Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Oh, Ni Rupanya Cara Game Streamers Buat Duit!

BY Faiz Rahim

Updated 22 Feb 2022




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

Kalau korang selalu scroll FB, mesti selalu nampak live stream orang main game. Views siap ada cecah ribu-ribu pulak tuh. Mesti korang tertanya-tanya apa je yang diorang ni buat? Diorang takde kerja ke? Yang paling korang tanya mesti camne diorang ni dapat duit buat live streaming?

Kalau korang nak tahu, ada seorang game streamer Malaysia di atas nama MissRose Gaming (nama sebenar Roslinda Embran) pernah dapat raih RM18,000 waktu dia mula-mula berkecimpung kat industri ni. Bukan sikit, RM18k kot! 

Mengikut video YouTube ni pulak, game streamer yang paling kaya kat Malaysia adalah Soloz. Dia ni ada 832k subscribers Youtube dan 1.5 juta followers kat FB. Kalau ikut SocialBlade, pendapatan Soloz boleh mencecah US$3.9k hingga US$62.7k sebulan. Ni dari YouTube je tau! Cuba bayangkan kalau campur sekali dengan apa Soloz dapat dari FB? Kalaulah admin suka dan pandai main game waktu kecik-kecik dulu… 


 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


Apa sebenarnya game streamer ni? Ada banyak ke kat Malaysia ni?

Game streamer ni, diorang akan buat live streaming untuk orang lain tengok diorang main game. Setiap live streaming, diorang akan berinteraksi dengan viewers. Kiranya, game streamer kena sediakan content diorang sendiri untuk setiap live streaming. Semakin bagus dan menarik content, viewers akan naik dan semakin banyak duit yang boleh dibuat.

Secara roughly, admin rasa bilangan game streamers kat Malaysia ni boleh cecah lebih puluhan ribu. Ya lah, game streamers ni ada yang dah lama dan berjaya, ada yang tengah naikkan viewers dia dan ada juga yang baru nak mula. Kalau korang tengok group-group game streamers kat FB, boleh cecah 50k members kot!

Kalau ikutkan artikel dari Newzoo ni, kat Malaysia ada 20.1 juta gamers. Majoriti diorang ni suka main kat handphone. Antara 20.1 juta gamers ni, hanya 61% je yang suka tengok content video-video permainan ni. Yang menariknya, 7% suka tengok video live streaming tapi jarang main game.
 

 

Sumber: Newzoo
 

Berbaloi ke jadi game streamer ni?

Admin tak dapat nak guarantee career sebagai game streamer ni berbaloi ke tak. Tapi, apa yang admin nampak adalah potential career ni. Kenapa ada potential? 

Ya lah, kalau takde potential, takkanlah bekas Menteri Belia dan Sukan kita siap outline dan announce pelan strategik pembangunan esports negara dari tahun ni sampailah 2025. Dekat bajet 2020 pun, industri esports ni dapat peruntukan RM20 juta dari kerajaan. 

Portal news The Edge Markets pun ada laporkan yang industri esports generate keuntungan sebanyak US$1bilion pada tahun lepas dan dijangka capai US$1.5bilion tahun ni. Sama ada kita akan capai target, admin pun tak pasti sebab sekarang ni musim ekonomi tak stabil dan Covid-19. Apa yang admin pasti, industri esports ni perlu diberikan perhatian oleh kerajaan dan kita-kita semua.
 

Sumber: The Hive Asia
 

Camne diorang generate duit?

Kebanyakan game streamers lebih prefer untuk stream kat FB atau YouTube dari platform lain. Ini kerana rakyat Malaysia banyak gunakan 2 platform ni. Meh admin story satu persatu camne game streamers dibayar melalui FB dan YouTube.

 

Sumber: Digital Crew
 


Facebook...

Advertisement: Facebook Live akan bagi game streamers untuk set up advertisement waktu tengah live stream. Cuma ada 1 syarat iaitu video live streaming kena ada lebih 300 viewers. Advertisement ni pulak jenis yang viewers tak boleh nak skip. Boleh baca artikel ni kalau nak tahu lebih lanjut. 

Donations: Game streamers boleh prepare link diorang sendiri untuk viewers bagi donation. Game streamers boleh guna Streamlabs, Patreon atau platform-platform third party lain yang diorang suka. Kiranya, waktu tengah live, game streamer kena sentiasa mention pasal link-link ni untuk ingatkan viewers donate. 

Subscription: Viewers boleh subscribe game streamers yang diorang suka dengan bayar secara bulanan. Apa yang viewers dapat kalau subscribe adalah terpulang kat game streamers tuh sendiri. Basically, apa yang game streamers ni boleh offer kat viewers? Hah, kalau viewers interested, diorang akan bayar RM12.90 setiap bulan untuk dapatkan content dari game streamers. 

Facebook Gaming Stars: Ni basically platform yang viewers boleh engage dengan game streamers lebih baik dan sebaliknya. Viewers akan beli dulu stars dan dia akan bagi kat game streamers waktu tengah live. 1 star yang game streamer dapat bernilai US$0.01. Jadi, semakin banyak viewers bagi stars, semakin banyak diorang bagi ke game streamers. Cuma, game streamer hanya boleh cash out bila dah dapat 10k stars. Viewers pun boleh guna stars untuk bagi hadiiah virtual kat game streamer!

 

Sumber: Google Play


YouTube, camne pulak?

Sebelum admin bagitau cara game streamers boleh monetise YouTube, korang kena tahu yang diorang kena ada at least 1000 subscribers dan total views untuk semua video adalah 4000 jam. Perkara ni kena sentiasa dikawal sebab kalau kurang, game streamers tak boleh nak monetise live stream dia. 

Advertisement: Bila dah lepas requirements, game streamers boleh start dapat revenue dari advertisement. Ads ni siap ada sebelum live stream start dan waktu tengah live stream. Lagi satu, ads yang jenis display dan overlay tuh pun ada. Secara average, game streamer boleh dapat US$18 untuk setiap 1,000 ad views.

Channel membership program: Dengan bayar US$5 sebulan, viewers boleh sponsor game streamers. Ada beberapa perks yang sponsors (viewers) akan terima. Contohnya, viewers akan dapat badge sponsorship, ada ruang chat dan emoji khas untuk sponsors. Kiranya, sponsors ni akan terima content paling awal kalau nak dibandingkan dengan viewers biasa.

Donations: Sama seperti FB, game streamers boleh prepare link diorang sendiri untuk viewers bagi donation. Boleh guna Streamlabs, Patreon atau platform-platform third party yang lain. 

YouTube SuperChat: Ni sebenarnya feature untuk game streamers boleh notice viewers. Basically, viewers akan beli SuperChat dan komen dia akan stay dekat paling atas untuk tempoh satu masa yang lama. Viewers siap boleh beli Super Stickers lagi tuh. Dari setiap pembelian SuperChat, game streamers akan dapat bayaran.

 

Sumber: Forbes

Ada platform lain ke?

Ada je lagi platform lain yang game streamers boleh pilih seperti Twitch dan Mixer. Tapi, disebabkan banyak rakyat Malaysia masih tak guna lagi 2 platform ni, dia cam tak popular sangat. Mekanisme pembayaran pun lebih kurang sama je, cuma nama je lain.

Jadi, kalau korang nak start buat live streaming kat antara 2 platform ni, admin suggest untuk guna english sebagai bahasa utama. Ya lah, international kan? Better tarik jugak perhatian viewers dari negara-negara lain.

 

Sumber: Medium
 

Cara lain untuk game streamers buat duit adalah....

Bila korang dah jadi game streamers, ada banyak lagi cara untuk dapatkan duit. Lagi-lagi bila korang dah ada viewers yang juga boleh dianggap sebagai supporters/fans. In a way, korang pun dikira sebagai influencers jugak. So, apa yang game streamers boleh buat untuk dapat duit?

Game streamers ni boleh dapatkan deals dan sponsorships dari brand-brand berjenama, jadi sales affiliate, jual merch, buat pay-per-view content dan juga coaching. Mesti ramai viewers diorang yang berminat nak ikut jejak langkah diorang ni. Ya lah, bagi hardcore gamers, mesti nak jadikan ni sebagai career diorang.

 



BACA JUGA: Influencers Pun Kena Bayar Cukai? Ini Info Pasal Ekonomi Digital

 

Game streamers ni kerja senang ke?

Kalau ikutkan, takde benda senang kat dunia ni. Tengok MissRose Gaming dengan Soloz tuh, dia boleh dapat beribu-ribu views untuk setiap live streaming. Takkan camtu je, dia terus dapat banyak viewers? Mesti ada kelainan yang dia ada dari game streamers yang lain. 

So, kalau korang berminat, admin suggest study dulu camne game streamers yang berjaya ni boleh sampai ke tahap camtu. Kat situ boleh nampak dia punya personaliti, level konsisten, berapa jam sehari dia buat live streaming, cara dia tarik dan maintain viewers dan macam-macam lagi lah. Apa yang admin pasti, game streamer ni bukan calang-calang. Kalau betul-betul minat dan konsisten, baru boleh jadi game streamer yang berjaya.

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Faiz Rahim



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

5 Masalah Kewangan Yang Dihadapi Oleh Pekerja Muda Di Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia

Apa Kesan Harga MInyak Jatuh kepada Rakyat Malaysia