Subscribe to Our Newsletter

We know you love savings. Sign up for more!

#BAJET2023: Perkeso, PTPTN, Subsidi, RM100 untuk M40 & Banyak Lagi

BY Asrul Ash

Updated 05 Mar 2024




Follow akaun Loanstreet di Facebook & Instagram untuk maklumat yang terkini.

“Belanjawan mesra pilihan raya”, itulah orang ramai menggelar Bajet 2023—berjumlah RM372.3 bilion—yang dibentangkan baru-baru ini, berikutan spekulasi potential pilihan raya mengejut sebelum akhir tahun ini.

Bertemakan “Memperkukuh Pemulihan, Memudah Cara Pembaharuan ke arah Kemampanan Daya Tahan Ekonomi dan Kesejahteraan Keluarga Malaysia”, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan RM55 bilion (walao!) adalah khas untuk bekalan penting seperti petrol, diesel, minyak masak, tepung dan elektrik, dan keperluan lain.

Tapi,  adakah indah khabar dari rupa, dan hanya jenis “kipas b******” rakyat? Atau betul-betul boleh ‘mengukuhkan’ semula ekonomi kita? Jom, kita tengok apa list bantuan yang kerajaan berikan daripada Bajet 2023 ni. 

(Kejap! Kalau korang interested nak baca teks penuh, boleh klik sini.)
 

Apa yang di 'cover' dalam artikel ni?



1. e-Dompet RM100 untuk M40, yesss!

Korang yang dalam kumpulan pendapatan M40 (income kurang daripada RM100,000 setahun) akan menerima bantual e-Wallet RM100. Katanya, gomen nak menggalakkan rakyat Malaysia untuk go cashless. Hmm, nampaknya memang makin ramai lah tak bawa duit cash nanti. 
 

2. Kadar cukai pendapatan adalah 2% lebih rendah!

Julat pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 akan dipotong daripada 13% kepada 11%. Dan, julat pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,000 daripada 21% hingga 19%. Nais lah Malaysia! Barulah rakyat kurang terbeban!

Bajet 2023 juga ada beberapa improvement dalam hal pelepasan cukai:
1. Premium insurans hayat boleh masukkan caruman diri KWSP (sehingga RM3,000)
2. Pelepasan cukai SSPN akan dilanjutkan hingga 2024 (sehingga RM8,000)
3. Pelepasan cukai ke atas perubatan (diri sendiri, pasangan & anak) sekarang include pemeriksaan dan rawatan pergigian.
 

3. Bantuan one-off untuk keluarga dengan 5 anak.

Keluarga yang mempunyai lima anak atau lebih (pendapatan bulanan kurang daripada RM2,500) layak menerima RM1,000 hingga RM2,000 di bawah bantuan BKM. Manakala pendapatan isi rumah RM2,500 hingga RM5,000 akan diberikan antara RM500 dan RM1,250, bergantung kepada bilangan anak.

Warga emas bujang dan individu bujang juga akan mendapat bantuan one-off RM350 hingga RM600 (bergantung kepada pendapatan). Macam mana nak semak status anda? Nanti kita update, okay?


4. 2023 tahun baik untuk career women!

Kerajaan memberikan dana tunai RM235 juta untuk menggalakkan lebih ramai wanita mengembangkan strategi perniagaan mereka. Pembiayaan ini akan disediakan melalui beberapa program seperti Semarak-Nita BSN, Tekunita TEKUN, Dananita MARA, dan Bizlady Bank Rakyat.

Kerajaan juga bercadang untuk mengecualikan wanita yang mengambil "rehat kerjaya" daripada membayar cukai. Tetapi, masih belum ada yang disahkan.
 

5. Pelajar dan belia akan dapat RM200 e-Wallet

Kredit satu kali RM200 ke dalam akaun e-Dompet remaja berumur 18 hingga 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas, di bawah Program e-Pemula. Tetapi, e-Dompet mana yang layak? Itu tetap menjadi persoalan…
 

6. Pengecualian cukai yuran tadika!

Nampaknya ibu bapa masih boleh buat pelepasan cukai RM3000 ke atas yuran penjagaan anak dan tadika sehingga tahun taksiran 2024. Bantuan ini, yang berjumlah RM3000 berbanding cukai pendapatan individu, kekal seperti tahun lepas.

7. Ibu-ibu, kalau nak lahirkan anak, tunggu next year tau. (gurau!)

Sebanyak RM500 bantuan BKM sekali sahaja akan diberikan kepada ibu yang melahirkan anak pada tahun 2023. Nampaknya kita akan menjangkakan lebih banyak lagi baby shower pada tahun hadapan…
 

8. ePemula meningkat kepada RM200, kaching!

Belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas akan menerima RM200 dalam bentuk kredit e-tunai, ePemula, meningkat daripada RM150 sebelum ini. Jadi, pilih e-Dompet anda dengan bijak, kerana seperti sebelum ini, kami mungkin mengharapkan bantuan dari segi baucar dan bukannya wang tunai.

Jika anda terlupa cara membuat tuntutan, anda boleh pergi ke ePemula tahun lepas untuk rujukan.

9. Kos sara hidup akan dikurangkan, kata kerajaan…

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melakukan usaha berterusan, di samping pemeriksaan penguatkuasaan undang-undang, untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat dan menyediakan pelanggan dengan pelbagai pilihan untuk menjimatkan wang melalui pembelian yang dirancang.

Sekarang, kita tunggu... Mudah-mudahan kita melihat beberapa perubahan.
 

10. Bantuan RM150 untuk semua pelajar sekolah rendah, tiada had! bagus!

Program Bantuan Awal Persekolahan akan dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 pada tahun hadapan. Dan, yang bestnya, semua keluarga dapat bantuan ni, tanpa mengira jumlah pendapatan keluarga! Jadi, jika anda mempunyai 3 orang anak, ibu bapa akan mendapat sejumlah RM450! Haa.. itulah namanya Malaysia Prihatin!


11. Pengecualian bayar PTPRN kembali?!

Mulai 1 November tahun ini hingga 30 April 2023, kerajaan akan menawarkan diskaun pembayaran balik pinjaman PTPTN (diskaun sehingga 20%!). Bukan itu je, pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama akan layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN.

Jadi, jangan lupa untuk sentiasa up to date, tau! Rugi kalau terlepas! Pergi ke portal rasmi PTPTN untuk maklumat lanjut.
 

12. My50 still ons! Hidup public transport!

Pas Bulanan MY50 masih tersedia untuk 180,000 penduduk Lembah Klang yang berulang-alik dengan kereta api dan bas. Say no to traffic jam! Kita sama-sama naik train!
 

13. Yes! Subsidi bil elektrik!

Untuk tahun akan datang, gomen telah mengumumkan bahawa akan ada subsidi sehingga RM40 untuk isi rumah berpendapatan kurang daripada atau sama dengan RM1,169. Barulah rakyat kurang terbeban! Bagus, hopefully akan datang, lagi banyak subsidi..


Sumber gambar: The Malaysian Reserve


14. PERKESO ada berita baik, geng!

Kerajaan akan membayar 80% daripada bayaran Perkeso untuk pekerja ekonomi gig. Ini akan dikenakan kepada petani, nelayan, artis Finas dan penjaja selain mereka yang terlibat dalam penghantaran makanan dan ehailing. Kerajaan juga akan secara beransur-ansur membuat caruman kepada Skim Keselamatan Sosial Bekerja Sendiri yang diwajibkan untuk semua sektor yang bekerja sendiri.
 

15. KWSP, ASB, dan hal-hal persaraan.

Bagi tahun 2023, had caruman sukarela KWSP akan dinaikkan daripada RM60,000 kepada RM100,00 setahun. Selain itu, i-Saraan (dilanjutkan hingga 2023) akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300 sebulan. Bagi ASB dan ASB2 pula, kebaikan yang kami dapat ialah had pegangan akan dinaikkan kepada RM300,000.

Sekurang-kurangnya ini lebih baik daripada tiada, bukan? So, korang yang bekerja sendiri tu bolehlah simpan lebih banyak untuk persaraan nanti.
 

16. Kerajaan suruh beli rumah tahun 2023?

Baru-baru ni, OPR baru je naik, Nampaknya kerajaan cuba untuk perbaiki ekonomi. Duti setem untuk pembelian rumah bernilai RM500,001 hingga RM1 juta akan dikecualikan, daripada 50% hingga 75%.

Dan, duti setem bagi pemindahan harta antara ahli keluarga ditetapkan pada RM10. Korang rasa, inisiatif ini cukup ke untuk meyakinkan rakyat Malaysia untuk membeli lebih banyak hartanah pada tahun 2023?


Sumber gambar: Free Malaysia Today

17. Bantuan kewangan untuk OKU, Orang Asli, wanita dan banyak lagi.

Sebagai effort untuk membantu kumpulan terpinggir seperti OKU, bekas banduan, Orang Asli, dan wanita untuk kembali bekerja, gomen kita akan menyediakan bantuan bernilai RM600 dan RM700 setiap bulan selama tiga bulan.

Pencari kerja dari Sabah dan Sarawak juga akan mendapat bayaran bantuan mobiliti RM1,000 sekali sahaja untuk membantu mereka mencari pekerjaan di Semenanjung Malaysia.


Daaaaannn… itu sahaja.

Jadi... Apa pendapat korang dengan Bajet 2023 in? Adakah suara rakyat diperdengarkan? Atau inisiatif yang diperkenalkan macam ‘syok sendiri’? Komen kat bawah apa korang rasa. Admin rasa, gomen kita telah lakukan (what we feel, sama ada gembira atau tidak gembira dengan inisiatifnya)

So, sharelah list ni dengan kenalan korang! Mak, ayah, akak, nenek, semualah! Jiran sebelah pun kalau nk share, no problem! Ya lah, mana tahu kot-kot diorang boleh tuntut bantuan yang layak?

*Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.

BACA JUGA
5 Langkah untuk Beli Hartanah Lelong
5 Tips Untuk Simpan Emas Setiap Bulan
Oh, Ni Rupanya Tips Melabur guna Kuih Nyonya
Teruskan Pembacaan...

Tentang Penulis

Asrul Ash

Kenali Asrul Ash, seaorang Content Marketer di Finology. Membesar antara zaman kegemilangan Milenial dan permulaan Gen Z, dia cekap dalam menghasilkan konten yang menarik, terkini dan konstruktif untuk pembaca. Ash juga merupakan seorang foodie. Jadi, kalau inginkan cadangan kafe-kafe menarik, ping dia!

LIHAT SEMUA ARTIKEL

Artikel Disarankan Untuk Anda

beli-rumah-atau-kereta

Rumah atau kereta? Mana satu korang patut beli dulu?

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

6 Langkah Penting Sebelum Korang Buka Bisnes

 9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta

9 Tips Pinjaman Kenderaan Yang Korang Perlu Tahu Sebelum Membeli Kereta