Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Cara Untuk Mendapatkan Rebat Tunai Ke Atas Sumbangan Takaful Motor Yang Tidak Digunakan

BY Team Loanstreet

Updated 12 Dec 2022




Kita sering menganggap insurans atau Takaful motor sebagai hanya satu keperluan komitmen kewangan, sama seperti membayar cukai atau pembayaran balik pinjaman perumahan.

Sehingga kini tidak disangkal akan kepentingan insurans dan Takaful di dunia hari ini untuk menguruskan risiko – risiko seseorang yang melibatkan kemalangan dan peristiwa di luar jangkaan; namun, tahukah anda bahawa bebanan kewangan dalam jangka masa yang panjang melalui penjimatan bukan hanya dari Diskaun Tiada Tuntutan “No-Claim Discounts” (NCD)?

Takaful mengembalikan lebihan wang yang tidak dituntut kepada peserta-pesertanya dalam bentuk penjimatan dan rebat tunai secara menyeluruh sekiranya tiada tuntutan dibuat. Di sini kami akan memberikan tumpuan tentang cara polisi  Takaful motor memulangkan peratusan sumbangan yang tidak digunakan kepada pemegang sijil.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Asasnya

Secara amnya Takaful motor, atau insurans motor berfungsi untuk melindungi anda daripada gantirugi kerosakan dan kerugian oleh pihak ketiga yang melibatkan kenderaan anda. Secara khususnya, kematian pihak ketiga, kecederaan anggota tubuh dan kerosakan harta benda akan ditanggung oleh polisi anda.dan bukan oleh anda sendiri.

Terdapat dua jenia polisi yang ditawarkan oleh Takaful motor:

  • Perlindungan Pihak Ketiga

Polisi yang minimum, yang paling asas di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ia melindungi anda terhadap kematian, kecederaan tubuh badan dan/atau kerosakan harta pihak ketiga, tetapi bukan untuk diri anda sendiri.

  • Perlindungan Komprehensif

Selain kerosakan harta pihak ketiga, polisi komprehensif juga turut melindungi kenderaan anda daripada kebakaran tidak sengaja, kecurian atau kemalangan.

Penjimatan

Sebagai insentif kepada pemilik kenderaan yang tiada tuntutan, mereka akan menikmati diskaun di bawah Takaful motor, sekiranya tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan dengan peningkatan setiap tahun. Tambahan pula, ganjaran Diskaun Tiada Tuntutan “No-Claim Discount” (NCD) boleh dipindah milik kepada kenderaan anda yang baru! Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah sekiranya anda membuat tuntutan ke atas kemalangan yang berpunca daripada kesalahan anda sendiri, NCD akan kembali semula kepada 0% menyebabkan anda perlu membina semula mata ganjaran anda.
 

Tempoh Takaful Diskaun
Selepas tahun pertama Takaful 25%
Selepas tahun kedua Takaful 30%
Selepas tahun ketiga Takaful 38.33%
Selepas tahun keempat Takaful 45%
Selepas lima tahun atau lebih Takaful 55%

Sumber: http://www.malaysiantakaful.com.my/Library/Consumer-Education-Series/News/Motor-Takaful.aspx

Bonus*

Selain daripada penjimatan di atas, oleh kerana tiada tuntutan dibuat apabila polisi Takaful motor anda tamat, maka ia melayakkan anda untuk sebahagian daripada lebihan dana Tafakul. Lebihan ini akan dibahagikan di antara anda, peserta-peserta dan pengendali Takaful di bawah konsep perkongsian lebihan  berdasarkan nisbah yang telah ditetapkan, yang juga dinyatakan dalam sijil Takaful anda. Perkongsian lebihan ini bergantung kepada prestasi kewangan dana Takaful tersebut. Berdasarkan andaian lebihan dana sebanyak RM4 juta dan sumbangan anda sebanyak RM1,000, pengiraan bagi syer lebihan adalah seperti berikut:

 

Nisbah perkongsian lebihan    =    Nisbah perkongsian yang telah dipersetujui sebanyak 50%

x lebihan sebanyak RM4 juta

_________________________________

Sumbangan umum sebanyak RM10 juta

                    =    20%

Lebihan yang boleh diagihkan kepada anda    =    Nisbah perkongsian lebihan

x RM1,000 (sumbangan anda)

                    =    RM200

Ini hanyalah satu contoh untuk menunjukkan bagaimana perkongisan lebihan berfungsi untuk peserta-peserta yang tidak mempunyai sebarang tuntutan semasa tempoh perlindungan. Sila ambil perhatian bahawa pengendali Takaful yang berlainan mungkin mempunyai kaedah pengiraan yang berbeza.

Situasi Menang Saksama

Memandangkan Takaful berfungsi atas dasar bantuan dan derma bersama, sebarang lebihan bernilai RM10 atau kurang sekiranya ia yang tidak dituntut oleh peserta akan disalurkan bagi tujuan kebajikan. Baru-baru ini sejumlah wang yang terkumpul telah disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan untuk membina semula rumah dan membeli keperluan asas. Dalam kata lain, samada anda memilih untuk menuntut bonus lebihan  atau tidak, wang tersebut tidak akan masuk ke dalam poket orang lain, akan tetapi boleh menjimatkan anda atau digunakan untuk tujuan amal.

Untuk keterangan yang lebih lanjut mengenai Takaful, sila layari http://www.malaysiantakaful.com.my. Jika anda lebih berminat untuk memgetahui tentang polisi insurans kereta atau insurans motorsikal, lawati halaman insurans kenderaan kami untuk mendapatkan sebut harga dengan serta-merta tanpa sebarang kos!


*Rebat, Mudharabah, Hibah adalah istilah umum yang diguna pakai oleh pengendali Takaful untuk menjelaskan tentang perkongsian lebihan.

 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Ejen Insurans Sebenarnya Tolong Korang atau Poket Sendiri?

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Insurans Perubatan: 6 Faktor Korang Kena Tengok Sebelum Pilih

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya

Soal & Jawab: 9 Soalan Tentang Insurans Hayat Yang Sering Ditanya