Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Penjelasan GST Di Malaysia

BY Team Loanstreet

Updated 06 Dec 2022




Dalam ucapan Bajet 2014, pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mungkin merupakan topik yang paling diberi perhatian. Cukai ini akan diperkenalkan pada April 2015, ia akan menggantikan Cukai Jualan (10%) dan Cukai Perkhidmatan (6%). Dalam sistem GST, kebanyakan barang dan perkhidmatan (kecuali barang keperluan asas) akan dikenakan kadar cukai sebanyak 6% pada setiap peringkat rantaian bekalan. Kini, timbulnya satu soalan pada fikiran semua orang – Apakah akan terjadi dalam kehidupan kita selepas pelaksanaan GST?

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Bagi mengenal pasti kesan yang paling berkemungkinan besar, kita mestilah memahami  jenis – jenis GST dan mekanismanya.

Jenis GST

Terdapat tiga jenis GST yang akan dilaksanakan dengan cara yang berbeza ke atas barangan dan perkhidmatan tertentu. Ini akan ditunjukkan seperti yang di berikut:

I.GST Berkadar “Standard”

Semua barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori ini akan dikenakan  dengan kadar cukai GST yang sebanyak 6%. Cukai GST akan dikenakan ke atas penggunaan barangan dan perkhidmatan pada setiap peringkat rangkaian bekalan. Ini bermakna bahawa terdapatnya  cukai input dan cukai output dalam sistem GST Berkadar “Standard”. Selain itu, setiap pihak (kecuali pengguna akhir) dalam rangkaian bekalan boleh menuntut semula cukai input mereka (GST) dan ini akan mengelakkan pertindihan dalam cukai. Walau bagaimanpun, pengguna akhir adalah tidak dibenarkan untuk menuntut semula GST. Oleh itu, pengguna akhir perlulah menanggung seluruh bebanan cukai. Contoh barangan dalam kategori ini ialah baju, kereta, dan buah-buahan. Berdasarkan gambar rajah berikut, anda akan lebih memahami tentang bagaimanakah GST Berkadar “Standard” dilaksanakan:

GST Berkadar "standard"

 

II.GST Berkadar Sifar

Barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori ini akan dikenakan dengan 0% GST. Ini bermakna GST tidak akan dikenakan terhadap pengguna akhir. Namun, entiti perniagaan BOLEH menuntut semula cukai input mereka. Contoh barangan dalam kategori ini ialah makanan asas (daging, ikan dan minyak masak) dan 200 unit pertama elektrik pada setiap bulan.  Gambar rajah berikut menunjukkan bagaimanakahGST Berkadar Sifar dilaksanakan, dengan andaian produk akhir merupakan barangan dalam kategori GST Berkadar Sifar tetapi bahan-bahan mentahnya adalah dalam kategori GST Berkadar “Standard”:

GST Berkadar Sifar

III.GST Berkadar Pengecualian

Barangan dan perkhidmatan yang berada dalam kategori ini tidak akan dikenakan cukai dan tidak tertakluk kepada GST pada peringkat output (peringkat di mana barangan dijual kepada pengguna akhir). Ini bermakna GST tidak akan dikenakan terhadap pengguna akhir. Entiti perniagaan, terutamanya pihak terakhir dalam rantaian bekalan (sebelum pengguna akhir) TIDAK BOLEH menuntut semula kredit cukai input mereka walaupun mereka mungkin dikenakan dengan GST ketika pembelian input. Contoh barangan dan perkhidmatan dalam kategori ini ialah harta kediamandan perkhidmatan kesihatan. Berdasarkan gambar rajah berikut, anda akan lebih memahami tentang bagaimanakah GST Berkadar Pengecualian dilaksanakan:

GST Berkadar Pengecualian

 

Kesimpulan

GST ialah sejenis cukai progresif yang akan menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan di Malaysia pada masa yang akan datang. Kefahaman dalam mekanisme GST akan membantu kita untuk menilai kesan GST terhadap kehidupan kita dengan lebih baik, dan bersedia untuk menghadapinya. Akhir sekali, jika anda ingin mengetahui bakal kesan GST pada harga hartanah kediaman dan pinjaman rumah, sila merujuk kepada Penjelasan Loanstreet mengenai bagaimanakah GST akan mempengaruhi harga hartanah kediaman.

Artikel ini ditulis dalam kerjasama dengan YYC Advisors. YYC Advisors ialah sekumpulan akauntan bertauliah profesional, pakar cukai dan perunding perniagaan/GST. Mereka menyediakan latihan GST untuk perniagaan yang bersedia untuk GST. Mereka menyediakan maklumat yang kompleks tetapi mudah untuk difahami oleh para peniaga. Untuk maklumat lanjut, sila merujuk kepada YYC Advisors.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Panduan lengkap cukai pendapatan 2023

Panduan Lengkap Cukai Pendapatan 2024 (Taksiran 2023)

pelepasan cukai pendapatan 2023

8 Cara Untuk Dapatkan Lebih Banyak Pelepasan Cukai Pendapatan (Taksiran 2023)

Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN! Jom Baca Untuk Faham Cara Nak Elakkan

INI Cara Nak DECLARE Income. Jangan Sampai Kena Denda 300% Dengan LHDN!