Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Kenapa Claim Insurans Kenderaan Korang Kena Reject?

BY Nisya Aziz

Updated 09 Dec 2022





Pernah tak korang buat claim insurans (kereta/motosikal), pastu kena reject? Aduh, masa tu memang boleh rasa darah menggelegak. Lagi sakit hati bila korang dah dahulukan duit korang untuk repair kereta/motosikal tu. Ha, sebelum kita marah orang sana sini sebab tak puas hati, apa kata kita cuba faham sebab-sebab yang membuatkan claim insurans korang kena reject.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



1. Laporan polis tak sah



Kalau korang buat report polis lebih dari 24 jam lepas waktu kejadian, memang claim insurans korang tu KENA REJECT. Kenapa pulak? Ni sebab untuk pihak insurans, report yang korang buat lepas tempoh 24 jam tu dikira sebagai tidak sah. That’s why korang tak boleh amek ringan benda-benda camni. 

Lagi satu, tolong jangan buat perangai nak buat laporan polis palsu semata-mata untuk nak buat claim. Kalau kena tangkap, naya tau. Korang boleh dipenjarakan selama 6 bulan atau bayar saman sebanyak RM2000. Sanggup ke?

 

2. Bukan pemandu yang dinamakan


Apa tu pemandu dinamakan? Ini maksudnya individu (selain tuan punya kereta/motosikal) yang diiktiraf sebagai pengguna kerap kenderaan itu dalam polisi insurans korang. Kalau pemandu/penunggang tu tak diiktiraf dalam polisi korang, claim yang dibuat mempunyai potensi yang tinggi untuk direject. Sebab tulah admin tak bagi orang pinjam kereta/motosikal sebarangan, bukan sebab kedekut. Kalau accident, claim kena reject, sape nak tanggung?

Kalau korang nak tahu, polisi insurans kenderaan selalunya akan bagi korang ikhtiraf 2 nama pemandu untuk satu kereta. Tapi, kalau nak ikhtiraf 3, 4 orang pun boleh - kena bayar lebih je la.

 

3. Polisi insurans tak cover



Ni penting ye kawan-kawan. Sebelum nak buat claim tu, tolong check dulu kalau polisi insurans korang ada cover ke tak. Contonya, kereta rosak sebab banjir pastu nak buat claim. Memang tak dapat la john kalau polisi korang tak cover perkara yang kena mengena dengan bencana. 

So, kalau nak safe supaya tak kelam kabut bila perkara camni berlaku, check la dulu apa yang dicover oleh polisi korang. Kalau tak sure,boleh tanya/bincang dengan ejen atau pembekal insurans

 

4. Dokumen tak lengkap



Kalau korang buat claim tapi dokumen tak lengkap memang la kena reject sayang oi. Jadi, pastikan yang korang ada semua dokumen penting seperti salinan laporan polis, lesen kenderaan, kad pendaftaran kenderaan dan sebagainya. Untuk lebih lanjut, korang boleh tanya ejen atau rujuk panduan tuntutan insurans kenderaan dari Bank Negara Malaysia ni.

 

Semua okay, tapi claim insurans still kena reject. Camne?

Kalau korang memang confirm yang semuanya okay tapi masih tak boleh buat claim insurans kenderaan jugak, then korang boleh komplain kat Ombudsman Perkhidmatan Kewangan untuk selesaikan masalah korang tu. Janganlah redha je ngan keadaan. Usaha tu perlu ada jugak ya. 

Untuk korang yang still take renew insurans kereta atau motosikal tu boleh la lawat page insurans kami. Korang boleh renew roadtax sekali tau. Senang giler proses dia.


 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Motor tendang kereta

Bila Motor Berlanggar Dengan Kereta, Siapa Yang Salah?

Roadtax Motosikal Dah Mati Lebih Setahun! Macam Mana Nak Renew?

Roadtax Motosikal/Kereta Dah Mati Lebih 3 Tahun! Camne Nak Renew?

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

7 Situasi Polisi Insurans Motosikal TAK Cover