Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Hati-hati, Ada Orang Menyamar Sebagai Loanstreet Untuk Tipu Korang

BY Hakimie Amrie

Updated 22 Nov 2019




Haish, tiba-tiba pulak sekarang ni banyak drama terjadi kat Malaysia, video gay lucah seorang ahli politik tersebar lah, drama air mata Lee Chong Wei bersara lah (tsk...tsk), ada sorang artis tu buat-buat tak kenal mana anjing mana beruang lah, macam-macam. Ini kalau nak sebut satu-satu, sampai esok pun belum tentu habis. 

Tak terkecuali, kitorang kat Loanstreet ni pun terjebak sama dengan musim drama ala-ala sinetron ni - Loanstreet Tapi Bukan Loanstreet. Ha, amacam tajuk drama kitorang?

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?




Cerita scammer ni bermula macam ni...

Baru-baru ni, ada scammers tak tau malu menyamar jadi Loanstreet dengan menjanjikan pinjaman mudah lulus, semuanya sebab nak bawak lari duit orang. Amboi~~, senang buat duit nampak?



Lepas tu, kitorang kena contact dengan public dengan alasan yang diorang terima panggilan dan mesej kononnya dari kitorang - Loanstreet. 

Kitorang kat loanstreet pun macam terkejut lah kan sebab mana ada kitorang call atau mesej pasal pinjaman mudah lulus semua ni. Nasib baik Loanstreet sempat sekat sebelum apa-apa kerugian terjadi. Fuhh, selamat.

Yelah, walaupun isu scam kat Malaysia ni dah lama terjadi, tak bermaksud semua orang faham dengan taktik-taktik penjenayah ni. Lagi satu, penyangak-penyangak ni dah makin bijak weh dengan tipu helah diorang, makin kreatif sehinggakan susah nak cam yang diorang ni penipu. Jadinya, kalau korang terkena dengan scam-scam ni, cepat-cepat laporkan tau!


Eh hello, nama brand je Loanstreet, tak bermaksud kitorang bagi loan senang-senang kat semua orang. 

Admin bukan cuba nak promote ke apa tau tapi Loanstreet memang tak luluskan loan senang-senang je kat semua orang. Bagi korang yang masih tak berapa nak kenal, Loanstreet ni adalah sebuah laman web yang buat perbandingan dan pemohonan insurans. Loanstreet jugak ada menawarkan servis cukai jalan dan pinjaman dari bank. Selain produk kewangan, Loanstreet pun ada buat artikel yang berkaitan dengan kewangan peribadi supaya senang korang nak faham pasal kewangan ni. 

Semua jenis transaksi pulak dilakukan secara online. Jadinya, Loanstreet takkan sesekali call atau mesej korang secara personal dengan alasan dapat bagi pinjaman mudah lulus. Loanstreet jugak tak pernah dan tak akan call korang sebab nak promote skim pelaburan lah, tak pun mintak deposit tunai atau sebarang bayaran melalui mana-mana pihak. 

Kalau korang dapat call atau mesej dari mana-mana individu, firma, ejen, wakil jualan yang mengatakan diorang ni dari Loanstreet, tak payah lah korang layan.



Untuk proses kelulusan pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan pulak, Loanstreet hanya akan ikut prosedur yang dah ditetapkan oleh bank. Permohonan pinjaman korang pun masih kena lalui agensi kredit macam CTOS dan CCRIS. DSR korang pun akan dikira dulu sebelum permohonan korang diluluskan. 

Yang paling penting, Loanstreet takkan sesekali mintak salinan IC korang dan bayaran pendahuluan sebelum pinjaman diluluskan. Itu bukan Loanstreet, itu Along!

Serious korang, ada satu sumber ni dia cakap: “Scammer ni nampak real sangat tapi yang peliknya kena bagi RM7,500 bayaran pendahuluan sebelum pinjaman diluluskan beserta salinan IC sekali…”

Bukan tu je, level menipu diorang tu hebat gila kot sampai kan ada name card dengan nama Loanstreet sekali - gigih tau tak gigih?



Admin rasa-rasa ada antara korang (kawan korang) yang dah kena tipu dengan scammers ni. Sebabnya, hari tu, admin ada nampak complaints dekat Facebook Loanstreet pasal isu ni.  Korang tengok kat ruangan komen Facebook ni.


Sebarkan pasal ni dekat kawan-kawan korang!



Kalau korang nak pastikan mana satu Loanstreet yang betul, korang boleh buat online search dan call no telefon syarikat yang ada kat dalam laman web. Jangan guna sebarang no telefon yang scammer ni bagi sebab selalunya diorang bagi no telefon palsu. 

Lepas tu, kalau korang ada nampak scam ni atau dah jadi mangsa scam (bertabahlah), korang kena cepat-cepat:
  • Buat laporan polis
  • Buat aduan/laporan dekat agensi yang berkaitan. 
Kalau nak selamat lagi, korang simpan semua rekod dan dokumen yang berkaitan dengan scam tersebut macam slip bank, resit deposit tunai, surat tawaran, surat perjanjian, dan apa-apa jelah yang boleh dijadikan bahan bukti untuk cekup penipu-penipu ni semua. 

Kita semua penat bekerja keras, diorang ni pulak senang-senang je nak tipu duit orang. Banyak cantik!

Ingat tau, hati-hati dan sentiasa berwaspada dengan scam-scam macam ni. Jangan sampai nasi jadi bubur.
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Hakimie Amrie



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia