Cukai-cukai yang korang bayar ni, kerajaan akan gunakan untuk pembangunan negara seperti bayar pegawai kerajaan, bina infrastruktur, biasiswa, kemudahan-kemudahan seperti taman rekreasi awam, institut pendidikan, inisiatif kesihatan, sekuriti, pertahanan, pencen dan juga kajian sains dan perubatan. Sejak dari tahun 2015, kerajaan dah wajibkan pendaftaran fail cukai pendapatan bagi mana-mana individu yang mempunyai pendapatan tahunan melebihi RM34,000 setahun selepas pemotongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Ok… tu sedikit sebanyak pasal cukai dan individu yang layak kena cukai, tapi korang tahu tak apa pulak jenis pendapatan yang kerajaan cukai? Tak tahu? Tengok senarai bawah ni:
Jenis pendapatan yang dikenakan cukai
1. Perniagaan atau Profesion
Semua jenis perniagaan atau profesion yang ada terima kemasukan wang ke dalam akaun bank. Untuk korang yang jadi Youtubers, instafamous, influencers atau buat paid review produk tu, admin nasihatkan untuk pergi isytihar pendapatan dan daftar je perniagaan korang. Kalau banyak duit masuk dalam akaun peribadi, nanti bank pun kejar korang tau! Tak pasal-pasal LHDN kejar sampai rumah. Sebelum ada yang report, baik korang daftar cepat! Kang tetibe kena denda pulak!

Sumber imej: Silver Mouse

Sumber imej: Silver Mouse

Sumber imej: Silver Mouse

Sumber imej: Silver Mouse
2. Penggajian
Kebiasaannya, majikan bukakan fail untuk bayar gaji pekerja. Bagi pekerja yang terima gaji dan layak dipotong cukai beserta ada alternatif PCB (potongan cukai berjadual). Seperti contoh bawah ni:
- Gaji, bonus, yuran pengarah, komisen, elaun, perkuisit, ganjaran dan lain-lain (tunai atau sesuatu yang boleh ditukar kepada tunai).
- Manfaat Berupa Barangan daripada majikan (kereta, telefon bimbit, pemandu, orang gaji dan lain-lain).
- Nilai Tempat Kediaman yang disediakan oleh majikan.
- Caruman oleh majikan untuk pekerja ke tabung pencen atau kewangan yang tidak diluluskan.
- Pampasan kerana kehilangan pekerjaan.
Potongan Cukai Bulanan (PCB)
- Satu mekanisma bayaran cukai pendapatan pekerja.
- Bayaran pendahuluan cukai pendapatan pekerja.
- Bukan cukai muktamad pekerja.
- Dikira berdasarkan Jadual PCB dan kaedah pengiraan berkomputer (e-PCB, Kalkulator PCB, Perisian PCBdan sistem pembayaran gaji berkomputer).
3. Dividen dan Faedah
Kalau korang ada terima dividen yang dikira sebagai pendapatan, korang boleh dikenakan cukai atas sebab dividen yang diperoleh. Tapi ada je dividen atau faedah yang dikecualikan cukai macam Tabung Haji, ASB atau Unit Amanah. Cukai ke atas faedah pulak dikenakan bila majikan ada beri pinjaman kepada pekerja.

Sumber imej: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Sumber imej: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
4. Diskaun
Pendapatan yang korang terima tu bukan dalam bentuk cash tapi benefit-in-kind. Contohnya kita terima diskaun pembelian mesin basuh daripada syarikat tersebut sebab kita pekerja di situ. Jumlah diskaun yang diterima layak dikenakan cukai jugak tau!
5. Sewa
Apa sahaja jenis pendapatan daripada hasil menyewakan kediaman, tanah, kenderaan mahu pun barang yang digunakan seseorang dan kita terima wang ringgit sebagai pulangannya.
6. Royalti
Bayaran tertentu yang mungkin boleh diterima banyak kali disebabkan oleh sesebuah hasil. Contohnya, royalti kepada pengarang, penyanyi atas setiap naskhah karya mereka yang terjual. Tapi royalti dapat pengecualian cukai kalau:


Sumber imej: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
7. Premium
Wang yang diberikan sebagai hadiah dan ganjaran seperti percutian, baucar, telefon, wang tunai, laptop ataupun rumah. Bayaran cukai boleh dikenakan.
8. Pencen
Bayaran yang diterima apabila pernah berkhidmat dengan badan kerajaan sehingga tempoh umur pencen. Tapi ada pengecualian cukai macam bawah ni:


Sumber imej: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
9. Anuiti
Sejenis bayaran yang diterima secara tetap dan berulang-ulang yang dibayar oleh sesebuah syarikat untuk tempoh tertentu. Mereka yang melanggan produk anuiti adalah untuk bersara dengan tenang sambil menerima wang secara konsisten, tanpa perlu bekerja pada tempoh tertentu. Hayat anuiti dibayar kepada pewaris sepanjang hidupnya dan akan terhenti kalau meninggal dunia.
Maklumat lanjut korang layari laman web rasmi ni: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
BACA JUGAK:
Maklumat lanjut korang layari laman web rasmi ni: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
BACA JUGAK:
- Bayar Zakat Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?
- 5 Fakta Tentang Cukai Pendapatan Yang Korang Mungkin Tak Tahu
- Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! INI Cara Nak Elakkan
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.