Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

OPR Dikekalkan (3.00%): Apa Itu OPR & Kesannya Pada Rakyat?

BY Nisya Aziz

Updated 30 May 2023





Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.
 

Bank Negara Malaysia (BNM) dah buat announcement untuk kekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00%.  Dalam satu kenyataan, BNM memaklumkan, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Mungkin korang tertanya-tanya apa kena mengena dengan korang. Kan?

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Mula-mula, jom fahami, "Apa itu OPR?"

 

Sumber Imej: The Rakyat Post
 

Kepada yang tak sure apa benda OPR ni - ia adalah benchmark untuk pinjaman komersial dan kadar deposit yang akan dicaj oleh Bank (pemberi) kepada Bank lain (peminjam) untuk pinjaman dana. 

Lepastu kan, kadar yang ditetapkan bukan lah random ye, tapi macam-macam faktor ekonomi dipertimbangkan macam inflasi, perkembangan ekonomi, risiko yang berkemungkinan untuk jadi - basically, tinjaun keseluruhan ekonomi negara kita. BNM akan adjust kadar tu mengikut berapa banyak wang mengalir versus berapa banyak dalam simpanan negara. 

So, kalau OPR naik, apa effect kat korang dari segi kewangan?

 


 

Kadar OPR yang lemah akan meningkatkan kadar pinjaman asas (BLR) dan kadar pembiayaan asas (BFR), directly menjejaskan kadar faedah bank. Ini bermaksud...

1. Bayaran ansuran bulanan meningkat.
Ini memang betul-betul affected kalau korang buat loans dengan dasar kadar faedah berubah-ubah (terapung). Setiap kali OPR naik, kadar faedah pun akan follow naik naik juga, directly meningkatkan jumlah bayaran instalment bulanan anda.

Contohnya, kalau korang buat pinjaman 30 tahun pada kadar faedah lama 2.8%, korang hanya perlu membayar RM2,013 sebulan je sampailah tamat perjanjian pinjaman. Tapi, kenaikan OPR 25bps akan meningkatkan bayaran bulanan korang sebanyak kira-kira 3.1% kepada RM2,079 atau RM66 sebulan. Sekali gus, menaikkan perbelanjaan tahunan untuk peminjam sebanyak RM792.
 

2. Tempoh pembayaran balik jadi lebih lama disebabkan oleh kenaikan kadar faedah.
Bila jumlah ansuran bulanan lama dikekalkan, tempoh pembayaran balik confirm jadi lebih lama disebabkan kadar interest meningkat.

3. Loans akan jadi lebih membebankan.
Bila OPR Bank Negara naik, loans akan automatically jadi lebih costly. Puncanya masih sama - kenaikan kadar faedah pinjaman. So, kemampuan untuk beli kereta baru atau settlekan loan rumah sedia ada akan jadi lebih terhad. 

Bukan itu je, bank juga akan lebih berhati-hati untuk meluluskan loans. Lebih tinggi OPR, lagi susah nak dapat loans approval.
 

4. Interest dalam savings dan simpanan tetap akan naik.
Kalau korang ada simpanan yang banyak atau ada buat pelaburan fixed deposit, kenaikkan OPR ni satu benda yang baik, tahu tak? Eh, kenapa? Bila OPR naik, kadar interest dalam akaun pun naik. So, makin banyaklah jumlah simpanan korang. Masyuk!

Perhaps, sekaranglah masanya untuk menilai semula strategi simpanan atau pelaburan korang so that boleh dapat pulangan yang optimum.



Tapi, kalau OPR turun, apa kesannya?

 

Sumber imej: najibmohamed.com


1. Kos untuk pinjaman akan semakin berkurang 
Sama macam bila OPR naik, OPR rendah akan affect banks untuk adjust diorang punya kadar dasar pinjaman (BLR) dan juga kadar dasar kewangan (BFR). Maksudnya, akan directly affect interest rates - kalau dalam kes ni, monthly payment akan jadi lebih rendah, lah.

So, sama ada pinjaman kereta ke, pinjaman peribadi ke, pinjaman rumah atau kad kredit ke, korang akan dapat manfaat daripada low OPR ni. Sebagai seorang pengguna, korang punya kapasiti perbelanjaan akan meningkat dan boleh lah korang save. Lepastu, dapat jugak korang bayar semula dalam tempoh yang lebih singkat.
 

2. Ni lah waktu paling sesuai untuk invest dalam Dana Pelaburan Hartanah Malaysia (M-REIT).
Disebabkan kadar faedah pembayaran dah berkurang, maksudnya semua pelabur akan dapat lebih banyak saving dan jana lebih banyak pendapatan. Dengan tu, korang juga boleh tambah investment korang lah. 

Masa tahun 2020, Affin Hwang Capital Research dah share yang dalam masa yang panjang, OPR yang rendah akan mengurangkan kos kewangan M-REIT dan dapat menjana pendapatan, walaupun ada impact yang kecil pada keuntungan jangka pendek. 

So, apa pendapat  korang pasal OPR ni? Share la dengan admin. 
 
 

BACA JUGA:
Moratorium Pinjaman BNM Nak Tamat. Ni Apa Korang Perlu Buat!
Had 10 Tahun Untuk Refinancing Pinjaman Perumahan
Moratorium Pembayaran Balik BNM: 4 Perkara Korang Perlu Tahu

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Nisya Aziz



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta