1. SPNB ni syarikat apa sebenarnya?
SPNB adalah organisasi yang bertanggungjawab mengendalikan dan menyelaraskan skim RMR ni. Diorang ni adalah:
- Pemaju perumahan under kerajaan - syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
- Sediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan sejajar dengan Dasar Perumahan Negara
- Turut tawar projek Rumah Mampu Milik
- Bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
2. Kalau korang berminat nak apply, ni adalah syarat-syarat kelayakan skim RMR
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan bulanan seisi rumah tak lebih dari RM5,000
- Pemohon & pasangan takde rumah sendiri/atau ada rumah usang/tak sempurna
- Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan. Kalau pemohon bukan tuan tanah, kena ada kebenaran
- Keluasan tanah tak kurang daripada 3,600kps (ikut rekabentuk)
- Depends peruntukan kewangan
NOTA: Kalau korang berumur lebih dari 42 tahun, nak tak nak, kena ada pemohon kedua yang lagi muda. Sama jugak untuk pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau pulak, in case diorang berumur lebih dari 38 tahun, kena ada pemohon kedua.
3. Apa ciri-ciri program RMR korang kena tahu?
- Permohonan online kat laman web SPNB
- Hanya boleh bina rumah satu tingkat, tiga bilik tidur dan dua bilik air (tak boleh lebih!)
- Pihak SPNB akan uruskan & kutip pembayaran pinjaman, korang boleh buat kat kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui sistem JomPay
- Dokumen pinjaman dan sekuriti akan diuruskan oleh firma guaman yang berdaftar dengan SPNB
- Pelaksanaan projek pulak akan dilakukan oleh Kontraktor G1-G5 yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan merupakan pembekal utama produk
- Caj pengurusan pinjaman sebanyak 2%
- Kalau pemohon meninggal dunia dan ada insurans; pinjaman akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans. Kalau takde insurans pulak, pemohon kedua/tuan tanah/pewaris akan takeover pembayaran bulanan.
- Cuma, pelaksanaan produk ni dijalankan ikut kategori kawasan seperti berikut:
Perkara | Semenanjung Malaysia | Pulau @ Semenanjung Malaysia | Sabah/Sarawak/Labuan |
---|---|---|---|
Kerluasan rumah (tertakhluk pada reka bentuk) | 1,000kps | 850kps | 750kps |
Kelulusan tanah | 3,600kps | 3,400kps | 3,200kps |
Harga (RM) | 75,000 | 85,000 | 75,000 - 106,500 |
Jumlah pinjaman (RM) | 55,000 | 65,000 | 55,000 - 86,500 |
Jumlah anggaran ansuran bulanan (RM) | 300 | 352 | 300 - 471 |
P/s: Selepas korang apply, akan dapat maklum balas dalam tempoh 3 bulan. Kelulusan pulak dibuat depends peruntukan kewangan tahunan semasa (ada limit!). Untuk tempoh pembinaan rumah, tempoh maklum balas adalah 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong/perjanjian.
4. Korang boleh pilih ke reka bentuk rumah RMR ke?
Jawapannya... boleh tapi pilihan limited lah. Tak payah risau, SPNB ada tawarkan rekaan rumah lebih kontemporari. Boleh tengok gambar-gambar bawah ni untuk tahu rekaan terbaru rumah RMR:
Reka bentuk 1:
Reka bentuk 2:
Reka bentuk 3:
Boleh pilih antara ni, asalkan...
- Tuan untuk tapak tanah mesti hidup dan kasi kebenaran (so takde halangan bila daftar gadaian)
- Boleh guna tanah yang ada ramai pemilik asalkan semua masih hidup dan beri persetujuan
5. Apa cara untuk mohon RMR?
Permohonan RMR boleh dibuat dengan cara-cara berikut:
- Layari laman web Rumah Mesra Rakyat (RMR)
- Klik permohonan dan buat permohonan baru. Isi borang pendaftaran dengan lengkap
- Kata laluan akan dihantar kat pemohon
- Guna LoginID (emel) dan kata laluan yang korang dapat untuk buat permohonan RMR
- Isi maklumat ke dalam sistem
- Klik ‘Selesai Pendaftaran Borang’ dan ‘Cetak Borang’
- Hantar borang sekali dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan
NOTA: Boleh jugak apply secara manual dengan isi Borang Permohonan RMR di Cawangan SPNB dan hantar balik ke SPNB selepas selesai. Tapi kalau nak selamat, duduk je lah kat rumah!
Haa, korang jangan lupa sekalikan dokumen-dokumen ni bila apply RMR:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
- Salinan kad pengenalan tuan tanah
- Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
- Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
- Slip gaji terkini (3 bulan)/surat akuan sumpah pendapatan/surat pengesahan pendapatan pemohon/pemohon kedua*
- Surat akuan sumpah/surat pengesahan tak milik rumah atau milik rumah usang*
- Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
- Salinan sijil nikah pemohon
- Borang laporan tapak bergambar
- Surat Pengesahan pendapatan/tak milik rumah/milik rumah usang (kena ada pengesahan dari Penghulu/Ketua kampung/Pegawai Profesional Kelas A!)
- SPNB berhak untuk request dokumen tambahan (ikut keperluan dari semasa ke semasa)
6. Kena tahu jugak tanggungjawab korang (pemohon) yang tak diuruskan oleh pihak SPNB
INGAT: SPNB hanya bertanggungjawab dalam proses bina rumah je. Hal-hal lain cam sediakan tapak bina, penyambung api & elektrik tu semua pemohon kena uruskan. Kiranya, SPNB hanya tolong hal construction je - bina rumah ikut spesifikasi yang dah ditetapkan.
Senang paham, ni memang tanggungjawab pemohon sendiri - SPNB tak ambik port:
- Ubahsuai yang berlaku tanpa pengetahuan SPNB adalah di bawah tanggungjawab pemohon (yang tak dipersetujui!).
- Isi & lengkapkan borang permohonan
- Sediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan (ikut spesifikasi!)
- Buat penyambungan bekalan utama ke bangunan
- Buat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)
Kalau korang perlu maklumat ekstra, boleh ke cawangan SPNB terdekat atau contact di:
- Hantar ke alamat: Syarikat Perumahan Negara Berhad, Tingkat 8, Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
- Call di talian: 03-2618 5555/03-2618 5556 (Talian Am)
- Hantarkan aduan ke: aduan@spnb.com.my/603-2681 0170
Sambil-sambil tu, manalah tahu kalau perlu buat pinjaman lagi, boleh compare dan pilih dari senarai pinjaman perumahan kat Loanstreet ni. Siap boleh dapat Laporan Kelayakan Pinjaman Perumahan lagi - percuma je.
Artikel ini diolah semula dari artikel “Nak bina rumah sendiri? Jom mohon Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB!” yang diterbitkan kali pertama di iProperty.com.my.
BACA JUGAK: