Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Selok-belok tentang nyah-tarif kenderaan di Malaysia – Adakah anda bersedia?

BY Caitlyn Ng

Updated 19 Oct 2018




‘Nyah-tarif’, secara mudahnya, adalah pemansuhan segala kawalan ke atas harga mana-mana industri yang ditetapkan oleh satu badan yang tertentu. Dalam hal ini, kita akan membincangkan tentang industri kenderaan dan bagaimana kerajaan telah mengambil langkah ke arah liberalisasi premium insurans kenderaan.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa yang berlaku?

Sejak 30 tahun yang lalu, premium insurans kenderaan Malaysia telah diseragamkan mengikut struktur tariff yang diselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Kini dengan nyah-tarif kenderaan, mana-mana syarikat di pasaran boleh menetapkan harga mereka sendiri berkenaan dengan polisi insurans yang ditawarkan.

Dengan ini, pengiraan premium insurans kenderaan akan ditentukan berdasarkan risiko – semakin tinggi risiko pemandu mengalami kemalangan, semakin tinggi harga insurans yang ditetapkan.

Sudah tentunya anda tertanya-tanya tentang apa yang akan terjadi terhadap insurans anda. Di sini kami akan cuba menjawab pertanyaan-pertanyaan yang berlegar di dalam kepala anda.

Bila ia akan dikuatkuasakan?

Pada Mac 2016, BNM mengumumkan bahawa liberalisasi terhadap Tarif Kenderaan dan Kebakaran akan dijalankan secara berfasa. Ini bertujuan membolehkan pengguna di Malaysia beransur-ansur menyesesuaikan diri mereka kepada persekitaran yang baru ini.

Sejak Julai 2016, syarikat insurans mula memperkenalkan kadar tanpa tarif serta produk baru kepada pengguna mengikut kadar pasaran. Beberapa produk masih boleh didapati orang orang awam termasuklah Perlindangan Pihak Ketiga, Perlindungan Komprehensif, serta Perlindungan Pihak Ketiga bagi Kebakaran dan Kecurian.

Dari Julai 2017, harga insurans tidak lagi dikira berdasarkan struktur tarif, kerana kadar premium bagi Perlindungan Komprehensif serta Pelindungan Pihak Ketiga dan Kebakaran dan Kecurian akan diliberalisasikan. Jadi bersedialah, kerana perkara ini akan berlaku tidak lama lagi!

Macam mana pengiraan dibuat?

Mula-mula sekali, anda perlu mengetahui faktor-faktor yang akan mempengaruhi kadar kiraan. Hari ini, insurans kenderaan boleh ditetapkan melalui dua factor:

1) Nilai kenderaan (dikenali sebagai sum insured)
2) Saiz / kuasa enjin kenderaan (dikira dalam cc)

Ada juga faktor-faktor lain yang akan turut dipertimbangkan dalam mengira jumlah premium:

Selok-belok tentang nyah-tarif kenderaan di Malaysia – Adakah anda bersedia?

Anda mungkin perasan yang semua faktor di atas hanya berkaitan dengan kenderaan. Selain itu, ada satu faktor lain yang diambil kira, dan ianya sangat penting: pemandu! Kiraan baru adalah seperti di bawah:

Selok-belok tentang nyah-tarif kenderaan di Malaysia – Adakah anda bersedia?

Penguatkuasaan nyah-tarif kenderaan bermakna syarikat insurans akan mengambil lebih banyak faktor risiko dalam kiraan mereka. Ini termasuklah:

Selok-belok tentang nyah-tarif kenderaan di Malaysia – Adakah anda bersedia?

Oleh kerana syarikat-syarikat ini kini mempunyai kebebasan untuk membuat pakej yang diubahsuai mengikut pemandu, adakah mereka akan turut menyertakan sekali pelbagai penambahan untuk menarik pengguna? Baca laporan khas ini tentang lima tawaran paling menarik yang perlu dipertimbangkan.

Sekarang, jika anda tertanya-tanya mengenai penulis laporan khas ini dan bagaimana mereka memperoleh maklumat yang sangat berguna, inilah Qompanion! Mereka menggelarkan diri mereka sebagai 'Insurance Qompanion', sebuah jenama yang direka untuk menjadi rakan yang berpengetahuan luas mengenai insuran.

Mempunyai nama yang mudah didekati, anda betul jika anda fikir laman web mereka mudah digunakan. Selain daripada laman web perbandingan, mereka juga mempunyai cerita yang berguna dengan maklumat yang mudah difahami.

*Nota: Ini bukanlah senarai penuh, kerana faktor risiko mungkin berbeza mengikut panduan yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat berlainan.

Kenapa perlunya nyah-tarif kenderaan?

Setiap kali apa-apa perubahan besar dilaksanakan, sudah tentunya ramai yang tertanya-tanya samada ia betul-betul perlu ataupun tidak. Nasib baiklah perkara ini ada jawapan yang mudah.

Jawapan yang ringkas akan kenapa nyah-tarif diperlukan adalah kerana ianya satu sistem yang adil buat semua pemandu. Kemalangan kenderaan berlaku disebabkan oleh perilaku pemandu, kerana satu pihak cuai ataupun tidak berhati-hati. Bila premium insurans kenderaan dikawal, ini bermakna semua orang akan membayar harga yang sama.

Kini, pemandu yang lebih berhati-hati dapat menikmati premium insurans yang lebih rendah, manakala pemandu yang lebih berisiko perlu mengeluarkan lebih wang untuk premium insurans atas sebab yang ketara: kemungkinan untuk mereka mengalami kemalangan adalah lebih tinggi.

Baik buruk sistem yang baru

Terdapat ramai (pengguna dan pemberi insurans) yang akan bersetuju dengan pelaksanaan sistem baru ini. Bagi pemberi insurans, mereka dapat menetapkan pelan insuran yang bersesuaian, berdasarkan risiko kenderaan. Mereka tidak perlu mengikut jadual kadar yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Buat pengguna, pemandu yang baik akan dapat menerima premium insurans yang lebih rendah, dan tidak lagi dikumpulkan sekali dengan semua jenis pemandu di Malaysia, termasuklah pemandu yang mempunyai risiko yang buruk.

Walau bagaimanapun, sudah tentunya ada kesan buruk yang perlu juga diambil kira. Nyah-tarif boleh mneyebabkan persaingan yang tidak sihat antara syarikat insurans apabila mereka mula melancarkan perang harga. Ada sesetengah mereka yang mungkin mahu merendahkan harga untuk menarik pengguna. Perkara ini mungkin bagus buat pengguna, tapi ia boleh memberi kesan buruk kepada syarikat kecil yang tidak mempunyai sumber yang cukup untuk bersaing.

Bolehkah saya kurangkan jumlah yang perlu dibayar?

Oleh kerana kita sudah bincangkan semua perkara-perkara asas, sekarang kita akan akhiri artikel ini dengan beberapa cara bagaimana anda boleh rendahkan premium insurans kenderaan di bawah sistem yang baru ini.

Selok-belok tentang nyah-tarif kenderaan di Malaysia – Adakah anda bersedia?

1) Cari tawaran yang terbaik

Dengan nyah-tarif, setiap syarikat insurans akan menawarkan pelan komprehensif bagi setiap pemandu yang masuk ke dalam pejabat mereka. Anda mungkin perlu mengambil masa untuk melihat apa yang ada di pasaran dan membuat perbandingan.

Namun begitu, perlu diingat yang pelan yang termurah tidak semestinya yang terbaik buat anda, jadi berhati-hatilah dalam membuat kaji selidik. Anda boleh membuat perbandingan menggunakan laman ini, di mana anda dapat melihat maklumat terkini tentang pelbagai produk-produk insurans kenderaan, terutamanya dengan perubahan yang dibawa oleh nyah-tarif ini.

2) Pastikan kenderaan anda selamat

Sudah tentunya anda sedar akan langkah-langkah asas dalam memeriksa keselamatan kereta seperti memastikan mekanisma auto-lock dan penggera berfungsi, agar dapat mengelakkan daripada pencuri. Tidak lupa juga langkah-langkah tambahan yang boleh diambil seperti memasang kamera dashboard dan juga meletak kenderaan di tempat yang selamat dan terang.

3) Periksa kadar premium

Jika anda teringin merasa kereta mewah untuk dibawa bersiar-siar, anda mungkin ingin berfikir dua kali. Kereta jenis ini memerlukan premium insurans yang tinggi. Jadi anda perlu pastikan berapa banyak kos tambahan yang anda perlu keluarkan sebelum membeli kereta idaman anda.

4) Pandu dengan selamat

Akhir sekali, perlaksanaan nyah-tarif ini bolehlah diringkaskan kepada: tabiat memandu yang selamat akan memastikan anda tidak membuat sebarang tuntutan daripada syarikat, sekaligus mengekalkan kadar premium yang rendah.

Kesimpulan

Kini anda telah mengetahui perkara-perkara asas bagi sistem yang baru ini, anda tidak akan terkejut dengan perubahan yang akan berlaku ke atas premium insurans kenderaan anda yang bermula pada Julai 2017.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Caitlyn Ng



LIHAT SEMUA ARTIKEL