Luahan rasa tak puas hati oleh pelanggan tersebut telah tular dan tersebar di rata-rata laman media sosial. Kejadian ini memaparkan pelbagai reaksi dan pandangan telah dilemparkan oleh para netizen terhadap situasi berkenaan.
Aduhhh, kejadian macam ni lah kadang kala menyebabkan sesetengah individu semua gerun untuk mempercayai kemampuan pembayaran secara elektronik.
“Takkan 100 pun xde dalam wallet…” -Pekerja
Seorang pemuda pada awalnya meluahkan rasa kekesalan terhadap layanan cashier terhadap dirinya seperti tak profesional untuk bertindak ketika situasi tak terjangka berlaku.
Ringkasnya, perkataan berbaur perlian tersebut sewajarnya tak patut dikeluarkan sama sekali disebabkan kesalahan berkenaan datang dari kedua-dua belah pihak.
“Sistem tiba down2, tapi tutur kata kena lah jaga…”
Pemuda ini kemudiannya menerangkan bahawa, dia terperangkap dalam situasi dan permasalahan sistem pembayaran tak berfungsi secara tiba-tiba. Lebih menyukarkan keadaan, restoran berkenaan tak menyediakan jenis pembayaran selain tunai.
Pada masa yang sama, dia menyuarakan pendapat bahawa tempat berkenaan merupakan tumpuan orang ramai, jadi sewajarnya menyediakan juga system pembayaran lain seperti e-wallet, oleh kerana system e-wallet juga sering menjadi saranan oleh pihak kerajaan.
“Letak notis “CASH PAYMENT ONLY” time aku tengh beratur…”
Tambahnya lagi, notis pemberitahuan CASH PAYMENT ONLY diletakkan semasa dia sedang beratur untuk melakukan pembayaran makanan tersebut. Sistem down berlaku secara tiba-tiba dan secara kebetulan dirinya takde ‘cash’ yang mencukupi ketika berlakukanya situasi tak terjangka ini.
Ramai tak suka dengan adab cashier tu
Para netizen di media sosial rata-ratanya meluahkan rasa geram terhadap perlakuan cashier berkenaan dan ada yang melabelkannya sebagai tindakan kurang ajar. Sebagai pekerja, seharusnya memaparkan sikap yang profesional untuk menangani masalah tersebut tanpa mengguris hati mana-mana pihak.
Senang cerita, sebagai insan yang sentiasa berhadapan dengan orang ramai tak sepatutnya berkelakuan sedemikian dan lebih baik bertindak mencari solusi kepada masalah terjadi.
Jadi, sebelum kena sindir dengan para cashier, pastikan ada benda ini sebelum beratur di kaunter pembayaran
Kadang kala, situasi tak terjangka boleh berlaku bila-bila masa je. Korang pasti kekal tenang dan tak perlu gelabah kalau system pembayaran tiba-tiba down sebab dah sedia buat beberapa langkah dibawah.
#1 Topup & semak baki e-wallet
Takkan lah masa nak bayar baru terkial-kial nak topup e-wallet? Bila dah nervous muncul pulak problem internet slow, orang belakang dah merungut sebab lama menunggu.
Topup awal-awal, cashier senang hati, orang lain turut berpuas hati.
Selain e-wallet penuh, pastikan bateri smartphone korang tu pun full jugak tau. Masa nak bayar tetiba je telefon termati. Aduhhh pishang!
#2 Baca, semak dan tanya mengenai kaedah pembayaran yang disediakan
Mentang-mentang banyak sale, semua dah jadi tak tentu arah nak kaut semua item. Boleh je nak buat macam tu tapi sila amik masa dalam 15 saat untuk memeriksa kaedah pembayaran yang digunakan dalam kedai berkenaan.
Baca notis, sticker ataupun ringankan mulut untuk bertanya kepada pekerja yang bertugas. Tak rugi pun! Takdelah tetiba jadi muka biru masa cashier kata ‘cash only’.
#3 Sedia cash emergency, in case berlakunya kejadian system down
Benda paling mudah tapi tak ramai yang nak buat. Pastikan dalam beg duit atau korang, ada duit tunai sekurang-kurang RM100. Takut terguna? Selit jelah kat mana, belakang IC ke dalam casing phone ke.
Duit selit-selit ni nantilah jadi hero korang tau!
Memang dalam kad bank korang berkepuk-kepuk duit, tapi kalau system down, masa tu takde memang fungsi dah. Jawabnya tak cukup nafas cari ATM nak keluarkan cash.
Sebelum melangkah keluar rumah atau kereta, make sure diri korang semak check-list tu dulu dan buat beberapa perkara ini. Nampak leceh, tapi sebenarnya sangat membantu korang kalau terperangkap macam situasi di atas!
Macam situasi yang terjadi kepada pemuda terbabit, perkara sedemikian amat jarang berlaku kecuali ada miscommunication yang berlaku dan ia terjadi tanpa dijangka.
Sistem pembayaran cashless ini sebenarnya mampu memudahkan urusan harian orang ramai, tetapi ada beberapa perkara yang jangan di ambil mudah. Bahkan, pembayaran secara cashless ini lebih selamat dan pengurusan kewangan korang lebih baik.
Yelah, duit tak hilang dan pada masa yang sebab korang boleh track semula perbelanjaan yang telah harian yang digunakan.
Tak kisahlah korang pakai pembayaran jenis apa pun, asalkan korang sentiasa stay alert okay.
- e-Wallet Mana Paling Best Kat Malaysia? Tengok Showdown Ni!
- Dengar Kata E-wallet Ada Unsur Haram. Betul ke?
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.