Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Adakah Korang Mempunyai Insurans Yang Lebih Atau Kurang?

BY Team Loanstreet

Updated 20 Aug 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Kita sering tanya diri sendiri soalan macam, ‘Polisi insuran hayat yang manakah paling sesuai untuk saya?’ ‘Berapa banyak insuran hayat yang saya perlu?’ 
 

Insuran hayat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita kerana ia memberi perlindungan dan juga menjamin keluarga kita akan mempunyai pendapatan bilakita meninggal dunia. Tidak ada sesiapa pun yang tahu apa yang akan jadipada masa depan. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.

 

Jadi, kalau korang still tak ada insuran hayat, korang bolehlah beli.
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Insuran hayat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita kerana ia memberi perlindungan dan juga menjamin keluarga kita akan mempunyai pendapatan jika kita meninggal dunia. Tidak ada sesiapa pun yang akan mengetahui dan menentukan apa yang akan berlaku pada masa depan. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.
 

Adakah korang terlebih insurans?





Kalau korang nak detect yang korang dah berlebihan apply insurans, tengok contoh situasi yang kami bagi. Andaikan korang nak perlindungan selama 30 tahun, dan pendapatan bulanan korang ialah RM 5,000. Korang bakal membeli insuran hayat yang membayar RM 1,800,000 untuk menggantikan kehilangan pendapatan korang.

 

Ini menunjukkan yang korang dah mempunyai insuran yang berlebihan kerana jumlah ini terlalu banyak. Hal ini disebabkantiga perkaraberikut:

 

  1. Keluarga korangkemungkinan besar kena berjimat dari segi perbelanjaan selepas kematian korang. Mereka mungkin akan kurang makan di luar dan jarang pergi membeli-belah untuk satu tempoh masa. Oleh itu, korangtidak memerlukan jumlah yang besar dari insuran koranguntuk mengantikan pendapatan korang.
     

  2. Pendapatan korangbukan sahaja digunakan untuk perbelanjaan dan membayar gadai janji sahaja, korangjuga menggunakan sebahagian pendapatan koranguntuk diri korang sendiri. Oleh itu, selepas korangmeninggalkan dunia, sebahagian duit itu dapat dijimatkan.
     

  3. Sebahagian daripada pendapatan korang mungkin dilabur, maka keluarga korangtidak perlu perbelanjaan itu. Tambahan pula, jika korangmempunyai pelaburan yang lain, korangtidak memerlukan insuran yang memberi pulangan yang besar kerana pelaburan korang juga boleh menolong keluarga korang dari segi kewangan.
     

Realitinya, korang kenalah mentaksir perbelanjaan keluarga korang dari masa ke masa untuk supaya korang dapat ramalkan jumlah perbelanjaan yang keluarga korang perlukan  selepas kematian korang.

 

Adakah korang tak cukup insurans?

 

Bayangkan kalau korang berada di dalam satu situasi yang susah dari segi kewangan tetapi korang masih sedar pasal kepentingan insuran hayat. Seterusnya korang kira perbelanjaan bilanan yang keluarga korang perlukan dan ambil keputusan untuk beli insurans cukup-cukup untuk tanggung perbelanjaan bulanan itu nanti. 

 

Tapi, korang kena sedar yang kos sara hidup kita akan berubah dan akan meningkat saban tahun. Inflasi juga mungkin akan kurangkan faedah yang korang boleh dapat daripada kematian korang, dan korang kena fikir juga pasal hutang pinjaman yang korang kena bayar balik tu. 

 

Kita tak boleh nak meramalkan apa yang akan berlaku pada masa yang akan datang. Oleh itu, korang kenalah sentiasa mengkaji semula polisi insuran hayat korang dari masa ke masa agar korang akan mempunyai perlindungan yang mencukupi.


 

Sebab-sebab orang mempunyai insuran yang berlebihan atau tidak mencukupi

 

Walaupun korang dah menganggar jumlah perlindungan insuran yang korang perlukandengan teliti, korang masih ada kemungkinan untuk mempunyai insuran yang berlebihan atau tidak mencukupi. Hal ini demikian kerana insuran hayat merupakan sesuatu yang rumit dan sering mengelirukan ramai orang. Marilah kita melihat apakah sebab-sebab ramai orang menjadi keliru dan mencegahnya.

 

  1. Polisi yang mengelirukan

    Insurans hayat yang datang dengan kad perubatan atau pelaburan biasanya ada perlindungan kematian yang rendah. Jadi, kalau korang dah ada pelaburan sendiri, korang boleh pilih insurans hayat asas yang korang betul-betul faham dan hanya bagi manfaat kematian je. 
     

  2. Kekurangan perancangan

    Ada orang beli insurans hayat semata-mata untuk cover pinjaman rumah je. Kalau berhasrat untuk beli banyak rumah pada masa depan dan ambil insurans hayat sementara hanya untuk pastikan keluarga korang boleh bayar pinjaman rumah, korang mungkin akan kurang insurans. Sebabnya, kalau korang beli lebih banyak hartanah lepas ni, manfaat kematian korang mungkin tak cukup untuk cover semua pinjaman.

    Selain tu, kalau polisi korang tamat tempoh dan korang masih nak dilindungi, premium akan jadi lebih mahal dan peluang untuk ditolak pun lebih tinggi sebab faktor umur dan kesihatan. Tapi, kalau korang beli Mortgage Level Term Assurance (MLTA), korang boleh alihkan polisi korang ke hartanah baru tanpa perlu buktikan kesihatan atau umur korang lagi sekali.
     

  3. Perspektif bahawa insurans hayat sangat mahal

    Ramai orang rasa insurans hayat ni mahal gila dan disebabkan itu mereka terus elak daripada beli insurans. Tapi, sebenarnya tak betul pun sebab ada je polisi insurans hayat dengan harga yang mampu milik.

    Insurans hayat sementara biasanya lebih murah berbanding insurans hayat seumur hidup yang biasa sebab dia hanya lindungi korang untuk tempoh tertentu, dan bila tempoh tu tamat, polisi korang pun tamat. 

    Kalau nak tahu lebih lanjut pasal ni, korang boleh baca kat sini.

 
  1. Perubahan dalam kehidupan

    Ramai orang sering mengubah cara kehidupan pada masa ke masa. Polisi insurans hayat korang juga patutlah berubah mengikuti cara kehidupan korang . Memandangkan kita tidak boleh meramalkan masa depan, korang kenalah sentiasa mengulas polisi insurans hayat korang untuk memastikan polisi insurans itu setanding dengan cara kehidupan korang. 


Korang bolehlah membaca artikel kami mengenai “Cara Untuk Mengulas Polisi Insurans Hayat Anda” dengan lanjut di sini.

 

Apa yang korang kena buat lepasni?




Untuk pembaca yang lebih muda, mungkin susah sikit nak tentukan berapa banyak insurans yang korang perlukan sekarang. Jadi, nasihat kami adalah untuk pilih sesuatu yang simple, senang faham, dan buat semakan keperluan insurans korang secara berkala. 

 

Bagi korang yang nak rancang lebih jauh, terpulanglah sama ada nak pilih polisi yang lebih komprehensif atau asas. Akhirnya, ada sebab kenapa setiap polisi tu murah atau mahal. Jadi, periksa ciri-cirinya, fikirkan situasi korang, dan buat keputusan yang terbaik ya! 


Jangan lupa dapatkan insurans kereta dan insurans motorsikal yang sesuai untuk kemampuan korang ! Check halaman insurans kami untuk dapatkan sebut harga dengan percuma. Bukan itu saja, anda juga boleh memperbaharui dan membeli polisi insurans kereta atau insurans motorsikal secara online!

 

Mudah je kan?

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

Baca Jugak:

 
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Motor tendang kereta

Bila Motor Berlanggar Dengan Kereta, Siapa Yang Salah?

Roadtax Motosikal Dah Mati Lebih Setahun! Macam Mana Nak Renew?

Roadtax Motosikal/Kereta Dah Mati Lebih 3 Tahun! Camne Nak Renew?

loanstreet-apa-yang-insurans-motosikal-tak-cover

7 Situasi Polisi Insurans Motosikal TAK Cover