Korang mesti curious kan kenapa pembaharuan garis kemiskinan ni cam penting…
Kalau nak tahu…
Pada tahun 2019, wakil UN kritik negara kita sebab rate kemiskinan yang sangat rendah. Ya lah, 0.4% kot kalau nak dibandingkan dengan 49% pada tahun 1970. Dia cam sikit sangat ke orang miskin kat negara kita ni,kan?
Basically, UN kata yang rate kemiskinan sebelum ni tak menggambarkan realiti yang sebenar. Dengan garis kemiskinan yang baru ni, rate kemiskinan yang baru adalah 5.6%. Jauh betul beza dia!
BACA JUGA: 4 Tabiat Buruk Yang ROSAKKAN Kewangan Peribadi Korang
So, bila rate kemiskinan tak dapat nak gambarkan realiti yang sebenar, segala keputusan yang kerajaan buat cam takde function. Dia cam korang nak buat sistem baru tapi tak consider semua orang yang terlibat. In a way kan, dengan garis kemiskinan yang baru ni, dapatlah kerajaan plan betul-betul camne nak selesaikan isu kemiskinan negara kita.
BACA JUGA: Azam Tahun Baru Nak Menabung? Nah, 7 Idea Untuk Menyimpan
Apa yang lain dengan garis kemiskinan yang baru?
Berdasarkan laporan MyMetro, garis kemiskinan yang baru ni ikut keperluan semasa yang betul-betul tekankan pengambilan makanan optimum dan keperluan asas bukan makanan yang lebih berkualiti. Sebelum ni, garis kemiskinan dikira ikut metodologi tahun 2005 yang jadikan keperluan asas untuk isi rumah hidup sihat dan aktif sebagai penanda aras. Kiranya, sekarang ni, kerajaan tukar benchmark dari ‘minimum’ ke ‘optimum minimum’.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed kata kerajaan ambil kira jugak peningkatan kualiti barangan makanan ikut piramid makanan. Sebab ni lah kena selaras dengan aktiviti fizikal harian dan kehidupan yang sihat. Ni admin kasi contoh, daripada guna harga makanan yang biasa tapi tak sihat, kerajaan akan guna harga barang yang lebih sihat.
Sumber: MyHealth
Lagi satu, kerajaan dulu tak include pun barang-barang ni tapi sekarang kena consider. Ini sebab barang-barang ni dah jadi keperluan asas bukan makanan. Contoh dia cam handphone, data Internet dan macam-macam lagi.
Korang mesti tertanya-tanya jugak kan, ada cara lain ke nak kira garis kemiskinan ni? Rupanya, boleh jugak kira kemiskinan ni dari pelbagai aspek lain yang tekankan kualiti hidup seperti kesihatan, pendidikan, perumahan, taraf hidup dan lain-lain. Kalau keluarga tuh takde akses untuk aspek-aspek ni, kiranya diorang tergolong dalam golongan tak mampu lah kan.
So, apa je impak dari update garis kemiskinan yang baru ni?
Antaranya adalah...
1. Menambah baik polisi negara
Bila garis kemiskinan dah baru, polisi-polisi negara kenalah follow, kan? Oleh sebab tuh, Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa bagitau yang kerajaan akan merangka strategi baru yang antaranya adalah Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan di announce tahun 2021. Begitu juga dengan bajet 2021 yang akan diumumkan nanti.
Kiranya kan, segala polisi-polisi yang kerajaan akan keluarkan lepas ni, kena consider garis kemiskinan yang baru. Lagi-lagi polisi negara yang melibatkan orang-orang marhaen cam kita semua ni. Baru lah boleh kata yang no one left behind...
2. Tingkatkan gaji minimum
Sumber: MySumber
Hah, mesti tengah tengok korang kat kumpulan yang mana kan? Takpe, admin pun buat benda sama tadi.
Had pendapatan isi rumah pun automatik berubah bila garis kemiskinan naik. Had pendapatan kumpulan B40 sekarang ni adalah RM4,850. Kiranya, gaji untuk kumpulan paling rendah sekali (B10) adalah kurang dari RM2,500 tetapi kan gaji minimum kita baru RM1,200. So, camne tuh?
Nak tak nak, kerajaan kena lah naikkan gaji minimum lepas ni. Persoalannya sekarang, kita tak tahu bila kerajaan akan naikkan gaji minimum. Ada kemungkinan jugak yang kerajaan tak naikkan. Kita, rakyat marhaen ni tunggu je lah...
Cuba bayangkan, total gaji pasangan suami isteri yang baru berkahwin adalah RM2,700. Tolak-tolak, total gaji bersih dapat bawah RM2,500. Jujur lah, korang rasa dapat ke diorang survive?
BACA JUGA: Gaji Asyik Habis Je Tiap Bulan? Ketahui Apa Puncanya!
Konklusinya kan...
Jauh lagi sebenarnya perjalanan negara kita nak hapuskan masalah kemiskinan ni. Banyak benda yang kita kena improve. Dan, isu ni perlukan kerjasama dari semua pihak cam kerajaan dan pihak majikan. Kalau kerajaan naikkan gaji minimum tapi syarikat tak follow, apa function?
Harap-harap, negara kta dapat selesaikan isu kemiskinan ni dalam beberapa tahun akan datang. Lagi-lagi, negara kita tengah otw nak jadi negara maju. Apa guna negara kita maju tapi rakyat masih terabai. Betul tak?
BACA JUGA: 5 Kesilapan Dalam Kewangan yang Selalu Dibuat pada Umur 20-an