1. Dulu automatik, sekarang call dulu k!
Sebelum ni, korang tak perlu pening-pening… semua individu dan SME yang ada pinjaman/pembiayaan konvensional/Islamik yang penuhi kriteria kat bawah ni akan secara automatik layak untuk penangguhan pinjaman:
-
Takde pinjaman tertunggak lebih dari 90 hari pada 1 April 2020 (korang dinasihatkan untuk check ngan bank korang kalau korang ada masalah ni)
-
Pinjaman adalah dalam Ringgit Malaysia.
Untuk peminjam/pelanggan korporat, korang kena buat permohonan penangguhan pembayaran balik pinjaman/pembiayaan dari bank masing-masing.
Korang pun boleh teruskan buat pembayaran balik pinjaman/pembiayaan korang tu - takde masalah. Korang cuma perlu respon notis pemberitahuan yang dihantar oleh bank atau kalau nak lagi senang, call je bank korang pasal benda ni.
TETAPI, untuk lanjutan moratorium ni, korang kena call bank masing-masing starting dari 7 Ogos 2020 k? In case korang tak layak tapi still nak cuba, jangan risau sebab bank still akan consider permohonan tu.
Kalau korang ada pinjaman dari beberapa bank, boleh pergi ke one stop centre untuk dapatkan pakej yang sesuai:
-
Individu: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
-
SMEs: Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (Small Debt Resolution Scheme, SDRS)
2. Korang kena bayar lebih banyak faedah
Walaupun bank tak dibenarkan untuk kenakan bayaran penalti lewat pada jumlah tertunda tu, faedah pinjaman korang masih berjalan tau. Sebab... bank pun masih kena buat duit jugak kan. Jadi, perkara ni korang kena fikir masak-masak pasal nanti korang jugak yang kena keluarkan lebih banyak duit nanti.
Ini beza pengiraan faedah antara pinjaman/pembiayaan konvesional dan Islamik:
- Pinjaman konvensional: Faedah akan terus dikenakan ke atas baki tertunggak yang terdiri daripada kedua-dua bahagian prinsipal dan faedah (iaitu kompaun) semasa tempoh moratorium.
- Pembiayaan Islamik: Keuntungan tersebut akan terus terakru pada jumlah prinsipal belum jelas, tapi tak akan dikompaun selaras dengan prinsip Syariah.
Dengan itu, BNM cadangkan korang untuk bincangkan pelan yang sesuai untuk membayar balik prinsipal dan faedah yang terkumpul sewaktu penangguhan ni.
3. Pembayaran kad kredit tak boleh ditangguh tapi...

... card issuer korang akan tukar dia jadi pinjaman berjangka tak lebih daripada 3 tahun dengan faedah tak lebih daripada 13% setahun, SECARA AUTOMATIK. Tapi ni untuk pemegang kad yang tak dapat penuhi pembayaran bulanan minimum berturut-turut selama 3 bulan, tak kesah lah berapa gaji pemegang kad tu.
Jangan risau, korang masih boleh terus guna kad kredit tu sampai limit yang ditetapkan dan mengambil kira yang kad kredit korang telah ditukar jadi pinjaman/pembiayaan berjangka. Selain tu, korang kena tahu ynag ansuran pinjaman/pembiayaan bulanan akan jadi sebahagian daripada jumlah bayaran balik minimum bulanan kad kredit korang tu.
4. Rekod CCRIS korang takkan terjejas
Tak sebab BNM yang keluarkan arahan penangguhan sementara ini, bukan sebab korang yang tak nak bayar. Tapi, lepas tempoh penangguhan, mungkin CCRIS korang boleh terjejas. Kenapa pulak? Sebab faedah/keuntungan kan akan bertambah walaupun pembayaran bleh yang ditangguhkan - ingat?
Jadi, sebagai peminjam, korang perlulah buat pembayaran balik yang ditangguhkan tu nanti. Kalau tak, rosak lah CCRIS korang.
Kalau nak check CCRIS korang boleh baca artikel ni: Langkah Mudah Semak Laporan Kredit Dengan eCCRIS
NOTA: Maklumat yang dikongsi adalah berdasarkan kepada FAQ BNM. Kalau korang ada apa-apasoalan mengenai inisiatif ni, sila call bank korang dulu. Ataupun, baca FAQ dari bank-bank kat bawah ni:
- Public Bank
- Hong Leong Bank HLB
- CIMB
- Maybank
- UOB
- Affin Bank
- AmBank
- MBSB Bank
- OCBC
- Agro Bank
- Bank Simpanan Nasional
- Bank Islam
- RHB
- Standard Charted Bank
- Bank Rakyat
- Bank Muamalat
- Al-Rajhi
- HSBC