Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

BigPay - Kenapa Korang Dah Tak Perlukan Money Changer Untuk Travel?

BY Hakimie Amrie

Updated 29 Apr 2022





Tak kisahlah sama ada korang ni backpackers ke, jenis bercuti kat tempat have-have (mahal) ke atau spesis yang suka travel secara bajet, currency (nilai mata wang) semestinya benda korang pentingkan sebelum merancang percutian ke oversea Mana taknye, perbezaan currency yang tinggi boleh menjejaskan percutian kot. Nak-nak pulak kadar tukaran nilai wang asing yang dikenakan oleh money changer tu tinggi. Haishhh, makin spoil lah percutian idaman korang. 

Sebab tu lah admin nak cerita pasal BigPay hari ni. Mana yang suka travel dan backpacking tu, sudah sampai masanya korang tau dan guna BigPay ni untuk menyelamatkan akaun bank korang.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa Tu BigPay?

Okay, BigPay ni senang ceritanya adalah sebuah sistem e-wallet yang siap dengan mobile app dan Mastercard prepaid card. 


Produk ni diperkenalkan oleh AirAsia sebagai salah satu langkah ke arah cashless yang tengah trending sekarang ni. Yelah, cashless ni kan lagi senang nak urus duit dan menjimatkan masa, tak perlu pening-pening nak handle cash. 

Bagi yang masih tak tau, fungsi utama BigPay ni adalah untuk buat pertukaran mata wang asing secara digital. Lagi mudah lah kiranya. 

 

Macam Mana Nak Guna BigPay?

Ada 3 benda je yang korang kena tau, e-wallet, prepaid card dan BigPay mobile app. Tu je. 

Bagi yang masih konfius dengan BigPay ni takpe, admin boleh terangkan cara penggunaan dia. Senang je, selepas korang dah register, download app dan dah dapat kad korang dalam tempoh 5 ke 7 hari lepas register. Apa yang korang kena buat hanyalah top up e-wallet korang guna mobile app. Semua jenis transaksi boleh dilakukan secara e-wallet atau guna kad BigPay korang. Senang, kan?

Sebab utama Bigpay ni digandingkan sekali dengan prepaid card adalah nak menyenangkan korang time membuat transaksi. Faham-fahamlah, sistem e-wallet ni kan masih baru, so tak semua tempat boleh pakai e-wallet ni. Tapi tak ape, kalau destinasi percutian korang tu tak terima e-wallet, korang masih lagi boleh bersakan dengan kad BigPay di semua lokasi yang menerima Mastercard. Gitu.

Bukan tu je, sebarang urusan korang boleh handle sendiri guna dalam app BigPay, nak top-up akaun, check balance dan check semua transaksi korang pun boleh! Tak perlu dah rase nervous nak call customer service atau login kat website semua sebab boleh kat app tu. 
 

Selamat Ke Guna BigPay Ni?

BigPay Diiktiraf Oleh Bank Negara Malaysia

Kalau korang masih ragu-ragu dengan BigPay ni sebab dia macam too good to be true - Ishh tak payah la risau. BigPay ni dah diktiraf oleh Bank Negara Malaysia okay, jadi korang takkan kena scam punya.

Sistem Keselamatan Menerusi App BigPay

App BigPay ni datang dengan ciri-ciri keselamatan yang wow punya (tapi bukan sampai tahap dewa lah), macam fingerprint scanners dan facial recognition. Hebat kan?


Ciri-ciri keselamatan ni dibuat untuk sahkan identiti korang. Sistem keselamatan ini juga memerlukan korang untuk sahkan pengenalan diri dan nombor telefon.

Admin selalu dengar duit hilang lah, kad kredit hilang lah time travel, lepas tu susah nak retrieve balik. Nasihat admin, buat apa susah-susah? Kalau korang ada BigPay, korang boleh freeze acount korang sendiri guna app. Tak perlu lah dah nak kesini kesana, pergi bank semua sebab nak selamatkan duit korang. Sekali tap, terus settle. Kan senang macam tu. 
 

Apa Yang Bagus Sangat Pasal BigPay Ni?

Pertukaran Wang Asing

Admin pernah lah dengar kan Tony Fernades cakap yang sistem pertukaran wang asing ni merupakan main attraction untuk BigPay. Tapi apa bestnya BigPay punya pertukaran wang asing berbanding money changer lain?

Dengan pertukaran wang BigPay ni, korang tak perlu lagi susah-susah tengok currency rate, cari money changer yang tawarkan exchange rate paling rendah. Itu semua cara lapuk. Penat kot beratur lama just nak tukar duit. Dengan BigPay ni, korang tak payah keluar rumah pun, just topup je e-wallet korang. Settle. Jimat masa, tenaga dan jimat duit korang. 

Lagi satu, BigPay bagi exchange rate paling gempak kot. Sebabnya, BigPay tak caj pon untuk tukar duit korang ke mata wang asing berbanding bank yang akan kenakan mark-up fee. 

Jadi, nikmat apa lagi yang korang nak dustakan?


Sumber: BigPay

 

Pengiriman Wang Asing

Korang familiar tak dengan Foreign Exchange Remittance (FX)? 

FX ni adalah pengiriman wang asing. Selalunya kalau nak transfer wang asing, korang kene guna agen remittance dan setiap transaksi ada caj yang berbeza ikut apa yang ditetapkan oleh agen remittance. Tempoh transfer pulak boleh sampai berhari-hari. Punyalah susahkan?

Lain pulak cerita dia kalau guna BigPay. Korang boleh send dan transfer duit secara instant. Transfer duit macam send WhatsApp je. Free pulak tu. 


Contohnya lah kan, korang yang bekerja kat oversea nak transfer duit kat mak ayah korang, haa boleh sangat lah guna BigPay ni. Jimat lah sikit duit dan masa.

Sama lah jugak lah kalau korang study oversea, mak ayah korang boleh lah transfer duit belanja kat korang dengan mudahnya. Tapi ingat, dah senang nak transfer duit tu, janganlah asyik mintak duit je pulak. 
 

 

Perbezaan Caj Transaksi

Korang tau tak, sebarang caj tambahan yang selalunya dikenakan oleh institut kewangan/bank sama sekali tidak akan dicaj oleh BigPay? Kalau tak tau jom kita check sama-sama. 

Selalunya, time book flight debit/kredit kad, AirAsia akan caj processing fee up to RM24. Banyak tu. 

Fyi, kalau korang guna online banking macam CimbClicks, M2U atau RHBNow untuk book tiket flight, korang akan dicaj RM4 dan RM16 kalau korang guna kad kredit Mastercard atau VISA. Kan mahal tu. Sia-sia je hunting tiket flight murah sebab nak berjimat kononnya, tapi end up kena caj processing fee pulak. Apa pun tak dapat. 

Tapi buat apa nak bayar processing fee kalau korang boleh book flight for free? Korang akan dikecualikan processing fee kalau book guna BigPay.

Lagi satu, sebarang international withdrawal tak akan dikenakan caj transaksi, cumanya mungkin ATM akan kenakan caj tambahan lain yang korang sendiri boleh check dalam app. Telus okay, dah tak wujud dah istilah hidden fees dengan BigPay. Tapi, kalau korang still nak buat international withdrawal guna kad lain, bersiap sedia lah ye untuk dikenakan 2% caj transaksi. Admin dah warning ni awal-awal. 

Lagi, lagi? Okay senang je, kalau nak tau dengan lebih lanjut, korang boleh check sini untuk tau caj yang dikenakan dan manfaat yang diberikan oleh travel card yang lain. Ingat, sebelum pilih travel kad, pastikan manfaat yang ditawarkan tu sesuai dengan gaya hidup korang tau. 

 

Pengeluaran Wang Tunai 

Alamak, saya kehabisan cash time travel, macam mana ni?
Perkara kecik je ni, tak perlu lah nak gelabah. Korang pergi je ke mana-mana atm yang  menerima Mastercard dan withdraw je lah duit guna kad BigPay korang tu. 

Tapi admin, berapa banyak yang saya boleh withdraw?
Ikot berapa amaun yang ada dalam e-wallet korang lah. Kalau banyak, masyuklah, kalau sikit, berhuhu je lah. 


Ada satu benda ni yang korang kena ingat, bagi withdrawal, ada caj yang dikenakan. 
  • RM6 akan dicaj bagi domestic withdrawal
  • RM10 akan dicaj bagi international withdrawal
Sebaiknya withdrawal ni guna time ada kecemasan je macam wallet hilang ke, atau kena ragut ke...haish mintak dijauhkanlah. 

Kalau lah nasib korang malang, hilang kad kredit time travel, janganlah risau, korang masih boleh mendapatkan wang kecemasan dengan mudah. Baca ni Hilang Kad Kredit Time Travel? INI Caranya Untuk Dapatkan Wang Kecemasan. 

 

Kumpul & Tebus Mata Ganjaran


Collect points lah, apa lagi.

Apa-apa transaksi yang korang buat sama ada kat app atau guna kad akan dapat points. 

Points yang korang collect tu adalah dari sistem reward Big Loyalty Program, sebuah kerjasama antara BigPay dengan AirAsia. 

Points yang korang dapat ni boleh guna untuk dapat AirAsia Travel Rewards macam diskaun/tebus tiket flight, diskaun in-flight meals, diskaun baggage dan banyak lagi lah rewards yang ohsem. Memang bahagia lah hidup bila ada kelebihan camni?


Korang cuma perlu linkkan ID AirAsia Big member ke akaun BigPay dan you’re all set!

Oh, hampir terlupa pulak, korang kena spend at least RM20 tau baru boleh dapat 1 point. Setiap kali korang topup minimum RM50 pun korang akan dapat 1 point. Lagi banyak korang spend, lagi banyak lah points yang korang akan dapat. 

 

Dapatkan Duit Dengan Sistem Referral


Nak dapatkan duit free? Apa lagi, ajaklah kawan korang ramai-ramai join BigPay ni. BigPay ada buat sistem referral di mana bagi setiap pengguna baru yang sign up menggunakan referral code korang, RM10 akan dimasukkan dalam e-wallet korang dan kawan korang. 

Bayangkan, kalau 10 orang guna referral code korang? Senang-senang je boleh dapat RM100. Tiba-tiba pulak ada side income. Opps. 
 

So, rasa-rasa macam nak try tak? 

Admin cakap banyak pun tak guna, korang kena lah try sendiri lah untuk tau macam mana bestnya BigPay ni. Pada pendapat admin lah kan, kalau BigPay ni mendapat sambutan berterusan, besar kemungkinan, Malaysia akan menjadi cashless dengan lebih cepat. Korang rasa?

Selain BigPay, apa lagi cara untuk korang berjimat tapi still enjoy semasa travel? Cuba baca artikel  ni pulak -INI Caranya Untuk Travel Dengan Selesa Pada Harga Yang Murah .

Lagi satu, travel ni memang best tapi jangan lupa beli travel insurance ye untuk nak elak benda-benda yang tak best berlaku kat korang - tak mahal pun. Kalau nak apply, boleh klik sini.

Selamat bercuti!
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Hakimie Amrie



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes