Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Nyah-Tarif Insurans Kenderaan: Apa Yang Korang Perlu Tahu!

BY Caitlyn Ng

Updated 30 May 2025




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Artikel ini asalnya ditulis oleh Caitlyn Ng. Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Korang mesti perasan yang sekarang ni dunia tengah kecoh dengan perang tarif antara kuasa-kuasa besar macam Amerika dan negara lain. Bila negara-negara besar kenakan tarif tinggi pada import dan eksport, automatik ia bagi kesan pada harga barang, termasuklah kenderaan dan kos pembuatannya. Nasib baiklah sejak tahun 2017, Malaysia mengenakan sistem nyah-tarif kepada insuran kenderaan. 

 

‘Nyah-tarif’, secara mudahnya, adalah pemansuhan segala kawalan ke atas harga mana-mana industri yang ditetapkan oleh satu badan yang tertentu. Dalam hal ini, kita akan membincangkan tentang industri kenderaan dan bagaimana kerajaan telah mengambil langkah ke arah liberalisasi premium insurans kenderaan.
 



 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa yang berlaku?

 

Sejak 30 tahun yang lalu, premium insurans kenderaan Malaysia telah diseragamkan mengikut struktur tariff yang diselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Kini dengan nyah-tarif kenderaan, mana-mana syarikat di pasaran boleh menetapkan harga mereka sendiri berkenaan dengan polisi insurans yang ditawarkan.

 

Dengan ini, pengiraan premium insurans kenderaan akan ditentukan berdasarkan risiko – semakin tinggi risiko pemandu mengalami kemalangan, semakin tinggi harga insurans yang ditetapkan.

 

Bila ia dikuatkuasakan?

 

Pada Mac 2016 lalu, BNM mengumumkan liberalisasi terhadap Tarif Kenderaan dan Kebakaran akan dijalankan secara berfasa. Ini bertujuan membolehkan pengguna di Malaysia beransur-ansur menyesesuaikan diri mereka kepada persekitaran yang baru ini.

 

Sejak Julai 2016, syarikat insurans mula memperkenalkan kadar tanpa tarif serta produk baru kepada pengguna mengikut kadar pasaran. Beberapa produk masih boleh didapati orang orang awam termasuklah Perlindangan Pihak Ketiga, Perlindungan Komprehensif, serta Perlindungan Pihak Ketiga bagi Kebakaran dan Kecurian.

 

Dari Julai 2017, harga insurans tidak lagi dikira berdasarkan struktur tarif, kerana kadar premium bagi Perlindungan Komprehensif serta Pelindungan Pihak Ketiga dan Kebakaran dan Kecurian akan diliberalisasikan. Jadi bersedialah, kerana perkara ini akan berlaku tidak lama lagi!

 

Macam mana pengiraan dibuat?

 

Mula-mula sekali, korang kena tahu apa faktor-faktor yang akan mempengaruhi kadar kiraan. Hari ini, insurans kenderaan boleh ditetapkan melalui dua faktor:

 

1) Nilai kenderaan (dikenali sebagai sum insured)
2) Saiz / kuasa enjin kenderaan (dikira dalam cc)

 

Ada juga faktor-faktor lain yang akan turut dipertimbangkan dalam mengira jumlah premium:

 

Faktor Keterangan
Loading Back in March 2016, it was announced by BNM that there will be a phased liberalisation of the Motor and Fire Tariffs before it becomes fully liberalised. This is
Packaging
Produk atau perkhidmatan tambahan yang lain yang disertakan sekali oleh syarikat insurans di dalam polisi utama
 
Sum insured
Jumlah yang diinsuranskan mungkin berlainan kerana ejen syarikat insurans boleh menilai kenderaan korang secara berbeza.
 


Korang mungkin perasan yang semua faktor di atas hanya berkaitan dengan kenderaan. Selain itu, ada satu faktor lain yang diambil kira, dan ianya sangat penting: pemandu! Kiraan baru adalah seperti di bawah:
 

Kenderaan yang diinsuranskan + Pemandu = Premium insurans kenderaan
 

 

Penguatkuasaan nyah-tarif kenderaan bermakna syarikat insurans akan mengambil lebih banyak faktor risiko dalam kiraan mereka. Ini termasuklah:

 

Faktor Keterangan
Umur Pemandu yang lebih muda akan dicaj premium lebih tinggi
Jantina Pemandu lelaki mungkin perlu bayar insurans lebih tinggi berbanding perempuan
Pekerjaan/pendidikan Lebih tinggi tahap pendidikan, lebih rendah kadar premium
Tempat tinggal Kadar premium akan menjadi lebih tinggi kalau pemandu tinggal di kawasan yang sesak dengan lalu lintas trafik dan kawasan dengan kadar jenayah yang tinggi
Sejarah tuntutan Kadar premium akan jadi lebih tinggi kalau pemandu ada sejarah tuntutan yang buruk


*Nota: Ini bukanlah senarai penuh, kerana faktor risiko mungkin berbeza mengikut panduan yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat berlainan.
 

Kenapa perlunya nyah-tarif kenderaan?

 

Jawapan yang ringkas akan kenapa nyah-tarif diperlukan adalah kerana ianya satu sistem yang adil buat semua pemandu. Kemalangan kenderaan berlaku disebabkan oleh perilaku pemandu, kerana satu pihak cuai ataupun tidak berhati-hati. Bila premium insurans kenderaan dikawal, ini bermakna semua orang akan membayar harga yang sama.

 

Kini, pemandu yang lebih berhati-hati dapat menikmati premium insurans yang lebih rendah, manakala pemandu yang lebih berisiko perlu mengeluarkan lebih wang untuk premium insurans atas sebab yang ketara: kemungkinan untuk mereka mengalami kemalangan adalah lebih tinggi.

 

Baik buruk sistem nyah-tarif

 

Terdapat ramai (pengguna dan pemberi insurans) yang bersetuju dengan pelaksanaan sistem ini. Bagi pemberi insurans, mereka dapat menetapkan pelan insuran yang bersesuaian, berdasarkan risiko kenderaan. Mereka tidak perlu mengikut jadual kadar yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

 

Buat pengguna, pemandu yang baik akan dapat menerima premium insurans yang lebih rendah, dan tidak lagi dikumpulkan sekali dengan semua jenis pemandu di Malaysia, termasuklah pemandu yang mempunyai risiko yang buruk.

 

Walau bagaimanapun, sudah tentunya ada kesan buruk yang perlu juga diambil kira. Nyah-tarif boleh mneyebabkan persaingan yang tidak sihat antara syarikat insurans apabila mereka mula melancarkan perang harga. Ada sesetengah mereka yang mungkin mahu merendahkan harga untuk menarik pengguna. Perkara ini mungkin bagus buat pengguna, tapi ia boleh memberi kesan buruk kepada syarikat kecil yang tidak mempunyai sumber yang cukup untuk bersaing.

 

Bolehkah saya kurangkan jumlah yang perlu dibayar?

 

Oleh kerana kita sudah bincangkan semua perkara-perkara asas, sekarang kita akan akhiri artikel ini dengan beberapa cara bagaimana korang boleh rendahkan premium insurans kenderaan di bawah sistem yang baru ini.

 

Selok-belok tentang nyah-tarif kenderaan di Malaysia – Adakah anda bersedia?

 

1) Cari tawaran yang terbaik

 

Dengan nyah-tarif, setiap syarikat insurans akan menawarkan pelan komprehensif bagi setiap pemandu yang masuk ke dalam pejabat mereka. Korang mungkin perlu mengambil masa untuk melihat apa yang ada di pasaran dan membuat perbandingan.

 

Namun begitu, perlu diingat yang pelan yang termurah tidak semestinya yang terbaik buat korang, jadi berhati-hatilah dalam membuat kaji selidik. Korang boleh membuat perbandingan menggunakan laman ini, di mana korang dapat melihat maklumat terkini tentang pelbagai produk-produk insurans kenderaan, terutamanya dengan perubahan yang dibawa oleh nyah-tarif ini.

 

2) Pastikan kenderaan korang selamat


Korang mesti tahu akan langkah-langkah asas dalam memeriksa keselamatan kereta seperti memastikan mekanisma auto-lock dan penggera berfungsi, agar dapat mengelakkan daripada pencuri. Korang boleh juga buat langkah-langkah tambahan seperti memasang kamera dashboard dan juga meletak kenderaan di tempat yang selamat dan terang.

 

3) Periksa kadar premium

 

Jika korang teringin merasa kereta mewah untuk dibawa bersiar-siar, korang mungkin perlu berfikir dua kali. Kereta jenis ini memerlukan premium insurans yang tinggi. Jadi korang perlu pastikan berapa banyak kos tambahan yang korang perlu keluarkan sebelum membeli kereta idaman korang tu.

 

4) Pandu dengan selamat

 

Akhir sekali,Jadi pemandu berhemah. Lagi kurang tuntutan insurans yang korang buat, lagi bagus rekod korang dan ini akan bantu kekalkan premium yang rendah untuk tahun-tahun akan datang.

 

Apa yang korang boleh buat lepas ni?

 

Dah 8 tahun pun sistem nyah-tarif ni berjalan, dan kita boleh nampak kesannya. Sekarang ni, korang lebih bebas pilih insurans ikut risiko pemandu dan jenis kenderaan. Jadi, kalau korang memandu dengan lebih berhati-hati, premium insurans pun boleh jadi lebih rendah.

 

Tak payah susah-susah, korang gunakan je alat perbandingan harga di LoanStreet untuk dapatkan pakej yang sesuai dengan korang. 

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
 

BACA JUGAK:

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Caitlyn Ng



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Kereta Rosak Disebabkan Rusuhan? Ini Cara Nak Buat Tuntutan Insurans

Kereta Rosak Disebabkan Rusuhan? Ini Cara Nak Buat Tuntutan Insurans

Korang Boleh Claim Duit MC Dari PERKESO. Ini Cara-cara Nak Buat Tuntutan

Korang Boleh Claim Duit MC Dari PERKESO. Ini Cara-cara Nak Buat Tuntutan

5 Cara Elak Kena Scam Tow Truck di Malaysia

5 Cara Elak Kena Scam Tow Truck di Malaysia