1. Pelaburan ASB
Sumber Imej: URUSKEWANGAN.COM
Bagi yang ada akaun ASB, korang sebenarnya tak perlu dah beratur panjang kat pejabat pos atau bank untuk buat pelaburan korang. Apa yang menarik lagi, ada 2 cara yang korang boleh lakukan untuk simpan wang korang di dalam akaun ASB.
Cara pertama, korang boleh gunakan ejen ASB dengan online banking:
Lagi satu cara ialah melalui portal atau aplikasi myASNB. Jangan risau, takde apa-apa caj tambahan dan memang sangat mudah! Jumlah simpanan korang dalam ASB juga akan terus dikemaskini, tanpa perlu guna sistem yang ambik masa 3 hari bekerja untuk proses kemaskini.
2. Cukai tanah/pintu
Sumber imej: webpdt.kedah.gov.my
Haaa… sebut sahaja urusan pasal hartanah, pasti korang bayangkan proses pembayaran yang leceh dan perlu dilakukan di pejabat tanah sendiri, sedangkan korang bekerja pada waktu pejabat!
Sekarang, cukai tanah dan pintu pun boleh dibayar online. Tak perlu bersusah payah lagi untuk cari masa ke pejabat tanah untuk selesaikan cukai yang tertunggak.
Bagi bayaran cukai tanah/pintu ini, bayaran perlu dibuat melalui pejabat tanah negeri masing-masing. Jadi korang kena pergi ke laman web/portal tanah bagi negeri korang sendiri ye! Dah tahu cara nak bayar tu, jangan buat-buat lupa pulak untuk tunaikan tanggungjawab korang sebagai pembayar cukai.
3. Insurans motor/roadtax
Bila insurans motosikal/kereta dan road tax dah expired, time tu pulak lalu depan abang JPJ. Nak pergi renew tak ada masa pulak nak selit sebab sibuk dengan kerja. Jangan nak serabut kepala, Loanstreet ada tawarkan kepada korang penyelesaian yang lebih mudah, dan semestinya boleh buat online je!
Dekat sini, korang boleh beli atau renew insurans motosikal/kereta dan jugak road tax. Jadi korang boleh buat ni, tanpa perlu nak cari parking, beratur panjang, tunggu giliran sebab semuanya di hujung jari dan boleh buat sambil korang lepak kat rumah pun!
Tak tahu macam mana nak buat? Admin share kat korang macam mana cara nak buat step by step dekat bawah ni!
Sekarang Boleh Beli/Renew Insurans Motosikal & Road Tax Online!
4. Cukai pendapatan
Sebut sahaja pasal cukai pendapatan, jangan ada yang buat-buat tak tahu pulak, nanti ada lembaga yang mengejar (Lembaga Hasil la!). Dah kena kejar, baru terkial-kial nak membayar. Jangan jadikan alasan pulak - pejabat jauh la, tak ada pengangkutan nak pergi, tak ada masa la, sebab sebenarnya, cukai pendapatan pun korang boleh bayar online tau!
Yang bestnya, bayaran secara online ni jugak boleh dilakukan dengan bayaran melalui kad kredit tau! Jadi jangan sampai tunggakan cukai dah banyak, baru nak langsaikan, dan jadikan alasan proses nak bayar susah pulak ye! Klik link ni untuk tahu lebih lanjut mengenai sistem pembayaran bagi cukai pendapatan online ni!
Nak panduan tentang cukai pendapatan yang lain? Admin kongsikan dekat bawah untuk korang semua!
- 5 Fakta Tentang Cukai Pendapatan Yang Korang Mungkin Tak Tahu
- 5 Cara Untuk Mendapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan
- Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! INI Cara Nak Elakkan
5. Bil utiliti
Sumber imej: Hong Leong Bank
Sebut sahaja bil utiliti, benda tu mesti sudah menjadi kewajipan dan komitmen bulanan. Nak pergi bayar bil ke pejabat pos, pastinya leceh dan membosankan. Korang tahu tak, sebenarnya korang boleh bayar bil utiliti tu tanpa bersusah payah dengan proses yang leceh.
Tak kesah lah bil air ke, Astro ke, Unifi ke, postpaid ke, korang boleh gunakan sistem JomPay di online banking dengan memasukkan no akaun dan maklumat yang diperlukan.
Bagi bil elektrik pulak, korang boleh gunakan aplikasi myTNB. Nak bayar guna JomPay pun boleh, tapi aplikasi khas dari TNB ni membolehkan korang untuk memantau juga penggunaan elektrik bulanan korang.
Bayar, jangan tak bayar...
Banyak lagi perkara sebenarnya yang korang boleh lakukan secara online je. Jadi apa alasannya lagi untuk korang menguruskan kewangan peribadi korang dengan baik?Dapatkan lebih banyak lagi alat kewangan yang korang boleh gunakan di Loanstreet secara online bagi membantu pengurusan kewangan peribadi korang dengan lebih baik!