1. Yuran Guaman
Nak beli rumah, yuran guaman memang wajib sebab nak uruskan dokumen penting. Kat Malaysia, ada dua jenis yuran guaman:
-
Perjanjian Jual Beli (S&P)
-
Perjanjian Pinjaman
Caj yuran guaman bagi kedua-dua perjanjian tersebut boleh dirujuk dalam jadual di bawah. Peratus dan kiraan kos untuk kedua-dua perjanjian adalah sama. Walau bagaimanapun, yuran guaman S & P adalah berdasarkan harga pembelian, manakala yuran guaman perjanjian pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman.
Harga Belian | Cas |
---|---|
RM 500,000 pertama | 1.00% ( Minimum kena ada RM500) |
RM 500,000 seterusnya | 0.80% |
RM 2,000,000 seterusnya | 0.70% |
RM 2,00,000 seterusnya | 0.60% |
RM 2,500,000 seterusnya | 0.50% |
Kiraan yuran guaman ni ikut harga rumah dan jumlah pinjaman. Nah, contoh untuk rumah RM500,000 dengan pinjaman 90% (RM450,000):
Komponen | Kiraan | Jumlah |
---|---|---|
S&P (RM 150,000 pertaman) | RM150,000 x 1% | RM1,500 |
S&P (RM350,000 seterusnya) |
RM350,000 x 0.7% |
RM2,450 |
Jumlah Yuran S&P | RM3,950 | |
Pinjaman (RM150,000 pertama) |
RM150,000 x 1% | RM1,500 |
Pinjaman (RM300,000 seterusnya) | RM300,000 x 0.7% | RM2,100 |
Jumlah Yuran Pinjaman | RM3,600 | |
Jumlah | RM7,550 |
2. Duti Setem
Duti setem merupakan cukai yang dikenakan atas pengiktirafan undang-undang untuk dokumen-dokumen tertentu, dan dalam kes ini, adalah Perjanjian Perjanjian S & P dan perjanjian pinjaman.
Caj duti setem untuk dokumentasi S&P boleh dirujuk dalam jadual di bawah.
Peringkat Harga | Cas |
---|---|
RM 100,000 pertama | 1.00 |
RM101,000 – RM500,000 | 2.00 |
RM500,001 – RM 1 juta |
3.00 |
Lebih dari RM 7.5 juta | 4.00 |
Contoh : Untuk nilai hartanah RM500,000 dan pinjaman 90% (RM450,000)
Duti setem bagi RM 100, 000 yang pertama = RM 100,000 * 1% = RM 1000
Duti setem bagi RM 400, 000 yang berikutnya = RM 400, 000 * 2% = RM 8000
Jumlah duti setem = RM 1000 + RM 9000 = RM 9000
Caj duti setem untuk perjanjian pinjaman boleh dirujuk dalam jadual di bawah.
Jumlah Pinjaman | Kadar Bayaran |
---|---|
Apa-apa nilai | 0.500% |
Contoh : Untuk nilai hartanah RM500,000 dan pinjaman 90% (RM450,000)
Jumlah duti setem = RM 450, 000 * 0.5% = RM 2250
3. Yuran Penilaian (Apabila penilaian formal diperlukan)
Yuran penilaian merupakan kos yang dibayar untuk menentukan nilai sesebuah aset. Kos ini perlu ditanggung apabila pembeli membeli daripada penjual yang bukan pemaju.
Jadual di bawah menunjukkan caj yang dikenakan untuk yuran penialian.
Nilai | Kadar (%) |
---|---|
RM 100,000 pertama | 0.250 |
RM 1,900,000 seterusnya | 0.200 |
RM 5,000,000 seterusnya | 0.167 |
RM 8,00,000 seterusnya | 0.125 |
RM 35,000,000 seterusnya | 0.100 |
Contoh : Untuk nilai hartanah RM500,000 dan pinjaman 90% (RM450,000)
Yuran penilaian untuk RM 100, 000 yang pertama = RM 100,000 * 0.25% = RM 250
Yuran penilaian untuk RM 400, 000 yang seterusnya = RM 400, 000 * 0.2% = RM 800
Jumlah yuran penilaian = RM 250 + RM 800 = RM 1050
Ini antara tips korang boleh buat untuk berjimat
Kos kemasukan untuk membeli hartanah memang agak mahal, tapi ada cara untuk korang kurangkan kosnya.. Salah satu cara adalah dengan mencari pakej promosi pinjaman perumahan yang membiayai sebahagian daripada kos kemasukan peminjam. Salah satu contoh ialah Citibank Flexi Home Loan yang membiayai yuran guaman dokumen pinjaman korang, ditambah dengan rebat 0.28% daripada jumlah pinjaman anda sehingga RM10,000. Promosi ini adalah untuk jumlah pinjaman sebanyak RM400,000 dan ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk kepada alat perbandingan pinjaman perumahan.
Selain itu, Loanstreet juga menyerap 35% peratus daripada yuran guaman setelah permohonan pinjaman perumahan yang dilakukan melalui Loanstreet diluluskan oleh bank.
Sekiranya korang nak membuat anggaran kos kemasukan untuk hartanah korang, korangboleh gunakankalkulator pinjaman perumahan untuk menentukan jumlah yang korang perlu sediakan terlebih dahulu.
*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: