1. Buat simpanan RM10 sehari
Sumber Imej: Twitter|Shikin Zainal RPh
Bila korang ada duit, korang boleh beli emas. Tapi camne erk? Untuk pengetahuan korang, ada jugak orang yang selalu menyimpan RM10 sehari, berjaya simpan emas setiap bulan tau. Tips ni sangat berkesan sebabnya, bila dah cukup 30 hari, korang dah boleh memiliki emas seberat 1 gram.
2. Guna duit kutu
Sumber Imej: Muftiwp.gov.my|Hukum main kutu moden
Selain simpan sendiri, ada jugak makcik-makcik atau kakak-kakak kat kampung yang selalu gunakan teknik duit kutu secara bulanan, untuk simpanan setiap bulan.
Teknik duit kutu ni sangat berkesan dan korang boleh dapat jumlah simpanan emas yang berganda setiap bulan. Contohnya, kalau duit kutunya RM100 seorang, dan ahlinya ada 15 orang untuk sebulan, korang dah boleh RM1,500. Jadi, dah sah-sah setiap bulan korang akan dapat lebih daripada 2 gram emas, betul tak?
Cumanya, admin tak galakkan cara ni, sebabnya, kalau tak kena dengan cara, korang boleh kena tangkap tau!
BACA NI: Korang Boleh Ditangkap Sebab Main Kutu. Biar Betul?
3. Tukarkan duit simpanan RM5, RM10 dan RM20
Sumber Imej: ebay
Pernahkah tak korang terfikir untuk tukarkan duit simpanan RM5, RM10 dan RM20 kepada simpanan emas setiap bulan? Daripada korang menyimpan macam tu je, mungkin korang boleh tukarkan duit tu kepada simpanan emas, sebab nilai emas susah untuk jatuh.
4. Beli emas bulanan secara tetap dengan harga serendah RM100
Bagi korang yang tak mampu menyimpan emas yang banyak setiap bulan, korang boleh simpan emas dengan harga RM100 setiap bulan dengan Public Gold. Mungkin dengan cara ni, nilai simpanan emas korang agak rendah. Tapi dengan usaha yang berterusan boleh mendatangkan hasil yang memuaskan. Kaedah ini akan membolehkan korang memiliki simpanan 1 gram emas untuk setiap 3 bulan.
5. Beli emas 1 gram setiap bulan
Sumber Imej: Carousell
Bagi korang yang ada hasil duit lebih, korang boleh beli emas 1 gram setiap bulan untuk dijadikan sebagai simpanan emas. Ni cara yang biasa dibuat oleh kebanyakan masyarakat kita. Kalau korang beli emas secara konsisten, pengakhirannya nanti korang jumlah emas yang terkumpul pun cukup banyak.
Kesimpulannya, tips-tips ni merupakan tips yang berkesan dalam usaha menyimpan emas setiap bulan. Korang boleh jugak simpan emas setiap bulan ikut cara korang yang tersendiri. Yang penting, kalau mulai sekarang korang dah simpan emas secara bulanan mulai sekarang, dalam masa 6 tahun, mungkin korang akan berjaya memiliki jongkong emas yang bernilai 1 kilogram tau!
*Artikel ini diolah semula dari artikel “Tips Simpan Emas Setiap Bulan” yang diterbitkan kali pertama di majalahlabur.com. Artikel di atas bertujuan untuk memberi maklumat sahaja. Loanstreet tidak bertanggungjawab atas kerugian yang mungkin timbul jika ada sebarang tindakan anda dengan maklumat yang terdapat dalam artikel.
BACA JUGAK: