1. Sistem eKasih 2021
Sumber Imej: Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU).
Sistem eKasih adalah Bank Data Kemiskinan Nasional (pangkalan data keluarga miskin peringkat nasional) golongan B40 - dia bukan satu program. Tujuan bank data keluarga miskin ni adalah untuk membantu, merancang, melaksanakan dan memantau program kemiskinan.
Kiranya, dia simpan maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan dari awal permohonan bantuan sampailah proses peneriman bantuan. Sistem ni ambik tahu jugak tahap keberkesanan program/bantuan yang diterima. Antara info yang disimpan adalah:
- maklumat asas KIR dan AIR
- maklumat lokasi dan kediaman
- pendidikan, kemahiran dan pekerjaan
- pemilikan harta
- kesihatan
- pendapatan serta panduan
Apa ciri-ciri eKasih?
- semakan status kemiskinan secara atas talian (online)
- penyelarasan maklumat bantuan
- pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- pengiraan status kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan PGK
- penjanaan laporan dan statistik kemiskinan
- pemantauan kemiskinan
Untuk memohon eKasih, korang perlu...
… merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN). malangnya, permohonan kena buat secara manual (tak boleh daftar online!). Permohonan korang jugak bergantung kepada syarat permohonan - hanya golongan berpendapatan bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 layak dibanci.
Sumber Imej: Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU).
Selepas korang buat permohonan kat portal rasmi eKasih, ada empat status yang korang kena take note:
- Disahkan – telah dibanci
- Disemak – dalam proses banci
- Ditolak – tidak layak dibanci
- Baru/ daftar terbuka – permohonan baharu
Antara jenis-jenis bantuan eKasih adalah:
- Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
- Bantuan eKasih untuk ibu tunggal dan warga emas
- Bantuan eKasih OKU
- Bantuan anak yatim
- Bantuan eKasih persekolahan
- i-SURI KWSP (KWSP suri rumah)
- MYTV percuma
- Bantuan Khas Bakul Makanan JKM
2. Program Perumahan Rakyat (PPR)
Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah usaha gomen untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat tinggal untuk golongan B40 - di bawah Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kerajaan Tempatan.
P/s: Rumah PPR dan rumah PPRT bukan jenis perumahan yang sama. Dia ada perbezaan dari segi bantuan dan syarat-syarat kelayakan.
Berikut merupakan ciri-ciri rumah PPR:
- Kawasan bandar besar – rumah tingkat 5 hingga 18
- Kawasan pinggir bandar – rumah teres
- Keluasan – tidak kurang daripada 700 kps
- Binaan 3 bilik tidur, 1 ruang tamu, 1 ruang dapur dan 2 bilik air
- Ada kemudahan asas seperti
- dewan komuniti/ruang orang ramai
- surau/ruang solat
- gerai makan/ruang niaga
- tadika
- kemudahan OKU
- taman permainan/kawasan lapang
- rumah sampah
Kalau nak tahu, jenis projek PPR ada PPR Disewa & PPR Dimiliki
Pertama, Projek PPR Disewa adalah untuk disewakan kepada mereka yang bergolongan B40 dan yang pernah duduk di rumah setinggan. Mereka hanya perlu membayar sebanyak RM124 sebulan.
Yang lainnya dengan Projek PPR Dimiliki adalah untuk kasi golongan B40 peluang untuk ada rumah sendiri. Harga rumah PPR seunit adalah RM35,000 untuk yang di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 di Sabah dan Sarawak.
Jangan risau, semua rumah yang dibina under kedua-dua program ni ikut spesifikasi perancangan dan rekabentuk perumahan kos rendah yang dah ditetapkan oleh Standard Perumahan Kebangsaan Bagi Perumahan Kos Rendah Rumah Pangsa.
Apa je syarat-syarat kelayakan untuk apply rumah PPR?
Asalkan korang ikut kriteria bawah ni, no problem. Antaranya adalah:
- warganegara Malaysia
- berumur 18 tahun ke atas
- pendapatan isi rumah bulanan bawah RM3,000
- Takde rumah lagi
- ikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri masing-masing
Camne nak apply rumah PPR?
Senang je - proses permohonan rumah PPR adalah bawah Kerajaan Negeri/Lembaga Perumah Negeri/Pihak Berkuasa Tempatan. Korang hanya perlu tengok senarai projek rumah PPR kat TEDUH dan apply online kat Sistem Pengurusan Perumahan Negara.
Atau, korang boleh contact alamat-alamat berikut untuk maklumat lanjut:
- Rumah PPR Perlis
- Rumah PPR Kedah
- Rumah PPR Pulau Pinang
- Rumah PPR Perak
- Rumah PPR Selangor
- Rumah PPR Negeri Sembilan
- Rumah PPR Melaka
- Rumah PPR Johor
- Rumah PPR Terengganu
- Rumah PPR Kelantan
- Rumah PPR Pahang
- Rumah PPR Kuala Lumpur (KL)
- Rumah PPR Sabah
- Rumah PPR Sarawak
Selepas apply, korang boleh semak status rumah PPR online kat Sistem Smart Consent (SMAC) atau Sistem Permohonan Kebenaran Pindah. Haa… kan senang je?
3. Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)
Untuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), dia adalah bantuan yang disediakan oleh gomen untuk pastikan keluarga miskin dan miskin tegar dapat bina atau renovate rumah mereka. Dapat lah diorang ada tempat tinggal yang selamat dan selesa.
In case korang tak tahu, Program PPRT adalah sebahagian daripada teras utama Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11). Ni adalah usaha gomen untuk basmi kemiskinan luar bandar dan pastikan golongan miskin dan miskin tegar dapat teruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR).
Ada dua jenis bantuan rumah PPRT
1. Rumah Bina Baharu
Rumah PPRT Bina Baharu di Johor. Sumber: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Bantuan pembinaan rumah baharu akan diberikan pada mereka yang belum ada rumah. Kemungkinan jugak rumah yang diorang duduk dah terlalu uzur dan dah tak selamat. Duit kos naik baiki pun lebih banyak dari buat baru (tak berbaloi langsung!).
2. Rumah Baik Pulih
Rumah PPRT yang dibaik pulih. Sumber: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA).
Untuk kategori Baik Pulih, bantuan akan diberikan dalam tiga bentuk seperti:
- penyelenggaraan
- penambahbaikan; dan
- requisition;
- bantuan ni hanya libatkan komponen asas rumah (rujuk Lampiran A bagi yang boleh).
- guna bahan binaan yang sama/setara dengan dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.
Antara syarat-syarat kelayakan rumah PPRT adalah...
Seperti korang sedia maklum, rumah PPRT hanya untuk KIR miskin tegar dan miskin (ikut PGK semasa!). Nak tak nak, kena lah memenuhi kriteria berikut:
- disahkan sebagai miskin tegar/miskin yang berdaftar dengan Sistem eKasih atau
- diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri atau
- diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan atau
- diperaku oleh jawatankuasa di peringkat kementerian
Berikut pula merupakan syarat-syarat permohonan untuk setiap kategori bantuan PPRT:
Syarat Bantuan Rumah Bina Baharu | Syarat Bantuan Bina Rumah Baik Pulih |
---|---|
Takde rumah | Rumah pemohon dah uzur/rosak |
Rumah terlalu uzur & tak selamat untuk tinggal | Dapat kebenaran baik pulih kalau tumpang tanak milik orang/milik sebahagian/gomen dengan hantar Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti Lampiran B |
Kos mahal untuk dibaiki | - |
Ada tanah sendiri sama ada pemilikan penuh/sebahagian atau dapat kebenaran guna tanah dari Tuan Tanah (ada pertalian darah!). Kena guna Borang Kebenaran Menggunakan Tanah seperti Lampiran B | - |
Cuma, kena ingat. Walaupun korang dah penuhi kriteria-kriteria yang ada, kelebihan dan keutamaan akan diberikan kepada:
- warga emas
- orang kurang upaya (OKU)
- ibu/bapa tunggal yang ada tanggungan ramai
- mangsa bencana berskala kecil
- keutamaan jugak diberikan pada negeri-negeri dan daerah yang ada kadar kemiskinan tegar yang tinggi
Apa kadar bantuan & peruntukan gomen untuk pemohon PPRT?
Dari tahun 2019 dan 2020, gomen dah memperuntukkan RM464.194 juta bagi program PPRT. Kadar bantuan akan diberikan seperti berikut:
Jenis Rumah | Lokasi | Jenis & Senarai Bantuan |
---|---|---|
Rumah Bina Baharu | Semenanjung Malaysia | Rumah 3 bilik berkeluasan 660kps bernilai RM56,000 |
Rumah Bina Baharu | Sabah, Sarawak & W.P. Labuan | Rumah 3 bilik berkeluasan 660kps bernilai RM68,000 |
Rumah Baik Pulih | Semenanjung Malaysia | Kos baik pulih RM13,000 |
Rumah Baik Pulih | Sabah, Sarawak & W.P. Labuan | Kos baik pulih RM15,000 |
Kalau berminat, boleh mohon rumah PPRT dengan cara ni...
Manual ataupun secara online! Untuk apply online, korang boleh ke Sistem Pengurusan Perumahan Negara. Hanya perlu isi pendaftaran dan proceed dengan proses permohonan. Kalau secara manual, kena lah download borang permohonan rumah PPRT (Borang Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) & Borang Kebenaran Tanah).
Tapi, admin tak sarankan korang apply secara manual. COVID-19 kan, duduk je rumah diam-diam. Kalau boleh buat online, tak yah menggatal nak buat secara manual. Melainkan bebetul perlu je macam korang takde komputer/laptop kat rumah.
Kalau korang nak buat pinjaman perumahan dari bank pun takde masalah. Yang penting, semua dokumen cukup. Kalau nak lebih senang, boleh cuba dapatkan Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan dari Loanstreet ni - dari 17 bank dan tak sampai 5 minit pun!
Selamat memohon!
BACA JUGAK:
- Pinjaman Perumahan Kerajaan (LPPSA): 7 Soalan Patut Tanya
- Nak Buat Rumah Sendiri? Apply Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR)
- Pembiayaan Rumah Patuh Syariah: Apa Benda Tu?
Artikel ini diolah semula dari artikel “Rumah PPR, PPRT dan Sistem eKasih: Cara memohon dan syarat kelayakan” yang diterbitkan kali pertama di iProperty.com.my.