Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Dengar Kata E-wallet Ada Unsur Haram. Betul ke?

BY Hakimie Amrie

Updated 21 Nov 2019




Baru-baru ni, admin ada terbaca satu artikel pasal e-wallet dekat Berita Harian (BH). Artikel ni cakap ada kemungkinan e-wallet ni tak patuh prinsip syariah (tak shariah-compliant lah kiranya). Admin pun macam “Eh, biar betul? Admin ni jenis pengguna tegar e-wallet kot”. 

Yang buat admin stress adalah sebab tak faham apa kenyataan yang BH cuba sampaikan. BH ada menyebut duit yang kita depositkan dalam akaun e-wallet tu sebenarnya adalah sebuah bentuk pinjaman (Qardh) kat syarikat e-wallet. I’m like, what? Pebenda ni?

Benda ni buat admin triggered lah, dah kenapa pulak duit tu jadi pinjaman? Macam tak kena je. Bagi mengurangkan kekeliruan ni, admin rasa kita kena tengok isu ni dari awal macam mekanisme penggunaan dan adakah ganjaran yang kita terima tu patuh syariah? Dan kalau betul e-wallet ni ada unsur ‘haram’, macam mana kita buat dia patuh syariah?

Ayuhlah kita bincangkan isu ni.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



Macam mana aplikasi e-wallet ni berfungsi sebenarnya?



Sebenarnya admin dah pernah terangkan dengan ringkas macam mana e-wallet ni befungsi dalam artikel BigPay dan Showdown e-wallet. Tapi takpe, kali ni kita tengok dengan lebih mendalam dari perspektif sebuah perniagaan. 


Proses pengaliran duit dalam akaun e-wallet

Kita amik contoh Boost, selepas korang dah download app dia dan register, korang dah boleh topup e-wallet (debit/kad kredit) tersebut dan guna macam biasa (bayar shopping, makanan, bill dan jugak enjoy promosi yang Boost tawarkan). 

Duit yang korang depositkan dalam Boost tu akan disimpan oleh syarikat e-wallet dalam satu akaun besar yang menyimpan semua duit pengguna Boost buat sementara waktu - dikenali sebagai akaun escrow yang berfungsi macam tangki simpanan (rujuk gambar kat atas).

Akaun escrow akan pegang duit korang buat sementara waktu sebelum digunakan untuk bayar kat merchants. Macam akaun bank biasa, akaun escrow ni jugak ada kadar faedah dia. Kat sini lah Boost buat duit di mana duit dalam akaun escrow ni dijadikan sebagai floating income. Boost akan dapat kadar faedah yang ditentukan oleh bank penyedia akaun escrow tersebut. Maksudnya kat sini, lagi banyak kita depositkan duit kat Boost, lagi banyaklah Boost dapat kadar faedah dari duit deposit tersebut. Ha, so far faham tak? 

Selain tu, syarikat e-wallet ni jugak dapat komisyen sekiranya korang buat transaksi melalui e-wallet. Contohnya, korang bayar bil postpaid Celcom melalui Boost, merchant tersebut akan bayar komisyen dekat Boost dengan kadar yang ditetapkan. Ada jugak cara-cara lain sebenarnya syarikat e-wallet buat duit, contoh admin bagi ni yang paling senang nak faham lah.


Dah tu, apa pulak keadaan yang boleh menjadikan aplikasi e-wallet ni jatuh haram?


*Rujukan bagi point pertama. Gambar bukan sekadar hiasan. 


1. Topup guna kad kredit

Okay, admin bagi contoh situasi: Katakanlah korang topup e-wallet pakai kad kredit untuk bayar bil. Tup tup time tu pulak ada promosi (rujuk gambar kat atas) boleh dapat cashback 100% kalau bayar bil. 

Ye, memang lah korang untung tapi kat sini lah masalah mula timbul. Disebabkan korang guna kad kredit, ia dah jadi satu bentuk pinjaman (ingat lagi tak tadi admin cakap pasal Qardh?). Sebarang manfaat yang diterima atas pinjaman kan dikenali sebagai riba. Jadinya kat sini, 100% cashback yang korang terima tu kira riba lah. Terkejut tak?


2. Buat pelaburan dengan syarikat non-shariah-compliant guna duit dalam akaun escrow

Menurut Dr Azrul Azlan Iskandar Mirza, seorang pensyarah Universiti Sains Islam Antarabangsa (USIM) yang pakar dalam bidang muamalat, syarikat e-wallet ni jugak boleh gunakan floating income (duit dalam akaun esrow) untuk buat pelaburan.

Masalah akan timbul sekiranya syarikat e-wallet buat pelaburan dengan syarikat yang non-shariah-compliant. Kat sini, kita dah dikira terlibat dengan pelaburan ni sebab sebahagian kecil duit dalam akaun escrow ni jugak milik kita. 


3. Tak jelas dari mana sumber promosi dan ganjaran wujud



Pernah tak korang terfikir dari mana datangnya duit nak buat segala jenis promosi dan ganjaran kat dalam e-wallet tu? Well, mungkin keuntungan yang syarikat e-wallet dapat dari pelaburan tu digunakan untuk buat promosi macam rebat, diskaun dan macam-macam lagi lah yang buat korang tak senang duduk. 

Kat sini kita sendiri pun tak jelas dari mana sumber promosi ni wujud, menyebabkan wujudnya syubhah (was-was) dan boleh jatuh haram.


Macam mana nak jadikan e-wallet ni bebas keraguan?



Bagi pastikan syarikat e-wallet ni semua ikut peraturan, Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti dah pun keluarkan kenyataan bersama mengenai pengawalselian aset digital kat Malaysia pada Disember 2018. Mengikut kenyataan ni, semua platform yang ada fungsi pembayaran macam e-wallet tertakluk kat garis panduan urusan pembayaran dan mata wang. 

Menurut Penasihat Kewangan Islam, Razli Ramli, sektor fintech yang patuh prinsip syariah kat Malaysia ni masih lagi berada dalam keadaan yang samar-samar. Jadinya, kalau syarikat e-wallet nak tawarkan produk/perkhidmatan yang patuh syariah dan telus dalam pelaksanaannya, diorang kena ikut peraturan seperti yang ditetapkan dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 oleh BNM.

Contohnya, mengikut akta tersebut, syarikat e-wallet wajib tubuhkan Majlis Penasihat Syariah (SAC) yang akan bertindak sebagai jawatan kuasa penasihat dalam segala aktiviti perniagaan macam pelaburan yang patuh syariah. Sekiranya kantoi syarikat e-wallet menjalankan perniagaan yang tak patuh syariah, majlis penasihat ni boleh report kat BNM dan hukuman akan dijatuhkan. 

Walau bagaimanapun, perancangan kawalselian aset digital ni masih lagi dalam proses rangka kerja dan belum dilancarkan lagi. Buat masa sekarang, kita tunggu je lah dulu. 


Jadinya, boleh guna ke tak aplikasi e-wallet ni?

Bagi dapatkan kata putus pasal isu halal haram e-wallet ni, admin dah pun hubungi Bahagian Penyelidikan JAKIM. Menurut diorang, isu ni masih lagi dalam perbincangan dan belum boleh keluarkan apa-apa kenyataan. 

Pada pendapat admin lah, e-wallet ni masih tak melanggar prinsip syariah dan oleh digunakan macam biasa. Cumanya, syarikat e-wallet kena telus dengan cara diorang buat duit. Portal Rasmi Muamalat dan Kewangan Islam JAKIM jugak ada keluarkan kenyataan yang hampir sama di mana, JAKIM tak rasa aplikasi e-wallet ni bertentangan dengan prinsip syariah. Diorang cuma nak syarikat e-wallet ni lebih teliti dalam isu teknikal macam promosi dan duit pengguna. 

Korang pulak macam mana? Setuju tak dengan pandangan ni atau korang ada info lain yang boleh membantu kita semua? Kalau ada, kongsikan kat Facebook Loanstreet tau.

Nah, baca ni pulak:
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Hakimie Amrie



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes