Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Sebab Yang Paling Popular Untuk Mengambil Pinjaman Peribadi

BY Team Loanstreet

Updated 27 Aug 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Disebabkan kepercayaan ramai, kita selalu skeptikal bila fikir tentang pinjaman peribadi. Tapi, sebenarnya pinjaman peribadi boleh bantu korang urus kewangan dengan lebih mudah. Jom kita explore 5 sebab kenapa orang ambil pinjaman peribadi.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


1. Isu Perubatan

 

 

Korang ada terfikir tak macam mana nak tanggung kos perubatan kalau berlaku kecemasan? Cohtohnya, korang di diagnosi dengan penyakit yang korang tak jangka dan perlukan kos rawatan yang tinggi untuk pulih. Korang pula tak ada duit sebanyak itu tanggung kos rawatan.

 

Jadi, ambillah pinjaman peribadi sebab pinjaman ni lah yang akan bantu korang tanggung kos rawatan korang. 

 

Sebelum korang mohon pinjaman peribadi, kami mengesyorkan korang untuk bandingkan dulu pinjaman yang ditawarkan daripada bank untuk pastikan korang dapatkan pinjaman yang paling sesuai dengan korang. 

 

2. Kos Pengubahsuaian Rumah

 

Ramai yang berimpian untuk renovate rumah mereka tapi tak semua layak memohon pinjaman pengubahsuaian. Salah satu sebabnya ialah kebanyakan pinjaman pengubahsuaian dah termasuk sekali dalam pakej bersama-sama dengan pinjaman perumahan.

 

Kalau yang nak di ubahsuai tu sikit-sikit saja bolehlah lagi korang nak menyimpan dan kumpul duit dan DIY sendiri, tapi kalau banyak yang nak diubah, mesti makan kos yang tinggi. Jadi, korang pertimbangkanlah untuk mohon pinjaman peribadi untuk tanggung kos renovate korang.

 

 

3. Penyatuan Hutang

 

Salah satu sebab yang paling popular untuk mengambil pinjaman peribadi adalah untuk menyatukan semua hutang sedia ada menjadi satui. Hutang daripada kad kredit, pinjaman peribadi dan overdraf dari bank akaun akan bertambah kerana perlu membayar kadar faedah. Korang juga perlu bajetkan wang korang supaya dapat membayar hutang pada masa yang ditetapkan.

 

Penyatuan hutang boleh membantu korang menjimatkan kos kadar faedah dan korang dapat merancangan yang lebih baik dan membayar balik dengan satu jumlah keseluruhan yang besar. Berfikir dahulu dan jadilah seorang pengguna yang cermat untuk mendapat kadar faedah yang terbaik untuk hutang korang. 

 

4. Perkahwinan


Sumber imej: Hanana Group

 

Merancang majlis perkahwinan yang perfect memang stres, terutamanya bila melibatkan kewangan. Tapi, adakah ambil pinjaman peribadi untuk cover kos perkahwinan keputusan yang bijak? 

 

Dalam sesetengah keadaan, pinjaman peribadi boleh mempercepatkan proses, terutamanya kalau korang dah ada tarikh perkahwinan. So, kalau pulangannya (hadiah + nilai wang tunai) boleh cover kos tu, kenapa nak tunggu lama-lama?

 

Kalau korang masih tidak dapat membuat keputusan, bacalah artikel (Berapa Banyak Kos Diperlukan Untuk Meminang) bagi mendapatkan idea yang kreatif untuk meminang dan mengetahui kos yang terlibat.

 

5. Pendidikan



Korang sering tunda untuk lanjutkan pelajaran sebab tak ada duit simpanan yang cukup? Jangan risau, kebanyakan orang juga memohon pinjaman peribadi untuk menanggung pengajian mereka. 

 

Pinjaman peribadi adalah langkah yang praktikal untuk membayar kos pendidikan dan perbelanjaan tambahan semasa korangbelajar. Jadi lebih baik korangbekerja sepenuh masa sambil belajar daripada korang tangguh untuk lanjutkan pelajaran lagi. . Dengan itu, korang masih boleh belajar sambil membayar balik setiap bulan.

 

Pinjaman peribadi boleh banyak membantu korang

 

Process untuk mendapat pinjaman peribadi adalah cepat dan mudah bagi memperoleh jumlah tunai yang besar. Ia dapat mempercepatkan process untuk mencapai matlamat korang. Dengan mengurangkan perbelanjaan harian dan mengikut skim pembayaran, korangmasih akan dapat membayar balik pinjaman peribadi, pada masa yang sama mencapai impian yang korang mengharapkan selama ini.

 

​Jangan lupa menggunakan alat perbandingan pinjaman peribadi kami untuk mendapatkan pinjaman peribadi yang paling sesuai untuk korang.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

Baca Jugak:

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta