Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Kereta Korang Boleh Claim Insurans Banjir Bila...

BY Team Loanstreet

Updated 21 Dec 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Artikel ini asalnya ditulis oleh MK Zainal. Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

Negara kita ni, setiap tahun mesti ada je kes banjir teruk! Pening bila dengar banyak kereta dan motosikal tenggelam/rosak. Paling teruk bila banjir ni jadi kat kawasan yang kita tak pernah sangka. Tahun-tahun sebelum, tak banjir pun. Tapi tahun ni, tiba-tiba banjir melanda. 

Kalau tak prepare, memang banyaklah benda yang akan rosak!
 


Sumber Imej: Utusan


Sedih bila tengok gambar kat atas ni. Mana taknya, air banjir yang naik bukan takat buku lali lagi. Kereta pun hampir nak tenggelam! Itu belum lagi nak pikir berapa banyak duit nak mengalir keluar sebab kereta, motosikal apatah rumah dah masuk air. Sebab tulah pentingnya kita kena tanya siap-siap. Insurans yang korang ambil tu cover tak, kalau kereta kena banjir?

Jawapan ringkas bagi soalan ini adalah... YA. tapi bukan SEMUA. Sebab insurans biasa tak cover bencana semula jadi termasuklah banjir.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Jadi, insurans apa yang cover banjir dan bencana yang lain?


Mengikut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), ada tiga jenis insurans kenderaan yang biasa ditawarkan, iaitu: 
 

  • Perlindungan pihak ketiga
  • Perlindungan pihak ketiga bagi kebakaran dan kecurian
  • Perlindungan komprehensif
 

Selain tu, korang juga boleh dapatkan perlindungan tambahan, seperti dalam jadual di bawah yang diterjemahkan daripada PIAM:
 

Perlindungan Pihak Ketiga Perlindungan Pihak Ketiga bagi Kebakaran dan Kecurian Perlindungan Komprehensif Perlindungan tambahan ke atas Perlindungan Komprehensif
Juga dikenali sebagai Polisi Pihak Ketiga Juga dikenali sebagai Polisi Pihak Kedua Juga dikenali sebagai Polisi Pihak Pertama Bergantung kepada syarikat insurans dan juga bayaran premium lebih
Kematian atau kecederaan ke atas pihak lain Kematian atau kecederaan ke atas pihak lain Kematian atau kecederaan ke atas pihak lain Pecah cermin hadapan (windshield)
Kerosakan ke atas harta benda pihak lain Kerosakan ke atas harta benda pihak lain Kerosakan ke atas harta benda pihak lain Kerosakan yang disebabkan banjir, ribut, tanah runtuh atau bencana yang lain
N/A Kehilangan/kerosakan kepada kenderaan yang disebabkan kecurian atau kebakaran Kehilangan/kerosakan kepada kenderaan yang disebabkan kecurian atau kebakaran Kerosakan kepada kenderaan anda yang disebabkan Niat Jahat atau Rusuhan, Mogok atau Ketidaktenteraman Awam
N/A N/A Kerosakan kepada kenderaan anda yang disebabkan kemalangan Kemalangan Peribadi dan Manfaat Kesihatan kepada pemandu dan/atau penumpang
N/A N/A N/A Liabiliti kepada penumpang
N/A N/A N/A Liabiliti kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh penumpang


Macam yang korang baca kat atas tu, insurans hanya akan cover bila banjir, kalau korang langgan Perlindungan Komprehensif berserta perlindungan tambahan untuk bencana alam semula jadi. Pakej ni mungkin berlainan mengikut syarikat insurans, jadi pergilah check syarikat insurans masing-masing.
 

Contohnya, bagi perlindungan komprehensif dari Zurich yang dipanggil Zurich Z-Driver, ada dinyatakan perlindungan bagi banjir, ribut, dan taufan hanya bila korang dapatkan perlindungan tambahan. 
 

Perlindungan Komprehensif memang mahal gila berbanding yang lain, termasuklah kalau korang top-up dengan perlindungan tambahan. Tapi kalau korang jenis sayang kereta dan tinggal kat Selangor atau Kelantan (atau mana-mana tempat yang selalu banjirlah, jangan triggered eh), bolehlah ambil insurans ni kalau berkemampuan.


Berapa banyak kena bayar untuk perlindungan tambahan ni?


Kami call Etiqa kat hotline mereka, dan cara kira-kira dia senang je. Untuk dapatkan perlindungan tambahan cam untuk banjir, korang kena bayar sebanyak 0.5% daripada Sum Assured (had yang korang boleh claim) korang. Contohnya kalau sum assured korang, RM30,000, korang kena bayar RM150. Sekurang-kurangya, kalau jadi apa-apa kat kereta korang masa banjir, korang masih boleh claim tau. Dari total loss terus, kan?
 

Korang kena ingat tau, bila korang claim bencana semula jadi ni, korang kena claim juga di bawah Own Damage(OD). OD ni pula akan menyebabkan korang hilang hak No Claim Damage (NCD). Tapi apalah sangat dengan NCD korang tu nak dibandingkan dengan kereta korang yang ada potensi nak berrendam dalam air. Kalau korang masih lagi belum ada perlindungan tambahan untuk bencana alam, elok lah tambah sekarang.

Kalau korang tak pasti insurans mana yang ada offer perlindungan tambahan untuk bencana alam, meh tengok dekat page insurans kenderaan kami dan dapatkan sebut harga sekarang. Percuma je beb, tak rugi apa pun.

Mana yang bercadang nak beli insurans kenderaan jugak boleh settlekan terus kat page insurans tu - senang, jimat masa dan yang paling penting dapat lindungi kereta tersayang korang. Ingat, malang tak berbau. 




*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK: 


 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Motor tendang kereta

Bila Motor Berlanggar Dengan Kereta, Siapa Yang Salah?

Roadtax Motosikal Dah Mati Lebih Setahun! Macam Mana Nak Renew?

Roadtax Motosikal/Kereta Dah Mati Lebih 3 Tahun! Camne Nak Renew?

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

7 Situasi Polisi Insurans Motosikal TAK Cover