1) Singapura – Bandaraya Singa
Jiran kita di selatan memang ada banyak destinasi untuk dilihat dan aktiviti yang boleh dibuat. Pelbagai restoran dan pusat membeli-disediakan, tak lupa juga hutan buatan mereka yang sangat terkenal. Pengangkutan awam di Singapura adalah antara yang paling cekap dan menyeluruh di dunia, jadi anda tidak perlu risau untuk pergi ke pergi ke tempat yang anda tuju.
Restoran:
Dapatkan 10% diskaun di Stardust Cabin peribadi anda serta nikmati 4-course meal sambil melihat bandaraya Singapura yang menakjubkan.
Beli-belah:
Nikmati pengalaman membeli belah di pusat fesyen paling bergaya di Asia – Club 21, dengan kesinambungan gaya Asia dan Barat. Di sini, anda boleh dapatkan 10% pada barangan biasa.
Aktiviti:
Anda boleh dapatkan diskaun 15% bagi Cable Car Sky Pass, di mana anda boleh bertolak di Faber Peak ke lebih 20 tempat menarik di Sentosa.
2) Thailand – Penuh Dengan Senyuman
Rakyat Thailand memang terkenal dengan sifat ramah dan mesra. Semestinya tarikan utama mereka adalah pelbagai makanan yang juga banyak diwarisi di Malaysia. Selain itu, terdapat pelbagai tinggalan purba bagi sesiapa yang cintakan sejarah, tak lupa juga pelbagai pantai bagi sesiapa yang ingin beristirehat.
Restoran:
Dapatkan 10% diskaun di Nara Thai Cuisine. Nikmati resepi tradisional yang telah disessuaikan untuk lidah dan cita rasa moden.
Beli-belah:
Di Naraya, dapatkan diskaun 200 Baht dengan perbelanjaan minimum sebanyak 1,500 Baht pada pelbagai barang termasuklah beg, aksesori, hiasan rumah dan hadiah buat kanak-kanak.
Aktiviti:
Saksikan persembahan pentas yang dianggap sebagai salah satu yang terbesar di dunia, menyerlahkan pelbagai elemen sejarah dan budaya – kini dengan diskaun 15% bagi setiap tiket, hanya di Siam Niramit.
3) Indonesia – Kawasan Kepulauan Terbesar
Dengan lebih daripada 17 ribu pulau, Indonesia ada segalanya tak kira apa yang anda mahukan daripada percutian anda. Terokai budaya, adat, pemandangan, haiwan, karya seni, makanan, dan banyak lagi.
Restoran:
The Duck King Group merupakan antara restoran masakan Cina yang paling popular di Indonesia, dan pemegang kad rangkian UnionPay boleh mendapatkan diskaun 15% pada pelbagai hidangan.
Beli-belah:
Puaskan kehendah beli-belah anda di Beachwalk Shopping Centre – di mana anda boleh melawati lebih 170 buah kedai, dan baucar beli-belah sebanyak 250 ribu rupiah bagi setiap 1.25 juta rupiah yang anda belanjakan
Hotel:
Jika anda bercadang untuk melawat gunung Batukaru, dapatkan hotel mewah Komaneka dengan diskaun 15% bagi setiap kategori bilik.
4) Vietnam – "Land of the Ascending Dragon"
Vietnam adalah salah satu lagi negara yang mempunyai pelbagai tinggalan masa lampau yang sangat menarik untuk dilawati dan diambil teladan. Bukan sahaja bandar Ho Chi Minh yang membawa pelbagai sejarah, malah juga Hanoi yang yang lebih padat penduduknya, di mana anda boleh melihat cara hidup rakyat mereka.
Restoran:
Pemegang kad UnionPay boleh menikmati diskaun sehingga 20% di Restoran Oh Vang yang menawarkan makanan gourmet serta wain New World bagi yang bukan Muslim.
Spa:
Bila dah penat berjalan, tiba masanya untuk memanjakan diri anda di spa Vẻ Đep Hoàn. Pemegang kad UnionPay akan menikmati diskaun 20% pada perkhidmatan penjagaan kulit muka.
Kesihatan:
Sambil anda bercuti di Vietnam, singgat ke klinik Viện chăm sóc Sức khỏe và Sắc đẹp bagi khidmat profesional untuk menjaga kesihatan kulit anda, dan nikmati diskaun 20% untuk rawatan kuli dan perkhidmatan kesihatan.
5) Myanmar – Tidak Seperti Yang Anda Jangkakan
Dalam senarai ini, Burma atau Myanmar adalah negara yang paling kurang diketahui, bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia malah di dunia. Rudyard Kipling sendiri pernah menulis tentang kehebatan negara ini yang berjaya menarik perhatian traveler yang ingin merasakan pengalaman yang baru. Walaupun Burma sedang melalui proses pemodenan, masih banyak budaya yang dikekalkan di mana rakyat tempatan memakai pakaian tradisional mereka iaitu longyi atau dilitupi thanakha sambil minum teh (rutin penjajah British) di bandar-bandar besar.
Restoran:
Dapatkan diskaun 10% di Crystal Jade Kitchen yang menyediakan makanan Cina.
Santai:
The Coffee Beans & Tea Leaf adalah antara francais kopi paling popular di rantau ini, dan anda boleh dapatkan diskaun 10% pada bil anda.
Beli-belah:
Sebelum anda meninggalkan negara ini, jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di Lapangan Terbang Antarabansa Yangon yang bebas cukai. Dengan kad UnionPay, anda boleh mendapatkan diskaun 10% pada pembelian minimum sebanyak USD240.
Jangan lepaskan peluang ini!
Tidak kisahlah di mana pun destinasi yang anda pilih di Asia Tenggara, anda pastinya akan kembali ke tanah air dengan kenangan dan pelbagai cerita yang anda ingin kongsi. Jadi jangan lupa bawa kad UnionPay anda bersama supaya anda dapat bercuti dengan selesa pada kadar yang berpatutan!