Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

Garis Panduan untuk Pembeli Rumah Kali Pertama

BY Team Loanstreet

Updated 11 Jun 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.


Kalau korang tak pernah beli rumah dan tertanya-tanya macam mana prosesnya, sini kami nak share steps dia.. 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

Langkah 1 :Cari Hartanah yang Sesuai

 

 

Semua orang ada keperluan dan kehendak masing masing. Jadi langkah pertama untuk membeli suatu hartanah mestilah nak cari hartanah yang betul dan dapat memenuhi segala keperluan dan vibe korang. Selain tu, ia jugak bergantung ama ada korang membeli suatu hartanah untuk perlaburan atau untuk rumah sendiri.
 

Langkah 2: Jamin Perjanjian


Bila korang dah jumpa tanah yang korang nak, korang kena sediakan 2%-3% daripada harga rumah sebagai yuran tempahan (booking fee) kepada pemaju atau ejen hartanah untuk dapatkan resit tempahan.

Selepas 2 ke 3 minggu, korang akan diminta untuk tandatangan Perjanjian Jual dan Beli (SPA) dan juga membayar 7% - 8% baki deposit, bergantung kepada jumlah pinjaman yang korang boleh perolehi.

Ada jugak beberapa kes di mana penilaian hartanah adalah lebih rendah daripada jumlah pembelian hartanah. Tapi bank hanya akan meluluskan pinjaman sehingga 90% daripada jumlah penilaian. Jadi, korang kena bayar juga baki harga pembelian hartanah dan jumlah pinjaman.

Nak tahu kelayakan pinjaman rumah yang korang mampu? Cuba Semakan Pantas Kelayakan Pinjaman Perumahan.

 

Langkah 3: Dapatkan Pembiayaan / Pinjaman

 

 

Ini adalah antara proses yang makan masa paling lama. Korang boleh dapatkan pinjaman perumahan daripada bank yang kenakan faedah rendah.

Kalau tak sure bank mana satu yang berbaloi, boleh buat bandingan pinjaman perumahan yang paling murah dari 18 bank di Malaysia KAT SINI.

Dalam proses ini, korang akan sediakan borang permohonan berserta dengan semua dokumen sokongan (seperti salinan Kad Pengenalan, slip gaji, penyata KWSP, tempahan penerimaan dan sebagainya) kepada bank.

Pastu,bank akan nilai profil kredit korang untuk pastikan sama ada bank nak terima atau tolak permohonan korang tu. Kalau lulus, korang akan dapat surat tawaran yang korang kena tandatangan sebagai tanda setuju terima tawaran tersebut.

 

Langkah 4: Teraikan Perjanjian

 

Pemeteraian perjanjian di mata undang-undang bermakna korang perlu melantik peguam untuk melaksanakan Perjanjian SPA dan Perjanjian Pinjaman. Bergantung kepada faktor-faktor tertentu, korang mungkin perlu melaksanakan Perjanjian SPA dan Perjanjian Pinjaman dengan peguam yang lain. 

 

Sebaik sahaja korang tandatangan perjanjian yang diperlukan, peguam akan mengambil alih dan setem perjanjian itu (di mana korang perlu membayar duti setem dan yuran guaman) dan melaksanakan pendaftaran pemindahan di Pejabat Pendaftaran Tanah. Bergantung kepada aspek-aspek tertentu, paling lama boleh ambil masa sampai setahun, tapi kalau takde apa-apa masalah, 3 bulan dah boleh siap.

 

Langkah 5: Pengesahan Milikan

 

Bila semua dah settle, bank akan membayar jumlah pinjaman kepada penjual dan kunci akan dihantar kepada korang. Ini melengkapkan keseluruhan proses di mana anda kini ialah pemilik sah untuk hartanah tersebut.

 

Sebelum korang ikut step dekat atas, semak dulu ni

 

Selain daripada bayaran muka, korang kena jaga juga kos-kos lain bila beli rumah, macam yuran guaman, cukai setem, dan nilai hartanah. Ada baiknya guna Kalkulator Pinjaman Rumah kami untuk kira berapa korang kena bayar.
 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK: 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Pinjaman Fleksi Pinjaman Perumahan

8 Perkara Perlu Tahu Sebelum Memohon Pinjaman Perumahan

Sejarah CKHT Malaysia

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2024)

Pemaju Hartanah BLACKLIST: Elak Ditipu Dengan Mereka Ni!

[Update 2024] Pemaju Hartanah Blacklist: Elak Kena Tipu Dengan Mereka Ni!