Apa perbezaan di antara “pengeluar” dan “rangkaian” kad kredit!
- Pengeluar: Merupakan nadi kepada perniagaan kad kredit. Bertanggungjawab untuk meraih keuntungan serta menetapkan tawaran kepada pelanggan. Mereka juga perlu memastikan hutang berada pada kadar minimum, serta menyediakan perkhidmatan pelanggan.
- Rangkaian: Menentukan peniaga mana yang boleh menerima kad tersebut. Ia juga berfungsi sebagai fasilitator untuk transaksi di antara dua pihak.
Di sini, anda boleh lihat bagaimana rangkaian kredit kad memudahkan urusan bank, kerana bank-bank ini tidak perlu berurusan satu-persatu dengan pelbagai peniaga, syarikat, pusat membeli-belah, dan sebagainya.
Tapi itu semua manfaat untuk pengeluar dan rangkaian, apa pula manfaatnya untuk anda?
Wang Bagi Kecemasan, Dan Pelbagai Lagi Ganjaran!
Bila memilih kad kredit, semestinya anda membandingkan ganjaran yang ditawarkan oleh bank/pengeluar yang berlainan tentang ganjaran yang ditawarkan. Tapi bukan bank/pengeluar sahaja yang menawarkan kelebihan ini, rangkaian kad kredit juga ada manfaat tambahan?
Jadi jika anda pandai memilih, anda perlu mengambil kesempatan atas kelebihan-kelebihan ini:
1) Kelebihan membeli-belah
Rangkaian kad seperti UnionPay bukan sahaja bekerjasama dengan lebih dari 1,800 institusi di seluruh dunia, tetapi ia juga boleh dipakai di 170 buah negara dan rantau. Mereka juga mempunyai lebih dari 1,000 tawaran untuk anda, seperti spa, tempat makan, travel dan membeli-belah. Inilah masanya untuk anda memberi ganjaran kepada diri sendiri!
2) Perkhidmatan kecemasan berkaitan kad
Kad tidak berfungsi atau hilang? Dengan perkhidmatan UnionPay’s Emergency Card Replacement, anda hanya perlu buat panggilan ke nombor hotline atau bank pengeluar kad, dan kad baru akan dihantar dengan segera. Ciri unik lain ialah bantuan wang kecemasan (dihadkan kepada USD5,000), bergantung kepada bank pengeluar.
3) Perkhidmatan bantuan global
Menurut syarat-syarat UnionPay, jika anda pemegang kad kredit premium UnionPay, anda boleh mendapat keistimewaan eksklusif sepenuhnya, di mana sahaja anda berada di dunia. Sebahagian daripadanya termasuk bantuan perjalanan luar negara, bantuan perubatan, perkhidmatan VIP untuk perubatan dan kesihatan, insurans perjalanan mewah serta perkhidmatan concierge 24 jam!
4) Perkhidmatan perjalanan global
Tak kiralah kelas penerbangan apa yang anda pilih, pemegang kad UnionPay masih akan dapat menikmati perkhidmatan bertaraf dunia di beberapa ruang rehat VIP di lapangan terbang antarabangsa. Kemudahan rekreasi akan disediakan seperti akses internet berkelajuan tinggi, tempat mengecas telefon bimbit dan komputer riba, surat khabar antarabangsa dan majalah, serta makanan ringan dan pencuci mulut percuma.
Dapatkan lebih lagi ganjaran dengan rangkaian kad kredit!
Sebagai seorang yang bijak berbelanja, anda pastinya membuat kaji selidik sebelum mendapat kad kredit, terutamanya bank mana yang memberikan ganjaran yang paling sesuai untuk gaya hidup anda. Namun kini anda boleh mengambil kesempatan akan satu lagi faktor, iaitu rangkaian kad kredit tersebut! Jika anda ingin membuat memilih kad kredit, lihat laman ini untuk membuat perbandingan.