Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

COVID-19: Impak Kepada Hasil Pendapatan Negara

BY Nuris

Updated 19 Mar 2020





Korang tahu tak yang impak wabak Covid-19 ni bukan perkara yang boleh dibuat main tau!  Satu dunia sekarang ni terkesan dengan wabak ni, tengok jela keadaan ekonomi yang semakin merundum dan ramai jugak pihak yang terjejas. 

Dah berminggu-minggu kita semua disajikan dengan kejatuhan pasaran saham dunia termasuklah Bursa Malaysia yang mengalami kejatuhan nilai mata wang ringgit dan diburukkan lagi dengan krisis harga minyak mentah global yang jatuh ke paras paling endah tahun ni. 

Tapi korang tahu tak yang impak Covid-19 ni sebenarnya baru je bagi ‘salam perkenalan’ dekat negara kita. Kalau kita masih leka dan alpa, tak mustahil impaknya akan lebih dahsyat daripada krisis ekonomi 2008 dan 1998 dulu.  

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Sebelum tu, korang fahamkan dulu Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 ni...


Sumber imej: Astro Awani

Kalau korang pernah baca dan dengar pasal Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang mantan PM ke-7 kita umumkan haritu, korang akan dapat tengok setiap inci pakej tu  khusus untuk merangsang ekonomi domestik kesan daripada wabak Covid-19 ni. 

Rangsangan ni datang dari suntikan dana dan sama macam apa yang mantan PM ke-6 kita pernah buat dulu masa tahun 2008,  iaitu Inject cash slowly & steady dekat poket rakyat dan jugak pasaran supaya pendapatan isi rumah meningkat. So, bila pendapatan isi rumah ni meningkat, korang akan rajin pergi shopping walaupun dekat kedai runcit. 

Jadi bila 15 juta tenaga kerja kat Malaysia ni pergi shopping, sektor peruncitan akan dapat income dan dorang akan bayar cukai korporat dekat kerajaan. Kerajaan pulak akan ada hasil pendapatan negara yang mana hasil ni semualah  yang akan bayar gaji penjawat awam, bayar kontraktor yang ada puluhan ribu pekerja dan bantu gerakkan ekonomi negara. 


Besar ke impak COVID-19 ni?


Sumber imej: Foreign Policy Research Institute

Sekarang ni mesti korang dah nampak kan impak wabak ni dekat hasil pendapatan negara.  Ok… macam ni lah kalau korang masih tak faham, sekiranya wabak ni masih lagi berterusan tanpa pelan pencegahan dan rangsangan yang mampan, mesti rakyat akan terus takut untuk keluar berjalan-jalan atau beli barangan keperluan harian.  Bila dah jadi macam ni, peruncit akan rugi sebab customer takde dan pemborong – pengimport barangan ke pasaran tempatan pun dah takde job sebab peruncit masih ada banyak stok yang tak terbeli. 

Sebagai contoh, pekerja Malaysia Airlines (MAS)  disarankan oleh majikan untuk ambil cuti tanpa gaji selama tiga bulan disebabkan wabak covid-19 ni. Ni tak termasuk dengan sektor hiliran dekat  kampung-kampung seperti pengusaha homestay, industri makanan macam  keropok lekor, penarik beca, penjual cenderamata dan lain-lain yang mana sales dorang teruk.


Sumber imej: Free Malaysia Today

Kerajaan pun baru je umum Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah kawalan pergerakan ni termasuklah larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.


Hilang Hasil Pendapatan RM51 BILION? 

Ekosistem akhir yang rosak adalah bila negara akan kehilangan hasil pendapatan. Kehilangan hasil ni bukan sikit weh, kerajaan anggarkan negara akan kehilangan hasil pendapatan sebanyak RM51 bilion akibat covid-19 dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara akan terus menjunam tahun ni. Kalau korang nak tahu, hasil negara berkait rapat dengan KDNK negara. 

Makin rendah KDNK, makin rendahlah hasil pendapatan negara. RM51 bilion tu bukan sikit, banyak weh! Korang bayangkan betapa banyak program pembangunan yang kerajaan terpaksa tangguhkan sebab wabak ni. Macam mana pulak dengan kontraktor pembersihan sekolah, kontraktor bangunan kerajaan, kontraktor IT kerajaan yang akan tertangguh bayaran perkhidmatan kalau perkara makin serius? Dan yang paling sedih, berapa ramai pekerja yang akan hilang pekerjaan dan pendapatan sebab wabak ni?



Situasi ni bertambah buruk bila mana negara bergantung kepada hasil petroleum selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan pada tahun 2018 dulu. Dulu kerajaan perkenalkan GST sebab nak tampung kelompongan hasil cukai petroleum yang dah tak stabil sebab ada lambakan stok minyak mentah global oleh OPEC, AS dan Russia. Lepas tu bila kerajaan perkenalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), hasil berkurangan dalam RM20 bilion.  

Tak dapat dinafikan yang cukai petroleum ni banyak berjasa dekat negara tapi hasilnya tak  berterusan. Admin ada semak laporan tahunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dan pada tahun 2013, sumbangan hasil cukai petroleum adalah sebanyak RM29.7 bilion. Tapi angka ni menurun kaw-kaw kepada RM8.4 bilion pada tahun 2016 sebab krisis minyak mentah global yang takde penghujungnya. Sebab tu, PM ke-8 berkira-kira nak perkenalkan semula GST dengan kadar yang rendah supaya impak Covid-19 ni dengan kejatuhan harga minyak mentah dapat diseimbangkan semula.


Habistu, apa yang patut kita buat?


Sumber imej: The Malaysian Reserve

Buat masa ni kerajaan akan inject cash dekat pasaran dan poket rakyat macam style dulu-dulu. So rakyat akan ada household income lebih yang boleh dorang spend dekat kedai-kedai dan shopping mall. Bantuan kerajaan tu seperti: 
  • Bantuan kewangan bulanan sebanyak RM600 kepada pekerja atas cuti tanpa gaji.
  • Diskaun 15% ke atas caj elektrik bagi sektor yang terjejas oleh Covid-19, termasuk pelancongan.
  • Pengguna elektrik komersil dan domestik lain mendapat diskaun 2%.
Korang kena ingat yang wabak ni masih belum reda dan sebab tulah rakyat takut  untuk keluar membeli belah. Jadi apa yang patut korang buat adalah stay calm dan duduk je dekat rumah buat sementara ni. Bila wabak ni reda, cash yang korang ada tu kalau boleh korang gunakan sebaiknya supaya dapat bantu pasaran dan ekonomi negara bergerak pada paksinya.

Jangan burukkan lagi keadaan dengan pergi melancong atau melencong dekat negara-negara yang ada high risk sebab korang akan bawak balik penyakit tu. Buat masa ni, sama-samalah kita bantu negara dengan ikut apa yang telah diarahkan oleh kerajaan. Semua ni untuk kebaikan bersama jugak tau! Jangan lupa bayar income tax jugak tau! 

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia