta-juta telah dibasuh secara haram dan statistik terus berkembang. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga faedah untuk menggunakan kad kredit. Korang hanya perlu berwas-was dengan penggunaannya supaya peluang korang untuk menjadi mangsa penipuan kad kredit boleh dikurangkan.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
 

BACA JUGAK:

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Simpanan Persaraan: Jangan Tunggu Sampai Terlambat!

Simpanan Persaraan: Jangan Tunggu Sampai Terlambat!

Cara Menjadi Pengguna Yang Bijak Menjelang Musim Perayaan Aidilfitri

5 Cara Menjadi Pengguna Yang Bijak Sepanjang Musim Perayaan Aidilfitri