Sumber Imej: PERKESO
Seperti yang diumumkan oleh PM Mahiaddin Yassin, Program Subsidi Upah (PSU) 3.0 akan diteruskan pada tahun 2021. Cuma kali ni, subsidi upah sebanyak RM600 adalah untuk semua pekerja yang berpendapatan bawah RM4,000 (dah tak dah sekarang!) - tanpa kira sektor. Tambahan lagi, limit pekerja untuk satu syarikat dinaikkan dari 200 hingga 500 pekerja.
Sebelum ni, hanya beberapa sektor je layak memohon PSU. tapi disebabkan PKP 2.0, syarat-syarat telah dilonggarkan.
- PSU 3.0 untuk sektor perlancongan dan runcit bermula pada 1 Januari 2021
- PSU PERMAI pulak melibatkan semua sektor di negeri-negeri bawah PKP bermula pada 19 Januari 2021
Jadi, bila PM perkenalkan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA & PEMERKASA+), tarikh tamat permohonan PSU 3.0 telah dilanjutkan dari 30 Jun sampai lah 31 Julai 2021.
Sumber Imej: PERKESO
Baru-baru ni, PM dan pihak PERKESO dah decide untuk teruskan lagi inisiatif PSU 4.0 selama 4 bulan dari 1 Ogos. Untuk inisiatif baru ni:
- 2 bulan pertama adalah terbuka untuk semua sektor
- Untuk 2 bulan yang akhir pulak, hanya untuk sektor kategori negatif waktu tu
- PSU 4.0 juga terbuka untuk pekerja berpendapatan lebih dari RM4,000 sebulan
So, apa je syarat-syarat kelayakan untuk mohon PSU 4.0?
- Pekerja tempatan berpendapatan kurang dan lebih RM4,000 (takde limit gaji!)
- Limit sebanyak 500 pekerja dalam 1 syarikat
- Pekerja dan majikan yang buat caruman PERKESO sebelum 1 Januari 2021.
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
- Kekalkan semua pekerja yang menerima subsidi upah ni.
Perkara PENTING korang kena tahu untuk layak dapat PSU 4.0...
- Para majikan perlu letak maklumat subsidi dalam slip gaji pekerja
- Boleh baca senarai aktiviti sektor yang terlibat dekat www.myfuturejobs.gov.my
Emm, siapa pulak tak layak apply PSU 4.0?
- Majikan dan pekerja yang belum daftar atau mencarum dengan PERKESO sebelum 1 Januari 2021;
- Majikan/perusahaan yang daftar dengan SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan dan beroperasi pada atau selepas 1 Januari 2021;
- Majikan yang belum daftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM);
- Majikan yang bukan daripada sektor pelancongan dan runcit kecuali majikan yang beroperasi di negeri yang terlibat dengan PKP;
- Pekerja yang dah diberhentikan kerja;
- Pekerja di bawah program Insentif Penjana Kerjaya (Hiring Incentive);
- Pekerja sektor awam, badan berkanun persekutuan dan negeri, semua badan berkanun yang diasingkan saraan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan);
- Pekerja asing dan pegawai dagang (expatriate); dan
- Majikan yang tarik diri dari mohon PSU 4.0 selepas diluluskan oleh PERKESO.
Camne nak apply? Dan, bila tarikh deadline?
Okay, setiap permohonan korang kena hantar online. Tapi, kalau nak hantar ke mana-mana office PERKESO pun boleh (duduk rumah je lah, ok?). Benda yang korang kena take note ialah, permohonan ni perlu dilakukan oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat - jadi bincang dengan bos korang sebab dia bertanggungjawab untuk agihkan bayaran bulanan sebanyak RM600 kepada korang (pekerja yang terlibat).
Majikan korang kena submit permohonan yang lengkap sekali dengan dokumen-dokumen sokongan kepada prihatin.perkeso.gov.my:
- Senarai nama pekerja (ikut had kelayakan syarikat);
- Maklumat akaun bank majikan (salinan muka depan penyata bank sahaja);
- Maklumat Business Registration Number (BRN) yang didaftarkan oleh majikan ketika bukak akaun bank. Sila rujuk pihak bank dan pastikan No BRN dan No akaun betul untuk elak sebarang masalah;
- Salinan pendaftaran SSM/ROS/ROB/PBT atau lain-lain pertubuhan;
- Akuan Pengisytiharan PSU 4.0; dan
- Untuk syarikat yang ada 76 pekerja dan ke atas, kena hantar sekali penyata kewangan atau report sales yang dah dicop oleh pihak pengurusan atau dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Tarikh permohonan PSU 4.0 akan bermula dari 1 Ogos 2021.
Majikan pun boleh check senarai nama pekerja yang dah diluluskan permohonan PSU merekat kat website PERKESO https://eiscentre.perkeso.gov.my/ .
Apa lagi? Pergi lah tuntut RM600 korang...
Setakat ni - ni je maklumat yang boleh kami boleh kumpulkan. Kalau korang tahu apa-apa, jangan malu-malu share dengan kami kami dan kami akan masukkan info yang dishare tadi kat dalam artikel ini.
Oh, korang jugak boleh dapatkan maklumat lanjut kat laman PERKESO. Atau, kalau macam tak membantu, boleh call Talian Perkhidmatan Pelanggan, 1-300-22-8000, hantar soalan korang melalui e-mel ke perkeso@perkeso.gov.my ATAU hantar aduan/pertanyaan melalui Facebook PERKESO.
BACA JUGAK:
- 5 Perkara Korang Kena Tahu Tentang PERKESO (SOCSO)
- Langkah-Langkah Membuat Tuntutan PERKESO
- Korang Boleh Claim Duit MC Dari PERKESO. Ini Cara-cara Nak Buat Tuntutan
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.