Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

5 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Menyewakan Hartanah Korang

BY Team Loanstreet

Updated 23 Aug 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Bila sebut je pasal pelaburan hartanah, mesti perkara pertama dalam fikiran korang adalah nak sewakan hartanah milik korang kan? Jadi, sebelum korang sewakan unit korang tu, penting untuk korang faham beberapa asas penting supaya korang tak terkejut nanti. 

 

Jom kita tengok apa yang korang perlu tahu.

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


 

1. Harga Pasaran Sewaan

 

Harga bagi pasaran sewa sentiasa berubah, korang kena tetapkan satu harga sebagai penanda aras. Tetapi macam mana nak tahu  harga pasaran yang sesuai. Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan sebagai penanda aras.

 

  • Agensi Hartanah: Tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah cara yang paling mudah dan berkesan. Selain itu, penilaian percuma dan harga pasaran adalah berdasarkan koleksi data dan pengalaman.

  • Portal Laman Web: Terdapat beberapa laman web yang menyediakan platform untuk pengguna menjual/ menyewa hartanah mereka. 

 

Korang akan dapat menjangka jumlah sewaan yang korang dapat kenakan berdasarkan nilai yang ditunjukkan oleh pemilik/agen lain.

 

  • Penilaian Peribadi: Korang juga boleh melawat kawasan sekeliling dan mengumpulkan sebanyak mungkin data . Ia mungkin akan sedikit berbeza tetapi boleh dijadikan sebagai anggaran kasar.

 

2. Penyesuaian

 

 

Selepas tetapkan harga pasaran, korang perlu pastikan harga tersebut sesuai dengan unit korang. Harga unit berdasarkan fasiliti yang didediakan dalam unit korang. Antara item yang dapat naikkan nilai pasaran korang adalah:

 

  • Kemudahan bilik air dan dapur

  • Baru dicat / dinding yang bersih

  • Perabot dapur disediakan (Ketuhar gelombang Mikro disediakan)

  • Jumlah unit tempat letak kereta

  • Pintu masuk berbeza / individu

  • Keselamatan (Berpengawal, komuniti)

  • Lengkap berperabot / Separa berperabot / Kosong

  • Wi-Fi

  • Pemandangan (Bagi Apartment /Kondominium)

  • Kemudahan (Kolam renang, gimnasium)

Berdasarkan senarai ni, korang kena pastikan harga pasaran korang sesuai dengan unit. 

 

3. Kos Perbelanjaan Penyewaan

 

Terdapat pelbagai kos yang terlibat dalam pasaran penyewaan. Sebahagian akan ditanggung oleh penyewa dana sebahagian lagi akan ditanggung oleh pemilik. Penyewa akan membayar kos perundangan dan duti setem manakala pemilik pula akan membayar kos agen dan komisyen.

 

Walaubagaimanapun, ini adalah kos sekali sahaja.

 

Dalam tempoh panjang, pemilik akan menanggung kos seperti penyelenggaraan tahunan , dimana termasuk kos pentadbiran, perundangan dan akaun, insurans, cukai, utiliti, ansuran bulanan , penilaian dan cukai pintu.

 

Pendapatan dari sewaan juga tertakluk kepada kadar cukai rata 26%..Korang kena tahu yang  sebahagian kos mendapat pengecualian cukai manakala sebahagian lagi tidak. Semua faktor ini perlu diambil kira sebelum memuktamadkan harga.

 

4. Aliran Tunai Dari Penyewaan

 

Matlamat utama pelaburan hartanah adalah nak dapat aliran tunai positif. Aliran tunai boleh dikira dengan formula:

 

Pendapatan sewaan – Kekosongan dan kehilangan kredit– Perbelanjaan – Ansuran Pinjaman = Aliran Tunai

 

Contoh kiraan:

1. Pendapatan sewaan tahunan: RM1800/Bulan x 12 = RM21,600

2. Kekosongan dan kehilangan kredit: 5% (Anggaran) Pendapatan sewaan tahunan = RM1, 080

3. Perbelanjaan penyelenggaraan tahunan: RM 6,000

4. Ansuran bulanan: RM 1,100/bulan x 12 = RM RM13,200

 

Aliran tunai positif: RM 21,600 – RM 1,080 – RM 6,000 – RM 13,200 = RM 1,320 

 

Selagi hasil pelaburan menghasilkan aliran tunai positif, korangtelah melakukan dengan baik

 

5. Risiko


 

Seterusnya, kita kena fikirkan pasal risiko. Sama  macam pelaburan-pelaburan yang lain, pelaburan hartanah ni jugak ada risikonya yang tersendiri. Antaranya:

 

  • Kekosongan

Bagi setiap bulan yang korang tidak memiliki penyewa, korang akan kehilangan tunai kepada ansuran bulanan dan penyelengaraan.

 

  • Penyewa

Penyewa melakukan kerosakan dan tidak mebayar ganti rugi akan meyebabkan kerugian.

 

  • Aliran tunai negatif

Apabila sewaan tidak dapat menampung kos . walaupun tidak ada kekal sebagai tiada risiko, korangboleh merendahkan risiko dengan melakukan semakan sendiri dan peyelidikan.

 

Lepastu, apa korang perlu buat? 

 

 

Pasaran penyewaan di Malaysia tidak sekompetitif di negara lain. Tetapi mungkin sukar untuk korang mendapatkan aliran tunai positif disebabkan harga rumah mampu milik naik mendadak. Dengan kenaikan harga rumah , kenaikan harga sewaan adalah dijangkakan. 

 

Sekiranya korang masih bercadang untuk memiliki hartanah untuk disewakan, jangan lupa untuk menggunakan kalkulator pinjaman perumahan kami untuk mendapatkan gambaran terhadap ansuran bulanan dan kos permulaan yang terlibat. 

 

Dengan penyelidikan dan pengurusan kewangan, pasaran sewaan mungkin berada dipihak korang

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel. 

 

BACA JUGAK:

 
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Bila Ringgit Naik, Adakah Korang Akan Untung atau Rugi?

Bila Ringgit Naik, Adakah Korang Akan Untung atau Rugi?

Budi Madani: Korang Boleh Dapatkan RM 200 Sebulan untuk Diesel

Budi Madani: Korang Boleh Dapatkan RM 200 Sebulan untuk Diesel

KWSP Akaun Fleksibel (Akaun 3): Cara Pemindahan dan Pengeluaran

KWSP Akaun Fleksibel (Akaun 3): Cara Pemindahan dan Pengeluaran