Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

7 Tempat Kitar Semula Minyak Masak Terpakai: Boleh Dapat Duit Tau!

BY Fadh Ahmad

Updated 09 Dec 2021





Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Artikel ini telah diterjemah dari “Got Used Cooking Oil? 7 Places To Recycle & Make Money in M’sia” oleh Nisya Aziz
 

Ada antara kita yang mungkin dah tahu tentang hal ni. Tapi ada juga yang anggap tuang minyak masak atau sisa makanan ke dalam sinki dapur bukanlah satu masalah yang besar. Terutama sekali bila kita dah siap bilas dengan air sabun kita rasa semuanya bersih dan selamat. Air je pun apa masalahnya, kan? SALAH. Sebenarnya korang dah mengundang satu masalah besar.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

Jalan singkat ni boleh menyebabkan sinki korang tersumbat! Ya, betul! Sinki korang akan tersumbat bila minyak bertukar sifat ke sisa pepejal dan melekat kat saluran paip. Untuk pengetahuan korang, anggaran kos nak membaiki sinki yang tersumbat adalah antara RM 60 hingga RM 500. Itu pun bergantung kepada kerosakan paip saluran tu sendiri.


loanstreet-minyak-masak-terpakai-kitar-semula-1

 

Disamping tu, korang tahu tak yang pengurusan sisa minyak masak yang tak betul dalam jangka masa yang lama  juga boleh menyebabkan pencemaran sumber air? Pada tahun 2016, Majlis Perbandaran Klang dah keluarkan belanja besar yang menelan hampir RM6 juta semata-mata nak bersihkan saluran tersumbat yang melibatkan jutaan liter minyak masak terpakai dan sisa pepejal lemak gorengan yang datangnya daripada kawasan komersial dan perumahan.


Jadi lepas ni, elakkan dari angkat terus kuali dan buang sisa minyak masak ke dalam sinki. Korang boleh jadi pengguna yang lebih bertanggungjawab dan mesra alam sekitar dengan mengikuti langkah berikut:

  • LANGKAH 1:  Tapis minyak masak yang telah digunakan bagi membuang serdak atau hampas terlebih dahulu sebelum tuang minyak masak ke dalam bekas kedap udara.
  • LANGKAH 2:  Letakkan bekas tersebut dalam beg plastik, kemudian ikat ketat-ketat bagi mengelakkan sebarang kesan tumpahan.
 

Kemudian, kitar semula minyak masak terpakai tersebut kat tempat-tempat ni bagi mendapatkan duit segera!

1.  Alam Flora Buy Back Centre

loanstreet-minyak-masak-terpakai-kitar-semula-2
Image source: SAYS

Korang boleh pilih sama ada nak kitar semula kat pusat atau menggunakan khidmat pick-up yang dikenali sebagai 3R on Wheels (3RoW) yang teramatlah menyenangkan kalau korang rasa macam tak ada mood nak memandu tapi ada banyak je lagi barangan untuk dikitar semula. Korang boleh semak jadual kutipan disini. Sekiranya korang merupakan ahli kad Mesra Petronas, ada banyak mata ganjaran menanti tau!

Kawasan kutipan: Lembah Klang & Pahang
Kadar jualan: RM1.10/kg


2.  Arus oil

loanstreet-minyak-masak-terpakai-kitar-semula-3
Image source: Amanz.my

Menyediakan khidmat kitar semula mengikut permintaan daripada pelanggan yang menyediakan servis kutipan dari pintu ke pintu secara mudah dan percuma. Korang hanya perlu sign up dan buat temujanji online sahaja. Senang, kan? Haa...  apa yang best pasal Arus Oil ni, lagi banyak korang jual minyak masak terpakai lagi banyak duit korang dapat.

Kawasan kutipan: Lembah Klang
Kadar jualan:
  • RM1.30 bagi 10kg ke bawah (minimum 5kg)
  • RM1.60 bagi 50kg ke bawah
  • RM1.90 bagi 100kg ke bawah
  • RM2.20 bagi 100kg ke atas
 

3.  SS Used Cooking Oil

loanstreet-minyak-masak-terpakai-kitar-semula-4

Platform pengurusan sisa ni menawarkan khidmat pick up minyak masak terpakai yang dilakukan secara PERCUMA bagi kuantiti lebih daripada 5kg. Alamak... kalau tak ada macam mana? Jangan risau, SS Used Cooking dengan Minimize Zero Waste Store yang beroperasi kat Subang Jaya telah menjalinkan kerjasama bagi memudahkan korang hantar dan kitar semula minyak masak terpakai. 

Kawasan kutipan: Lembah Klang & Seremban 
Kadar jualan: RM1.50/kg (minimum 5kg)
 

4.  OilIn Malaysia

loanstreet-minyak-masak-terpakai-5

Macam yang lain juga, syarikat pengurusan sisa ni menyediakan servis pick up tapi yang ni special sikit tau sebab tak ada kadar minimum pun untuk servis pick up ni. Banyak pun boleh, sikit pun boleh kalau nak pick up dan tak ada cas tambahan dikenakan.

Kawasan liputan: Lembah Klang
Kadar jualan:
  • RM1.00 untuk 1kg
  • RM1.20/kg untuk 10kg ke bawah
  • RM1.40/kg untuk lebih daripada 50kg
  • RM1.60/kg untuk lebih daripada 100kg 
 

5.  Captain Oil

loanstreet-minyak-masak-terpakai-kitar-semula-6

Merupakan pengumpul minyak berlesen yang korang boleh call je untuk urusan kutipan minyak masak terpakai kat sekitar kawasan korang untuk minyak masak terpakai dalam lingkungan 10kg atau pun lebih. Apa nak buat kalau ada minyak masak terpakai yang banyak? Jangan risau sebab Mereka akan sediakan tong yang bersesuaian dengan tawaran harga yang minima.

Kawasan kutipan: Lembah Klang
Kadar jualan: RM1  - RM2.50/kg (minimum 10kg-15kg)
 

6.  Trash4Cash

loanstreet-minyak-masak-terpakai-kitar-semula-7

Servis door to door recycling ni adalah pilihan yang paling sesuai kalau korang ada minyak masak terpakai yang banyak, terutama sekali bagi yang menjalankan perniagaan makanan. Bukan minyak terpakai je, nak kitar semula surat khabar lama, kadbod, kertas, bekas plastik dan kaca pun boleh.

Kawasan kutipan: Lembah Klang, Kedah & Perlis.
Kadar jualan:
  • RM1.10/kg untuk kurang daripada 20kg
  • RM1.20/kg untuk kurang daripada 50kg
  • RM1.40/kg untuk lebih daripada 50kg
 

7.  TREE CYCLE Biodiesel

loanstreet-minyak-masak-terpakai-kitar-semula-8

Dengan khidmat pengumpulan daripada kawasan komersial dan juga perumahan, syarikat ni baru je berjaya mengumpul hampir 15,000kg minyak masak terpakai bagi tujuan kitar semula dalam SEBULAN!

Kawasan kutipan: Lembah Klang
Kadar jualan: RM1.50/kg (tiada had minima)

Banyak kan tempat nak kitar semula minyak masak terpakai? Tapi tulah… sayangnya bila pusat atau khidmat kitar semula minyak masak yang kita tahu kebanyakannya ada kat Lembah Klang. Negeri lain pun ada, tapi maklumatnya kurang jelas dan masih belum dapat dipastikan.

Korang tahu tak kat mana lagi boleh recyle minyak masak terpakai kat Malaysia? Haa...kalau korang tahu, share dan komen di FB post kami dan kami akan sertakan dalam artikel kami.

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

BACA JUGAK: 
 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Fadh Ahmad



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

RON95 ke RON97?

HARGA MINYAK MINGGUAN Terkini (RON95, RON97 & Diesel)

Tak pasti kalau korang kena bayar cukai pendapatan ke tak lepas dah bayar zakat? Atau kena bayar dua-dua? Tak tau macam mana nak kira? Ha kami akan terangkan semuanya.

Bayar Zakat Pendapatan Boleh Dapat 100% Rebat Cukai. Biar Betul?

cukai, zakat dan fitrah, reit, real estate investment trust, cukai pendapatan korporat

Fahami Pelepasan Cukai Korang (Taksiran 2023)