Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Korang Patut Beli Kenderaan Baru Atau Terpakai?

BY Team Loanstreet

Updated 12 Dec 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Kira-kira sebanyak 600,000 kereta baru dihasilkan dan dijual kepada rakyat Malaysia setiap tahun. Persoalannya, berbaloi ke korang  membeli model yang baru atau mencari model yang agak lama di pasaran sekunder. Marilah kita melihat beberapa perbezaan antara membeli kenderaan yang baru dan kenderaan terpakai.




 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Penyusutan nilai

 

Penyusutan nilai maksudnya berapa banyak harga kereta korang akan jatuh lepas beli. Boleh dikatakan kebanyakan kenderaan akan turun nilai kecuali kereta antik. 


Korang mungkin pernah dengar yang kereta baru akan susut nilainya sebaik saja korang start enjinnya. Setiap model kenderaan mempunyai graf penyusutan nilai yang berbeza, bergantung pada jarak tempuh, kondisi, reputasi jenama, dan keekonomian. Secara purata, nilai kereta akan susut 15% setahun ikut kaedah baki berkurangan. 

 

Contohnya, Proton Saga FLX Manual Eksekutif boleh hilang hingga 40% nilai dalam masa 5 tahun. Lebih baru kereta, lebih cepat nilainya jatuh—kadang-kadang sampai 30% pada tahun pertama! Tapi lepas 5 tahun, kadar penyusutan biasanya jadi lebih perlahan, sebab tu beli kereta second-hand yang dah matang ni selalunya lebih berbaloi.

 

Nilai asal (RM) Tahun pertama (RM) Tahun Ke-3 (RM) Tahun ke-5 (RM)
42,424     36,060     30,651 26,054

 

Proton Saga FLX akan kehilangan lebih kurang 40% daripada nilai selepas 5 tahun. Tapi jangan lupa, ni cuma anggaran purata penyusutan sepanjang hayat kenderaan. Kereta baru biasanya paling teruk pada tahun pertama, dengan nilai boleh jatuh sehingga 30%, tapi lepas tu, kadar susut nilai akan jadi lebih perlahan.  

 

Kelebihan dan kelemahannya

 
Ciri-ciri Kereta baru Kereta terpakai
Jaminan Dah termasuk dalam harga kereta Kena beli jaminan sendiri
Teknologi Dah termasuk dalam harga kereta. Kalau suka gaya simple dan klasik, kereta lama lagi sesuai untuk korang
Minyak Tak jauh beza sangat dengan model lama, tapi kereta baru (terutamanya hibrid) biasanya lebih jimat minyak. Kalau model sama tapi 5 tahun lebih tua, kereta lama lebih murah dan masih boleh jimat minyak
Pembiayaan Bank bagi kadar faedah lebih rendah sebab kereta baru masih ada nilai tinggi Kalau nak beli kereta lama, kadar faedah bank biasanya lebih tinggi. Tapi harga total tetap lebih murah. Kalau bayar tunai, ada kerja sikit nak settle dengan pejabat cukai
Pengelenggaraan Kos penyelenggaraan lebih kurang sama kalau model sama. Kadang-kadang kereta baru siap dapat penyelenggaraan percuma. Kereta lama mungkin kena servis lebih kerap, bergantung pada penggunaan
Insurans Insurans lebih mahal sebab nilai kereta lebih tinggi. Insurans lebih murah, tapi kena pandai survey .

 

Pembelian secara langsung/tidak langsung

 

Bila nak beli kereta, korang boleh pilih nak beli terus dari pemilik atau melalui peniaga. Biasanya, beli melalui peniaga lebih mahal sebab mereka akan markup untuk kos operasi. Tapi kelebihannya, proses lebih mudah sebab semua dokumen dan pemeriksaan diuruskan. 

 

Kalau nak jimat, korang boleh beli terus daripada pemilik, tapi korang kena rajin periksa sendiri keadaan kereta tu. Zaman sekarang, guna laman web jual beli kereta je dah cukup mudah nak cari harga terbaik. 

 

Belilah ikut bajet korang 

 


Banyak benda kena fikir bila beli kereta, macam waranti, kos penyelenggaraan, dan ciri moden. Tapi penyusutan nilai tetap faktor paling penting—kereta baru boleh susut nilai sehingga 40% dalam 5 tahun! Jadi, kalau korang pilih kereta second-hand, korang boleh jimat banyak. Tapi ingat, buat kajian dulu pasal model kereta dan masalah biasa, dan sediakan bajet untuk repair kalau perlu.


Kalau dah yakin nak beli kereta terpakai, jangan lupa guna alat perbandingan Loanstreet untuk cari pinjaman yang ngam dengan bajet korang.
     

Semoga berjaya! 

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

BACA JUGAK:

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pelaburan Hartanah: Nak Melabur Apa Dengan Sejuta Ringgit?

Pelaburan Hartanah: Nak Melabur Apa Dengan Sejuta Ringgit?

4 Kaedah Untuk Menyelesaikan Kesemua Hutang

4 Kaedah Untuk Menyelesaikan Kesemua Hutang

PTPTN pendidikan pinjaman

Adakah PTPTN Pinjaman Pendidikan Terbaik Di Malaysia Pada Hari Ini?