Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Alamak, Kereta “Tercium” Tiang Lampu. Boleh Claim Insurans Ke?

BY Team Loanstreet

Updated 19 Apr 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Artikel ini asalnya ditulis oleh “Rekka Baskaran”. Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

Alkisahnya: Punyalah lama cari parkir bila dah dapat satu syukur alhamdullilah. So, korang pun decide nak buat reverse parkir. Belum sempat nak parkir, hidung pulak buat hal. Akibat bersin, kaki tertekan pedal minyak dan “BOOM”. Ya ampun! Kereta tercium tiang lampu lah pulak. Haih, kacau mood betullah. 

Mesti korang tak pernah terfikir, korang akan langgar tiang lampu kan. Nak buat macam mana, dah nasib malang hari ini. Berhati-hati macam mana pun, kalau benda ni nak jadi, tetap akan berlaku kalau dah takdir. Tapi jangan risau, insurans kereta kan boleh cover

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Boleh tak saya claim insurans untuk ganti rugi?


Ini bergantung pada polisi insurans motor korang. Kalau korang ada polisi Pihak Ketiga atau Third Party Coverage, sorrylah, korang kena bayar dari duit poket korang sendiri sebab korang tak boleh claim apa-apa jenis ganti rugi pada kenderaan korang.

Tapi, kalau korang ada Perlindungan Polisi Komprehensif (juga dikenali sebagai perlindungan parti pertama), maka jawapannya adalah YA. Korang boleh claim di bawah Tuntutan Kerosakan Sendiri atau Own Damage Claim (OD) bila korang terlanggar objek seperti tiang lampu, pokok, pembahagi jalan raya dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dengan polisi ini korang jugak boleh hilang no-claim-discount (NCD).
 

Macam mana nak claim OD ni?

 
  • Buat laporan polis dalam masa 24 jam (seperti tertakluk dalam undang-undang) 
  • Hantar kenderaan korang di bengkel panel untuk pemeriksaan segera. Mereka akan bagitahu kos dan pembaikan. JANGAN sesekali hantar kat bengkel bukan panel sebab sakit kepala nanti masa buat claim. Kos jugak akan tambah kalau korang nak transfer ke bengkel panel yang lain. 
  • Hantar dokumen-dokumen di bawah ke syarikat insurans: Salinan laporan polis & kos anggaran dan pembaikan dari bengkel.
  • Salinan polisi insurans korang, kad pendaftaran kenderaan, disk road tax, IC dan lesen memandu dan perjanjian sewa beli (jika perlu)
Kalau dalam situasi di mana pemilik (seorang TNB/JKR, dalam hal ini), claim untuk ganti rugi pada tiang lampu, korang boleh hantar satu salinan notis claim (dari TNB/JKR) ke syarikat insurans dan biar mereka selesaikan bagi pihak korang. Syarikat insurans korang akan tanggung kos tersebut. 

Kawan saya ada bersama saya di dalam kereta dan mengalami kecederaan akibat kemalangan itu. Dia nak saya bayar kos perubatannya. Apa patut saya buat? 




Pertama sekali, korang mungkin patut fikir balik pasal persahabatan korang tu jangan marah dia. Ingat, ini adalah salah korang dan korang mesti bertanggungjawab atas kecederaannya. 

Dalam hal ini, kalau korang ada beli perlindungan tambahan untuk polisi motor korang yang dipanggil sebagai Legal Liability to Passenger (LLP), syarikat insurans korang akan bayar kos perubatan kawan korang

Limit bagi perlindungan ini berbeza daripada satu syarikat insurans kepada yang lain, jadi korang kena check dengan syarikat insurans korang tentang jumlah bil perubatan kawan korang yang boleh dilindungi di bawah polisi korang.

Malangnya, kalau korang tak ada LLP, korang kena tanggung kos perubatan itu sendiri. Hmm... sedih kan. Memanglah ini satu contoh je, tapi siapa tahu apa akan berlaku pada masa depan kan. Kalau kecederaan kawan korang itu sikit je dan dia lebih memahami, mungkin kos perubatan tu tak akan jadi masalah untuk korang berdua. 

Tapi, macam mana kalau kecederaan tu serius yang melibatkan kos yang tinggi? To be safe, baik pertimbangkan untuk ambik perlindungan tambahan ini. Korang hanya dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM20 - RM50 (anggaran) setiap tahun - pastinya lebih murah daripada membayar kos perubatan orang lain. Kadar ini berdasarkan kepada kapasiti paduan enjin korang. Korang boleh gunakan tool ini untuk mengira berapa banyak kos LLP.

 

Macam mana kalau orang lain yang pandu kereta saya? Boleh tak saya claim OD? 


Ya, korang boleh claim OD kalau korang ada Perlindungan Polisi Komprehensif. Tapi korang kena bayar Compulsory Excess sebanyak RM400 dulu kalau kenderaan korang dipandu oleh orang yang tidak dinamakan di dalam polisi korang. Anggap je ia macam saman sebab bagi orang lain yang tak cekap memandu kereta korang. 

FYI, "Pemandu Dinamakan" adalah seseorang yang boleh memandu kereta atau motosikal yang diinsuranskan dengan izin pemilik dan dilindungi oleh insurans dengan keistimewaan yang sama dengan pemiliknya. Di Malaysia, korang boleh letak dua nama pemandu secara percuma pada polisi motor korang. Korang boleh tambah nama pemandu tambahan dengan bayar RM10 seorang. Jadi, daripada membayar RM400, baik korang letak nama mereka yang pandu kereta korang kerap pada polisi insurans motor. 

 

Berbaloi tak duit kalau nak bayar untuk Perlindungan Tambahan?

Jawapannya ialah YA. Sebenarnya tak perlu pun, tapi kalau korang ada duit lebih... kenapa tak kan? Orang selalu cakap malang tak berbau. Ayat ni memang dah muak dengar, tapi ada betulnya kat situ kan. Jadi, kalau korang nak extra perlindungan untuk kereta korang, pertimbangkanlah LLP dan masukkanlah sekali nama mereka yang kerap pandu kereta korang dalam polisi korang. Dan lagi satu, jangan lupa periksa polisi insurans korang terlebih dahulu kalau korang dah ada polisi tambahan itu.

Haaa... lagi satu. Kalau rasa-rasa insurans dan road tax nak expired dah, boleh la renew insurans kereta korang dan road tax tu sekali melaui Loanstreet. Korang boleh dapatkan sebut harga dengan PERCUMA dan terus renew/beli  dalam masa 5 minit!

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Baca Jugak:



Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya