Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

4 Perkara Yang Korang Kena Tahu Sebelum Beli Unit Kediaman Bertingkat Tinggi

BY Team Loanstreet

Updated 12 Aug 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

*Isi dan maklumat yang terdapat dalam artikel ini mungkin akan ditukar atau dikemaskini secara berkala oleh Team Loanstreet tanpa sebarang notis.

 

Unit kediaman bertingkat tinggi dah menjadi pilihan popular agi generasi zaman sekarang. seolah-olah menjadi mod pilihan yang popular bagi generasi ini.Tanah terhad dan harga melambung jadi punca banyak bangunan tinggi dibina. Memang rumah tinggi ada banyak kelebihannya berbanding rumah teres, tapi korang kena tahu jugak kebaikan dan keburukan tinggal di bangunan tinggi.

 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?


X1. Pelbagai Bil dan Bayaran



Korang akan ada banyak komitmen untuk dibayar kalau korang pilih untuk tinggal di kediaman bertingkat tinggi. Antaranya adalah: 
 

 
Yuran Penyelenggaraan Yuran Parkir Kadar Komersial
  • Untuk kondominium atau bangunan tinggi, yuran penyelenggaraan bulanan digunakan untuk selenggara, baiki, dan naiktaraf bangunan. 

  • Kos purata penyelenggaraan di Kuala Lumpur sekitar RM0.25 hingga RM0.45 sekaki persegi. 

  • Yuran biasanya lebih tinggi untuk hartanah lama sebab kemudahan perlu dibaiki lebih kerap. 

  • Yuran juga boleh naik dari semasa ke semasa. 

  • Kalau kalau korang sewakan rumah tu, korang yang kena bayar bil penyelenggaraan.

  • Kalau korang ada banyak kereta, mungkin lot parkir tak cukup. 

  • Korang kena pilih sama ada untuk sewa atau tambah unit baru untuk park kereta korang.

  • Kediaman yang dibina di atas tanah komersial mengikut bil air dan elektrik kadar komersial.

  • Bil ini boleh menjadi lebih daripada dua kali ganda berbanding dengan unit kediaman biasa.


 

2. Kemudahan



 

Unit kediaman atas tanah biasanya tiada kelengkapan dan fasiliti macam  kolam renang, gimnasium, kafeteria dan sebagainya (rumah yang terlampau mewah dikecualikan).

 

Jadi, kalau korang memang nak cari kawasan kediaman yang selesa dan sediakan kemudahan-kemudahan tersebut, korang belilah unit di bangunan tinggi macam ni.

 

3. Keselesaan Hidup

 

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi keselesaan hidup di kediaman bertingkat tinggi. Contohnya: 

 

a) Kondominium yang padat boleh menyebabkan kesesakan. Korang mungkin akan kurang selesa disebabkan oleh lif yang lambat, tempat letak kereta yang kecil, dan kesesakan lalu lintas.

 

b) Adakah persekitaran korang tenang dan damai? Kalau korang nak suasana yang damai, korang kena pilih unit yang jauh daripada kolam renang untuk elakkan bunyi bising. 

 

c) Adalah persekitarannya selamat? JKalau korang selalu terdengar tentang kes rompakan dan ragut di sekitar kawasan tersebut, korang mungkin kena pertimbangkan beli rumah di kawasan lain.

 

d) Perhatikan masyarakat keseluruhan di sekitarnya. Adakah jiran korangkebanyakannya pelajar, keluarga, buruh asing atau lain-lain? Komuniti sekitar membina ekosistem dalam sesuatu kawasan kediaman bertingkat tinggi. Korang kena pastikan komuniti korang terdiri daripada orang-orang yang baik untuk kekalkan keharmonian hidup berjiran. 

 

4. Peningkatan Nilai

 

Bagi pelabur hartanah, kadar kenaikan memainkan faktor utama. Peningkatan nilai untuk bangunan tinggi biasanya ditentukan oleh kemudahan, keselesaan, akses, pegangan bebas / pajakan, pembangunan masa depan di sekitar kawasan hartanah, dan juga permintaan dan bekalan. 

 

Korang kena kenalpasti sebab dan faktor nilai unit kediaman tu meningkat  supaya korang duit korang tak  burn macam tu saja.

 

Korang kena berhati-hati buat keputusan

 

Dengan mengambil kira semua faktor, korang kena buat pertimbangan yang baik dan membuat kompromi untuk mendapatkan unit yang sesuai. 

 

Perbezaan rumah bertingkat tinggi dan kediaman tanah mungkin ketara, tetapi ia benar-benar bergantung kepada individu. Jadi, gunalah alat perbandingan pinjaman perumahan kami untuk menimbang pro dan kontra antara kedua-duanya sebelum membuat keputusan.

 

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang kebergantungan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

 

Baca Jugak:
 

Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Team Loanstreet



LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2025)

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT / RPGT) di Malaysia (2025)

MRTA, MRTT, MLTA & MLTT – Apa Benda Tu & Kenapa Penting?

MRTA, MRTT, MLTA & MLTT – Apa Benda Tu & Kenapa Penting?

penyejukan hartanah, cara mendapati pinjaman rumah

7 Cara Menghadapi Penyejukan Hartanah