Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Adakah Anda Benar-Benar Mampu Membeli Kenderaan yang Baru?

BY Team Loanstreet

Updated 03 Aug 2021




Kira-kira sebanyak 600,000 kereta baru akan dihasilkan dan ia akan dijual kepada rakyat Malaysia setiap tahun. Ia masih menimbulkan soalan bahawa adakah ia berbaloi untuk membeli model yang baru atau mencari model yang agak lama di pasaran sekunder. Marilah kita melihat beberapa perbezaan antara membeli kenderaan yang baru dan kenderaan terpakai.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Penyusutan Nilai

Ini merupakan tajuk perbincangan yang utama semasa berbincang antara kenderaan yang baru atau terpakai. Penyusutan nilai bermakna berapa banyak nilai kenderaan anda akan menurun sejak anda membeli ia dan ia merupakan perbezaan antara harga jualan dan belian. Ia boleh dikatakan kebanyakan kenderaan akan menurun nilai kecuali kereta antik. Kelangkaan kereta antik menimpakan harga premium dalam era yang moden.

Anda mungkin pernah mendengar bahawa ‘Nilai kenderaan anda akan turun sekiranya anda memandu.’ Walau bagaimanapun, ia merupakan katakan yang benar dan kita perlulah meneroka berapa banyak nilainya akan menurun. Setiap model kenderaan mempunyai graf penyusutan nilai yang berbeza pada masa ini. Ia melibatkan fungsi jarak tempuh, syarat, reputasi jenama, ekonomikal 101 dan lain-lain lagi. Secara umumnya, anda boleh menjangka bahawa kehilangan sehingga 15% daripada nilai kenderaan anda dengan kaedah baki berkurangan pada setiap tahun. Marilah kita melihat satu contoh pada Proton Saga FLX Manual Eksekutif. Andaikan penyusutan nilai sebanyak 15% daripada nilai pada baki berkurangan.  

Value of proton Saga FLX after 5 years

Proton Saga FLX anda akan kehilangan lebih kurang 40% daripada nilai selepas 5 tahun. Anda harus ingatkan bahawa ini hanyalah kadar purata penyusutan nilai sepanjang hayat kenderaan. Kenderaan yang baru betul-betul boleh menurun sebanyak 30% pada tahun pertama tetapi kadar ia akan menjadi perlahan selepas itu.  

Kenderaan yang Baru vs Kenderaan Terpakai (Kelebihan dan Kelemahan)

Kenderaan yang Baru vs Kenderaan Terpakai (Kelebihan dan Kelemahan)

Pembelian Secara Langsung/Tidak Langsung

Kita mempunyai pilihan untuk membeli kenderaan dengan melalui peniaga atau terus membeli daripada pemilik. Biasanya, ia adalah lebih mahal sekiranya membeli melalui peniaga kerana mereka akan menambahkan harga untuk membiayai kos operasi. Walau bagaimanapun, laman web membenarkan kami untuk menerbitkan penyenaraian dan ia adalah agak mudah untuk mendapatkan harga yang sepadan.

Kesimpulan

Terdapatlah faktor-faktor seperti waranti, peralatan yang terkini, pembiayaan dan yuran penyelenggaraan yang bertentangan dengan kenderaan yang agak lama. Tetapi faktor utama yang perlu dipertimbangkan adalah penyusutan nilai. Perbezaan dalam 5 tahun akan membantu anda menjimatkan sebanyak 40% daripada harga kenderaan yang baru seperti yang telah ditunjukkan. Ia mungkin akan menjimatkan lebih banyak daripada membeli kenderaan yang baru.    

Ia mempunyai kisah yang sebenar yang mengenai masalah kerosakan dan kenderaan terpakai. Jadi, anda haruslah menjalankan sesuatu kajian pada jenama dan masalah yang dijangka dan menyediakan sejumlah wang untuk menyelesaikan masalah tersebut sekiranya anda hendak membeli kenderaan terpakai.  Jika anda telah membuat keputusan untuk membeli kenderaan terpakai, sila menggunakan alat perbandingan pinjaman peribadi Loanstreet untuk mencari pakej pinjaman yang sesuai untuk kamu.

Anda masih perlulah menyediakan sejumlah wang yang besar.      

Semoga berjaya.  

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!