Tak percaya? Jom tengok kos nak kena keluar kalau nak tanam sayur
First, korang kena kenalpasti dulu sayur apa korang nak tanam so nanti korang boleh buat bajet siap-siap. Kat sini korang boleh tahu dan belajar cara nak tanam 25 jenis pokok yang senang nak jaga.
Untuk kos tanam sayur ni. Kami bagi contoh tanam pokok cili padi. Ni barang-barang yang korang perlukan:
BAHAN | KUANTITI | HARGA |
---|---|---|
Benih cili padi | 1 paket (Jumlah berat/bilangan biji benih: 100 biji) |
RM4.00 |
Tanah hitam sawit (EcoOrganic Planting Soil) |
10 kg/20 liter | RM12.00 |
Tray semaian | 1 tray (40 lubang semaian) |
RM3.80 |
Baja cili padi kampung | untuk 100-150 pokok (500gram) |
RM8.00 |
Polibeg/Polybag | 1 kg (ukuran 16 inci x 16 inci) |
RM6.90 |
Pasu plastik | 1 biji (diameter 10 inci) |
RM3.25 |
Pancang/Tiang sokongan plastik | 1 batang (1.2 meter) |
RM4.30 |
TOTAL YANG PERLU DIKELUARKAN (MODAL): | RM42.25 |
Ni adalah purata kasar kos yang korang kena keluarkan kalau korang nak tanam cili padi. Kos RM42.45 sen ni nampak macam mahal untuk jangka masa pendek. Tapi kalau untuk jangka masa panjang, memang berbaloi dan jimat. Korang boleh cuba dulu tanam dalam skala yang kecil untuk permulaan.
Lagi pun, kalau duduk rumah flat ke apartment, mana lah korang nak tanam banyak-banyak, kan? Untuk level nak mencuba ni, korang trylah semai 3 biji benih dulu. Antara 3 biji yang korang semai tu, ada kemungkinan 1 je yang hidup. Walaupun 1 je yang hidup, sebenarnya korang dah senang tau.
Bukan setakat senang, tapi JIMAT!
Kalau korang nak tahu, satu pokok cili padi secara puratanya hasilkan 1.5kg biji cili padi. Untuk 1.5 kg cili padi ni, harga dia adalah dalam RM37.75. Harga cili padi kat pasaraya pulak, RM2.49 untuk 100 gram. Katakanlah, Siti ni family dia ada 3 orang dalam satu rumah, termasuk dengan Siti . Dia pun belilah dalam 250 gram cili padi. Kat sini, Siti kena bayar RM6.20 sen untuk 250 gram cili padi.Sumber: Media Maklumat
Selalunya, 250 gram ni tak tahan lama sebab Siti dengan family dia suka gila makanan pedas. Segala masakan semua kalau boleh nak letak cili padi. Tak kan lah dia nak korbankan selera dia pasal harga cili mahal, kan?
Alkisahnya, dia pun beli lagi 250 gram cili padi untuk round kedua. Jadi kat sini, dalam sebulan tu dia dah belanja RM12.40 untuk cili padi je. Baru cili padi tau, belum tambah lagi sayur-sayur lain.
Jadi, kalau Siti tanam satu pokok cili, dia boleh jimat banyak sebab 1.5kg cili padi ni bersamaan dengan 15 kali dia beli kat pasaraya. Itu pun nanti, pokok ni akan berbuah lagi selagi dia hidup. So, kat situ jimat kos sebab Siti tak payah dah nak keluar belanja bulan-bulan beli cili padi, sebab dia boleh petik je kat rumah!
Kalau korang ‘extra’ rajin, korang boleh buat side income!
Sumber:Sumber: Media Permata Online
Macam pokok cili korang tu lah. Misalnya ada lebihan benih tu, korang boleh cambahkan jadi anak pokok dan jual dengan harga pasaran RM7 untuk setiap anak pokok. Korang kan baru tanam 3 biji benih, ada banyak lagi saki baki benih yang ada.
Contohnya, korang tanam 10 biji benih dan semuanya hidup. Kalau korang jual, RM70 dah dalam tangan korang tau! Bila korang rasa dah pro, nak kembangkan lagi perniagaan sayur dari rumah... korang boleh join Program Pertanian Pintar-i Agrobank, untuk suntikan modal dan juga peralatan.
Korang boleh jadikan Auntie Soon Choon Leng dari Georgetown sebagai contoh untuk berniaga sayur dari rumah. Siapa sangka dengan hobi selama 30 tahun tu boleh jadi satu pelaburan kan? Tapi kita kena fahamlah, tanam sayur sendiri bukanlah solusi yang bersifat menyeluruh. Tak semua orang ada bakat, ruang dan masa nak bercucuk tanam, kan? Jadi untuk kita yang duduk kat tengah-tengah bandar ni bolehlah nak join Program Komuniti Kebun Bandar atau mana-mana komuniti yang aktif bercucuk tanam ni.
Sekurang-kurangnya, kalau korang tak ada bakat tanam sayur korang bolehlah menyumbang dari segi tenaga ke duit ke, kan? Kalau tak pandai tanam sayur, korang boleh tolong siram pokok, cabut rumpai atau belikan baja. Hasilnya nanti bolehlah dikongsi bersaama-sama.
Akhir kata, bila kita lebih berdikari dan ada sumber sayur sendiri, kita tak perlu lagi bergantung sepenuhnya dengan bekalan sayur dari luar bandar dan sekaligus, dapat jimatkan kos pembekal dan juga pembeli.
So, ada tak aktiviti atau program tanam sayur atau kebun kat area korang? Kalau ada, korang boleh je share dan komen di FB post kami dan kami akan sertakan dalam artikel kami.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK:
- Oh, Ni Rupanya Cara Game Streamers Buat Duit!
- Azam Tahun Baru Nak Menabung? Nah, 7 Idea Untuk Menyimpan
- 7 Tempat Kitar Semula Minyak Masak Terpakai: Boleh Dapat Duit Tau!